MATEEN terpukau dengan panahan mata gadis itu. Jantungnya mulai berdegup kencang. Dia tidak menyangka akan secepat ini. Takdir benar-benar berpihak padanya."Encik?" Nuha memanggil sekali lagi apabila dia melihat Mateen yang hanya merenung tanpa berkelip ke arah wajahnya.
Nuha berasa sedikit tidak selesa memandangkan Mateen merenungnya sebegitu. Jika dia mengalihkan pandangannya dianggap biadab pula.
Mateen tersentak apabila suara lembut gadis itu menyapa gegendang telinganya sekali lagi. Dia kembali lagi ke alam realiti. Sempat pula dia berangan beberapa saat sebentar tadi.
Mateen membasahkan tekaknya. Suara garaunya mulai kedengaran di telinga Nuha meskipun hujan masih lebat di sekitar mereka.
"Aku okey." Balas Mateen pendek.
Nuha terdiam seketika. Garau juga suara lelaki yang di hadapannya ini. Tangannya masih menghulur sekaki payung.
"Encik nak payung? Mungkin encik nak cepat? Lagipun bus stop ni macam tak sesuai saja berteduh untuk masa yang lama."
Nuha berkata dengan lembut. Kata-kata Nuha itu benar, bumbung ini sudah reput. Bila-bila masa sahaja boleh bocor. Entah berapa tahun tempat perhentian bas ini telah didirikan. Belum lagi disebutkan angin yang meniup.
Menggigil dan demam pula badan andai terkena tempias hujan.
Namun sepertinya hanya hujan lebat. Nuha sahaja yang berasa risau kerana perlindungan di bawah ini tidak terlalu meyakinkan baginya.
Mateen hanya diam. Matanya masih sahaja tajam merenung ke arah Nuha. Seketika Nuha berasa jantungnya berdegup kencang. Mengapa lelaki ini merenungnya seperti ini? Dia hanya menawarkan bantuan.
Nuha sempat merenung Mateen, titisan air yang membasahi rambutnya tadi mengalir daripada dahinya hingga ke pipi.
Nuha tanpa sengaja melihat ke arah baju Mateen yang basah, menonjolkan otot-otot dan badannya yang tegap.
Seketika wajah Nuha berona merah dan dengan segera dia mengalihkan pandangannya hanya ke wajah Mateen setelah sempat dia mengucap tadi.
"Kalau encik risau pasal saya, saya ada lagi payung dalam bakul motorsikal saya. Lagipun saya pakai topi keledar." Ujar Nuha lagi meskipun Mateen tidak memberi apa-apa balasan lagi.
Mateen hanya diam dan tangannya mencapai payung yang dihulurkan oleh Nuha. Jari Mateen tersentuh tanpa sengaja dengan Nuha.
Nuha berasa terkejut. Segera dia menarik tangannya kembali selepas sekaki payung itu berada dalam genggaman Mateen. Bukan kebiasaannya bersentuhan dengan lelaki.
Dengan Izham dulu pun tidak pernah bersentuh.
Mateen yang perasaan hanya menayangkan wajah bersahaja dan tidak berasa terkejut, seolah-olah sudah menjadi kebiasaannya.
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...