Chapter 09

69 1 0
                                    

            EKSPRESI wajah Izham jelas menunjukkan bahawa dia terkejut melihat kehadiran bekas tunangnya, Nuha yang telah menolak sebuah troli besar dan lebar itu tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            EKSPRESI wajah Izham jelas menunjukkan bahawa dia terkejut melihat kehadiran bekas tunangnya, Nuha yang telah menolak sebuah troli besar dan lebar itu tadi.

Manakala, Mateen pula tersenyum. Matanya menatap tajam ke arah Nuha yang sedang berlalu pergi.

Alangkah indahnya jika dia boleh berlari ke arah Nuha dan menarik Nuha ke dalam dakapannya.

Hasya pula menunjukkan ekspresi wajah tertanya-tanya. Nuha? Bagaimana suaminya boleh mengenali Nuha? Adakah Izham merupakan pelanggan tetap Nuha juga?

"Baby, you kenal Nuha? You pelanggan tetap kedai kek dia juga ke?" Hasya bertanya dengan matanya masih tertancap ke arah wajah terkejut Izham.

Izham tersentak apabila ditegur oleh Hasya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah isterinya kembali.

Dia membasahkan tekaknya, cuba mengawal konsentrasinya dan hanya berekspresi normal.

"Haa ... Ye, I pelanggan tetap dia." Izham hanya mengiakan. Dia tidak terlalu fokus akan soalan isterinya.

Izham masih lagi terkejut akan kehadiran Nuha. Fikirnya, Nuha tidak akan hadir majlis persandingannya ini.

"Uhm ... Apa tadi? Potong kek kan? Jom potong kek."

Izham dengan segera cuba mengalihkan perhatian isterinya supaya tidak terlalu terganggu dan bertanya lebih banyak soalan berkaitannya dengan Nuha.

Tangannya yang kasar mencapai tangan isterinya dan mereka berdua mulai berjalan ke arah kek yang tersusun kemas dan cantik.

Hasya terkebil-kebil dengan suaminya yang menarik tangannya secara  tiba-tiba dan tanpa amaran. Langkah suaminya itu besar juga, sukar buatnya untuk mengejar.

Sementara itu, Mateen mulai bangun daripada kerusinya. Tidak berminat untuk melihat aksi potongan kek sekarang.

Lebih baik dia mengejar gadis itu tadi tetapi nampaknya nasib tidak menyebelahinya.

Tiba-tiba dia mahu ke tandas pula.

Dia mulai berjalan pergi, meninggalkan keluarganya dan isterinya yang tidak sabar menunggu acara potongan kek oleh raja sehari itu.

"She looks beautiful. Does she dressed like that for me? Probably she is." Mateen bermonolog kepadanya bersendirian.

"Ah... She always beautiful."

Mateen tersenyum nipis dalam diam, sementara melirik ke arah Izham yang memegang tangan isterinya yang memegang sebuah pisau untuk memotong kek.

"Mateen? You nak pergi mana? Acara dah nak bermula."

Raisha menegur suaminya namun dia berasa terkejut apabila suaminya hanya diam dan menghiraukannya.

Raisha mendengus geram sebelum mengalihkan pandangannya ke arah kek yang berdiri megah di hadapan mereka.

His GriefWhere stories live. Discover now