RAISHA tersenyum bagai kerang busuk semasa berjalan dengan kasut yang bertumit tinggi dan bajunya yang mahal dan ketat menunjukkan bentuk badannya yang berbentuk jam pasir dipadankan gaya rambut wavy yang panjang.Dia menuju ke arah kereta Lamborghini Aventador yang berwarna merah terparkir di tempat yang mudah dilihat oleh orang.
Raisha akhirnya tiba dan jarinya yang berkuku palsu berwarna hitam agak sedikit bersinar diterangi cahaya lampu jalan dan cahaya bulan yang suram mulai mencapai pintu kereta itu.
Raisha kemudiannya membuka pintu itu dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang lembut dan selesa itu sebelum pintu kereta ditutup.
Raisha dapat merasakan pendingin hawa menyejukkan badannya sebaik sahaja dia masuk ke dalam.
Wangian yang digunakan Raisha menusuk ke dalam hidungnya.
Dia tidak perlu mengalihkan pandangannya untuk melihat siapakah wanita yang baru sahaja masuk ke dalam keretanya ini tanpa memberi kata-kata sapaan.
"Gembira betul you hari ini? Selalu dengan I asyik bermasam muka." Suara garau lelaki itu memecahkan kesunyian di dalam kereta itu.
Raisha masih lagi tersenyum dengan bibir merahnya.
"You tak payah tahulah. Kalau you tahu nanti you jealous." Ujar Raisha.
Lelaki itu mengalihkan pandangannya daripada skrin telefon pintarnya ke arah wajah Raisha.
Keningnya diangkat seolah bertanyakan soalan tanpa berkata dengan terus-terang.
"I dah dapat apa yang I nak. Plan I berjaya." Raisha berkata dengan rasa angkuh dan sombong.
Serta merta wajah lelaki itu berubah sinis. Entah gembira atau berasa terhibur atau mungkin kedua-duanya? Senyumannya mulai terukir.
"I ingat suami you tu tak suka perempuan atau tak bernafsu dekat you." Balas lelaki itu dengan sinis.
Senyuman Raisha mulai pudar. Dia mengetap giginya geram apabila lelaki itu hanya ketawa dengan eskpresi wajah Raisha.
"Duit dia nanti jangan harap I akan share dengan you!"
Lelaki itu hanya ketawa sinis dengan ugutan Raisha, sungguh tiada rasa takut atau menyesal selepas mengusik Raisha.
Jarinya dibawa menghampiri pipi Raisha sebelum dipicit.
"You comel bila marah." Balas lelaki itu seraya ketawa kecil dan memicit pipi Raisha.
"I tahu sepenting apa plan you tu. At the end you're still need to share your joy with me, Raisha."
"I hope you wouldn't dissapoint me. Especially when you're still tied with your deal with me."
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...