MATEEN mengambil keputusan untuk pulang sebentar. Dia tidak bawa baju pula, lebih tepatnya hanya pulang untuk mandi. Dia boleh sahaja mandi di pejabatnya memandangkan di dalam pejabatnya disediakan bilik rehat. Di dalam bilik rehat itu seperti bilik tidur yang mempunyai katil, sofa TV, bilik air dan sebagainya.
Dia sekarang sedang memandu. Matanya hanya merenung tajam dan memberikan konsentrasi penuh semasa pemanduan. Pandangannya agak sedikit kabur, mungkin kerana dia menghadap skrin komputernya untuk masa yang lama tanpa berehat. Berpinar rasanya.
Mateen akhirnya sampai ke rumah. Dia dapat melihat kereta isterinya terpakir kemas di garaj rumah. Ada pula di rumah, selalu waktu-waktu pagi begini buat maksiat dengan lelaki lain.
Dia mulai melangkah masuk ke dalam rumah setelah enjin keretanya dipadamkan dan pintu-pintu keretanya dikunci. Situasi di rumahnya agak hening. Entah apa la yang isterinya lakukan. Jangan melakukan maksiat di dalam rumahnya sahaja, mahu dia lafaz cerai talak tiga on the spot.
"You! Finally you balik juga. I tunggu you tau! I dah masak sekali untuk you." Raisha menyambut kepulangan Mateen yang sedang berjalan ke arah elevator. Wajah Raisha agak berseri setelah melihat kehadiran sang suami tercinta di hadapan matanya.
Mateen hanya diam, menghiraukan Raisha seolah-olah Raisha tidak wujud ketika dia menyambut dirinya pulang. Dia tiada mood menghadap isterinya yang berlakon baik di hadapannya. Syaitan yang bertopengkan manusia. Munafik.
Demam atau mabuk isterinya itu? Tidak pernah-pernah isterinya menyambut dirinya pulang sepanjang 10 tahun perkahwinan ini. Dia juga tiada selera untuk makan masakannya. Entah apa yang diletakkan. Siapa tahu isterinya memberi nasi kangkang kepadanya? Mahu lupa diri dan melekat di bawah ketiak isterinya 24/7. Susah betul dia mahu berhusnudzon dengan isterinya ini. Dia juga tidak tahu mengapa.
"You jangan la ignore I! I masak special untuk you. Takkan you tak nak hargai usaha I sebagai seorang isteri, masak untuk you, sayang?"
Sama seperti tadi, Mateen hanya diam dan melangkah masuk ke dalam elevator. Elevator itu mulai bergerak ke atas dan Mateen tidak langsung menjawab soalan atau melihat wajah isterinya.
"Mateen!" Isterinya mendengus geram setelah figura suaminya hilang dari pandangannya. Dia cuba berbaik dengan suaminya tetapi kenapa suaminya tiada usaha untuk memperbaiki rumah tangga mereka? Sungguh dia berasa kesal dan kecewa dengan suaminya.
Nak tunggu dia menurunkan wasiat entah bila lagi.
***
"Pergh! Ramai betul customer kedai ni tiba-tiba. Jenuh aku nak layan customer kau ni satu-satu. Sekarang kurang lah sikit." Nadhira mengeluh perlahan sebelum duduk di atas sebuah kerusi. Tuala yang disangkut dilehernya digenggam lembut sebelum mengelap peluh di wajahnya.
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...