Chapter 10

109 4 0
                                    

         MATEEN berasa agak sedikit terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         MATEEN berasa agak sedikit terkejut. Dia sedang mencuri dengar perbualan Izham, Nuha dan Nadhira. Firasatnya yang memberitahu ikutlah Izham.

Selain itu, Mateen juga turut berasa curiga apabila melihat Izham yang terkaku apabila Nuha menolak troli kek itu tadi. Perubahan yang sangat ketara, seolah-olah melihat bidadari jatuh daripada langit.

Mateen cuba menyelesaikan puzzle-puzzle yang mulai muncul di dalam benak fikirannya. Jadi, Nuha merupakan bekas tunang Mateen.

Dia teringat, Izham pernah mengajaknya ke satu majlis. Entah apa majlisnya Mateen malas mengambil tahu. Sekarang tiba-tiba terbit rasa sedikit menyesal namun takdir berkata lain.

Mateen jauh sekali berasa simpati. Malah berasa sangat bersyukur dengan situasi ini, di mana Izham tidak diijabkabulkan bersama Nuha.

Gadis pujaannya, ternyata dekat sahaja. Mengapa dia tidak bertemu dengan Nuha sebelum Izham?

Mateen sebenarnya telah mendengar semua perbualan mereka. Apa yang dapat disimpulkan adiknya tidak mempunyai hubungan baik dengan Nuha setelah Izham mulai mengenali calon isteri yang telah dipilih oleh ibunya.

Mateen membuat keputusan untuk berlalu pergi. Berisiko juga andai dia berdiri di sini terlalu lama. Nampaknya tiada apa yang penting lagi untuk dia dengari. Hajatnya telah tercapai.

Gadis pujaannya bernama Nuha. Bekas tunang adiknya. Dia perlukan informasi lain tentang gadis kecil yang comel ini.

Begitu indahnya takdir. Mateen berasa seolah-olah di awang-awangan, mencipta fantasi dunianya hanya bersama dengan Nuha.

Adalah peluangnya. Bak kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Inilah hikmahnya. Mahu sahaja Mateen membuat sujud syukur.

"Sudah-sudah lah, Izham. Pergilah. Nanti Hasya cari kau, kau salahkan kami yang panggil kau. Putar belit cerita. Maklumlah kan, terpaling tersakiti."

Nadhira memecahkan kesunyian mereka buat seketika. Sekali gus mendapat jelingan daripada Izham.

Nuha berasa tidak senang hati. Dia risau juga. Dia berfikir perkara yang sama dengan Nadhira.

Bagaimana seseorang sedang mendengar perbualan mereka? Bagaimana jika isteri Izham sedang mencarinya?

"Ini belum berakhir lagi Nuha."

Izham berkata dengan jelingan tajam sebelum badannya dipusing dan berjalan pergi. Nadhira menghembus nafas lega melihat Izham yang telah mengundurkan diri itu.

"Aku harap Izham tak kacau kau lagi, Nuha." Ujar Nadhira dengan keluhan kecil.

Ekspresi wajahnya risau. Dia resah akan Nuha. Sahabatnya ini terlalu polos. Sangat polos sehingga mudah untuk dimanipulasi. Nadhira berasa tidak tenang selepas ugutan Izham.

His GriefWhere stories live. Discover now