MATEEN hanya merenung gadis yang telah menunggang motosikalnya meninggalkan tempat itu. Matanya masih tertancap tanpa mengalihkan pandangannya. Senyuman sinisnya masih terukir.
Gadis itu sempat mengatur tudungnya supaya kelihatan lebih kemas setelah dia menyarung topi keledar dan mengetatkan topi keledarnya melalui tali di bawah dagunya sebelum motorsikalnya memecut meninggalkan kawasan itu.
"Who is beautiful?" Suara garau seorang lelaki menyapa gegendang telinga Mateen, menyebabkan Mateen mengalihkan pandangannya ke arah tepi.
Izham, wajahnya hanya menayangkan ekspresi tanda tanya. Siapa yang cantik? Siapa yang dipuji abangnya? Abangnya jatuh cinta? Izham perlu siasat akan ini.
"Jom balik." Ujar Mateen tanpa menjawab soalan Izham.
Izham masih lagi menayangkan wajah tanda tanya namun dia mengambil keputusan untuk tidak bertanya lebih.
Mateen seorang yang suka memendam dan perahsia. Dia jarang sekali meluah atau lebih spesifiknya tidak pernah. Abangnya tidak suka dan tidak akan meluah tentang perasaannya. Namun, Izham faham mengapa alasannya.
Izham juga tahu jikalau dia memaksa Mateen, Mateen akan bertegas dan berakhir akan memarahi Izham pula.
Dia mulai berjalan di sebelah abangnya ke arah pintu keluar. Mateen pula tidak segan silu keluar tanpa bertemu dengan bakal mertua Izham.
Kisah apa dia? Bukan bakal mertuanya.
Mereka mulai melangkah menghampiri sebuah kereta hitam yang menunggu. Seorang lelaki sedang berdiri dan bersandar.
Dia mulai berdiri tegak setelah Mateen dan Izham mulai menghampirinya. Tanpa membuang masa, dia dengan segera membukakan pintu untuk Izham dan Mateen.
Mateen dan Izham duduk bersebelahan di dalam perut kereta sebelum pemandu itu melangkah masuk dan menutup pintu. Dia mulai memanaskan enjin sebelum memandu.
Situasi di dalam kereta hanya hening dengan deruan nafas dan pendingin hawa yang menyejukkan ruangan di dalam kereta itu.
Izham hanya termenung jauh manakala Mateen telah mencapai tablet dan mulai menyambung kerjanya seperti biasa. Dia terlalu sibuk hari ini.
Jika tidak difikirkan tentang adik mithalinya ini yang mengamalkan amal ma'ruf nahi mungkar, dia hanya akan duduk di kerusi pejabatnya dan bekerja.
Namun, dalam diam, fikirannya tiba-tiba sahaja menerawang tentang gadis pendek yang comel dilanggarnya tadi.
Wajah kemerahan dan sedikit berpeluh, ekspresi wajah yang risau dan bersalah. Pandangan matanya. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia ingin menatap wajah itu kembali.
Jantungnya kian berdebar dengan laju. Rasa teruja. Rasa ingin memiliki. Rasa ingin menyentuh kulit kuning langsat itu. Semakin tidak keruan Mateen dibuatnya.
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...