"bang berapa ye? Semua ni" tanya Adiel pada pemuda dihadapannya yang menjaga kaunter. Pada mulanya pemuda tersebut diam dan tidak mahu memandang Adiel tetapi selepas berapa kali ditanya pemuda tersebut mula menjawab persoalan Adiel. "Bang oo bang, bang!" tegur Adiel, "ahh ye, ada apa?" tanya pemuda tersebut. "ehh pekak ke apa jantan ni, nak dekat 10 kali aku tanya boleh dia tanya aku balik" bisik hati Adiel.
Tiba-tiba datang seorang makcik dari belakang kedai, "ehh encik ni orang baru ke?" tanya Makcik Dijah, "Ye makcik saya orang baru kat kampung ni, nama saya Adiel Iskandar. Makcik boleh panggil saya Adiel, saya kerja imigresen dekat pulau tapi saya menyewa dekat sini sebab tenang sikit dari bandar" jelas Adiel sebagai orang bari dalam kampung. "oo panggil makcik Dijah je, kalau ada apa nak minta tolong bagitau je tau" ucap Makcik Dijah.
"Baik Makcik, ahh bang berapa ni semua" soal Adiel dan pemuda tadi kembali membisu sambil memandang wajah putih bersih Adiel. "issh kamu ni dah kenapa Emiir? Tercegat Customer tanya tu" sampuk Makcik Dijah. "ahh semuanya Rm27.60 ringgit" beritahu pemuda kulit sawa matang tersebut. Adiel tidak cakap banyak dan terus menghulurkan jumlah yang disebut. "Terima kasih la Adil, lain kali datang la lagi. Boleh kita sembang-sembang" ujar makcik Dijah, "Baik Makcik, nanti ada masa saya datang singgah. Saya balik dulu ye makcik" ucap Adiel.
Adiel sangat gembira kerana mendapat rumah sewa 1 tingkat yang diperbuat dari batu dan hanya perlu membayar sewa sebanyak RM 300 sahaja untuk sebulan dan tiada deposit awal. Barangan dapur diletakkan di atas meja dan Adiel baring di sofa dan memikirkan pemuda di kedai Makcik Dijah. "handsome jugak jantan tadi tu, tapi macam sombong je dia tu. Ishh apa nama dia Ehh, lengan dia tu pun bukan main sasa lagi" ujar Adiel sambil tersengih-sengih mengigit kuku.
"Esok aku mesti pergi lagi kat kedai tu. Mana tahu aku boleh dapat dia, untung aku dapat suami sasa macam badang tu" muka Adiel terus memerah kerana memikirkan pemuda yang telah mengisi hatinya. Adiel sudah agau sejak melihat pemuda tersebut walaupun itu adalah kali pertama mereka berjumpa. Adiel mempunyai kulit putih bersih dan sangat comel tetapi dia pendek, boleh dikatakan mungkin Adiel hanya setinggi paras bahu pemuda cinta hatinya yang memiliki kulit sawa matang dan badan sasa seperti orang gym kerana melakukan kerja-kerja berat.
___________________________________________Kereta mewah Audi Q5 Sportback warna hitam behenti dihadapan kedai Makcik Dijah, "wah besar ye kereta" ucap Mawar yang terkasima dengan kereta milik Adiel itu, "ada orang baru pindah ke kat kampung kita ni Makcik Dijah?" tanya Suraya. "Ha'ah ada orang baru pindah dekat kampung kita ni, eloq Makcik tengok" ujar Makcik Dijah. Adiel keluar dari kereta dan datang ke arah 3 wanita tersebut sambil menunjukkan senyum manis menggoda bagi Mawar dan Suraya.
"Ha Adil baru balik kerja ke" sapa Makcik Dijah, "Ye Makcik saya baru balik kerja, penat sikit la harini sebab dekat jambatan kedua tadi jem la. Penat saya tekan break, takpelah Makcik saya pergi cari barang saya nak beli dulu ye" jelas Adiel dan dia masuk ke dalam kedai runcit Makcik Dijah. "oii segak naaa, sesuai nak jadi calon suami" ucap Suraya. "jangan nak berangan la Sue oi, kau tu dah bertunang. Jangan buat hal naa Sue Satgi Abang jamal kau hempok ang satgi kut" seloroh Mawar dan Suraya diketawakan oleh Mawar dan Makcik Dijah.
Sementara itu Adiel sibuk mencari pemuda semalam itu mengubat rindu, "ehh mana abang semalam tu, hish mana pergi abang handsome tu" ujar Adiel sambil memikirkan pemuda berkulit sawa matang tersebut. "Adil kamu cari apa tu?" tanya Makcik Dijah dari belakang, "Eh Makcik, Makcik mana ubat nyamuk yang bentuk hijau tu saya cari tak jumpa la" tipu Adiel yang sebenarnya mencari orang bukan cari barang. "ooo jap Makcik pi ambik sat" Makcik Dijah hilang disebalik rak barangan dan kembali membawa sekotak ubat nyamuk.
"Nah RM 10 hinggit ja" beritahu Makcik Dijah, "ahh Makcik mana lelaki semalam tu?" soal Adiel sambil menghulurkan wang 10 ringgit. "ha jantan mana pulak ang ni?" Makcik Dijah masih tidak dapat menangkap apa yang dikatakan. "Ala lelaki semalam yang duduk jaga kaunter ni Makcik Dijah, tak akan Makcik lupa kot" jelas Adiel. "ooo Emiir ka? Dia tak kerja harini. Dia pergi kerja dekat ladang buah Hj Brahim. Kenapa kamu cari dia" tanya Makcik Dijah yang membuatkan Adiel buntu memikirkan alasan untuk menipu.
"Tak Ada apa pun, saja tanya sebab tengok tak ada dia pun kat kedai ni" tipu Adiel, "Emiir tu kerja dekat kedai Makcik ni bila ad masa je, sebab dia selalu kerja dekat ladang, niaga dekat pasar, takpun ambil upah orang kampung. Tengok la kerja apa yang boleh dia buat untuk sara adik dengan ayah dia tu, kadang tu sian Makcik tengok Emiir tu. Macam-macam kerja dia buat untuk hidup" bebel Makcik Dijah. "kesian ye Makcik" ucap Adiel.
"iye, udahla adiknya istimewa, ayahnya pulak bukan boleh kerja berat sangat. Dah tua kan" cerita Makcik Dijah lagi, "takpelah Makcik, saya balik dulu ye. Nanti jumpa lagi" Adiel keluar menuju ke keretanya dan disapa oleh Mawar dan Suraya yang tergedik-gedik macam ular kena pukul. "Hai nak balik dah, singgah la dulu sembang-sembang ke" ajak Mawar. "Takpelah saya nak balik rehat, ada masa kita membawang ye" Adiel melambai tangan lalu masuk ke dalam kereta.
___________________________________________Sewaktu pulang Adiel berselisih dengan orang yang sangat kenal dan cintai, ya orang itu adalah Emiir. Emiir memandu motosikal Honda EX5 lama dan adiknya duduk dibelakang. Adiel cepat mengambil iphone 12 Pro Max lalu mengambil gambar Emiir yang kacak itu. Sehingga malam la Adiel agau memikirkan pemuda yang bernama Emiir tersebut sehingga terbawa-bawa mimpi.
___________________________________________Emiir menidurkan Adiknya dan baring disebelah. "Siapa ye budak putih tu, comel betul dia tu dah macam Shinchan je" bisik hati Emiir sambil tersenyum sorang-sorang. Emiir tahu dia hanya boleh melihat sahaja tetapi tidak boleh memiliki kerana baginya dirinya tidak layak untuk orang seperti Adiel untuk dijadikan isteri. Emiir selalu menolak cinta sesiapa pun kerana memikirkan dirinya yang tidak setaraf dan tidak berpelajaran tinggi, serta tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada duit yang cukup untuk menjaga anak orang.
Bersambung...
Halu my reader, kalini author bawak cerita percintaan kampung & this story author ambik by true story yang berlaku tapi author ada buat perubahan jalan cerita dia. Author mintak your all yang baca cerita ni please vote and comment ok. Cerita ni tak panjang, tak lebih dari 20 episod dan I'm hope your enjoy read this story😘
YOU ARE READING
Cintaku Dari Kampung
Lãng mạnAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...