IZHAM melabuhkan punggung di atas kerusi empuknya dengan kasar. Wajahnya sedikit kemerahan. Tangannya digenggam menjadi buku lima. Banyak sekali masalahnya.
Ayahnya yang tidak memahami perasaannya, tidak. Lebih spesifiknya, tiada sesiapa. Abangnya? Dia itu sibuk. Ibunya pula? Hanya tahu mencari kesalahannya dan sering memaksanya.
Dalam Izham hanya merenung, telefon pintarnya mulai berdering, menarik perhatiannya dan memecahkan kesunyian di dalam pejabat itu yang hanya diisi dengan deruan pendingin hawa dan nafas berat Izham.
Dia melihat ke arah skrin telefonnya, lebih tepatnya membaca nama yang tertera. Keluhan mulai terhembus sebelum dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.
Setelah dia mengangkat panggilan itu, kedengaran suara lembut seorang gadis mulai menyapa gegendang telinga Izham.
"You! Asyik I je yang perlu mula call you. You serius ke tak ni? Kita nak kahwin. Majlis lagi beberapa hari je. Abang you tu, Mateen. I tak nampak langsung kelibat dia. You kata dia akan datang, nak tolong menolong apa yang patut, kenal mengenal—" Belum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya, Izham dengan pantas membalas.
"You tak payah bising boleh tak? I banyak kerja dekat office ni. You pulak membebel. Sakit kepala I ni. Bukannya belum selesai pun persiapan majlis tu, semua dah siap kan? Yang you nak bising-bising ni kenapa? Jangan call I lagi. Call bila perlu je." Balas Izham dengan kasar dan dengan jelas dia tidak berminat dengan kata-kata bakal isterinya itu.
"You—" Gadis itu tidak sempat membalas. Izham telah mengakhiri panggilan wanita itu dan mendengus geram.
Izham mengusap rambutnya kasar. Dia tidak mahu bernikah. Usianya masih muda. Lagipun membebankan sahaja bakal isterinya itu nanti. Ada sahaja yang tidak kena.
Izham mengetap giginya geram. Tidak akan pula dia akan membatalkan majlis pernikahan ini, mahu dilempang oleh Tuan Irshad. Kalau tidak dilempang, diupahnya pembunuh untuk membunuh Izham.
Serabut dibuatnya.
IZHAM hanya berdiri dengan ekspresi bosan. Dia sekarang berada di lokasi pernikahannya. Dia belum bernikah lagi, hanya melawat kawasan yang dia tidak pernah melawat meskipun sekali.
Namun, Izham tidak keseorangan. Dia bersama dengan seseorang yang dipaksa dan diheret menemaninya ke sini. Abangnya, Mateen.
Sudah tentulah Mateen akan membantah sekeras-kerasnya, mencipta pelbagai alasan namun di sini juga dia berdiri, dengan wajah yang pasrah dan tidak berniat langsung untuk ke sini.
Matanya melilau, memerhati dekorasi chandelier, bunga-bunga dan ruangan yang sangat kondusif. Dekorasinya agak elegan dan dia sangat bersyukur. Pernikahannya seperti persandingannya pula namun dia tidak kisah.
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...