EPISOD 14

175 8 0
                                    

"Abang Mir, macam mana abang boleh suka dekat Angah ekk, dah la perangai huduh" usik adik bongsu Adiel yang setiap kali berjumpa ada sahaja untuk mengusik abangnya. "kau pahal ha!" jerkah Adiel lalu pergi mencekik adiknya sehingga Ariss menggelupur diminta dilepaskan. "angah mati Ariss tu nanti, lepas dia" arah NurAiman, Abang sulung Adiel. Adiel melepaskan Ariss dan adiknya tergucap-gucap mencari nafas.

"Adi tak elok tau buat macam tu" sapa Emiir, "eee abang ni, bela monyet tu pulak. Malas la macam ni, Abang layan la monyet ni. Irfan jom naik" ujar Adiel lalu bersama Irfan naik ke tingkat 2. "kau la ni Ariss, tengok Angah dah moody dah" marah NurAiman. "apahal Adik pula, Angah tu memang kuat touching" bidas Ariss mempertahankan diri. "Memang! Kau kan patut ye dulu Along kerat je lidah kau tu biar bisu, kalau berjumpa dengan Angah tu asyik nak bertekak kan" habis membebel NurAiman beredar.

Emiir pon meninggalkan Ariss dan naik ke atas untuk memujuk Adiel, Ariss pula terasa panas hati tapi ada juga rasa kesal mengusik Adiel yang agak keterlaluan. "Adi..." panggil Emiir yang masuk dan terlihat hanya lampu tidur terpasang dan Irfan masih belum lena membaca buku komik yang dibeli Adiel. "Irfan pergi masuk bilik Abang" arah Emiir, "taknak, tadi Abang Adiel ajak tidur dengan dia. Irfan nak tidur sini" luah Irfan dan Emiir cuba memujuk adiknya "Irfan tolonglah, Irfan keluar kejap pastu nanti masuk balik bila Abang panggil boleh" ucap Emiir.

"Adi, Abang minta maaf tau. Abang bukan nak sakitkan hati Adi" Emiir membelai rambut Adi, "Abang minta maaf tau, Adi jangan merajuk lama-lama tau. Nanti abang rindu" tambah Emiir dan memberikan satu ciuman panjang pada dahi Adiel. Emiir meninggalkan Adiel beradu bersama Irfan, setelah Emiir keluar muncul senyuman hingga ke telinga. "Emirr cium Aku!!!" Jerit Adiel dalam hati, betapa gembiranya Adiel tidak dapat digambarkan.
___________________________________________

Hari pertunangan Emiir antara Adiel telah tiba seperti dirancang, majlis dilakukan bersederhana sahaja. Hanya ahli keluarga dan kawan terdekat sahaja dijemput. Mak Adiel Puan Murni datang ke bilik Adiel lalu menyarungkan cincin emas belah rotan. Adiel juga agak terkejut kerana Emiir tidak memberitahu bahawa dia membeli cincin pertunangan. "Angah lepas ni kena pandai jaga diri, jaga batas, jaga perangai. Angah sekarang dah jadi tunang orang" pesam Puan Murni. "baik mak" balas Adiel.

Selesai bahagian menyarungkan cincin tunang, sesi bergambar mengambil masa 10 minit. "abang kenapa abang beli cincin tak bagitau Adi?" tanya Adiel, "Ha masa bila pulak abang beli, abang nak bayar cincin korea pun tak dak duit" jawab Emiir yang kehairanan. "Habis siapa punya cincin ni, Adi tanya mak, mak kata ni cincin Abang beli" soal Adiel lagi. "takpelah nanti kita siasat, abang banyak kerja ni. Nanti kita sembang lagi ye Adi" jelas Emiir dan menyambung kerjanya semula.

Setelah selesai majlis dan mengerjakan segala kerja kebersihan semua orang berehat. Emiir yang berada di bilik Adiel setelah mandi dan diirut Adiel, "Ahh kuat sikit tekan Adiel" ujar Emiir yang sedap diurut. "kesian dia, penat buat kerja ye" ujar Adiel sambil mengurut belakang Emiir. "Abang tidur dengan Adi satgi ehh" ujar, "aii rindu dah ke nak peluk Adi" Adiel mendekatkan muka dengan muka Emiir.

Emiir tersengih kerang busuk, Emiir bangun duduk bersila dan memberikan pelukan hangat pada tunangnya. "Abang rasa tak selesa la bila tidur takdak Adi, dah beberapa hari abang tak boleh tidur sebab tak nampak Adi samping abang" jelas Emiir. Adiel memberikan satu ciuman cinta pada lelaki berkulit sawa matant tersebut. "dah jom tidur, malam ni Adi nak peluk Abang puas-puas" ucap Adiel dan mereka tidur berpelukan tambah bau minyak angin pada Emiir membuatkan mereka lena lebih awal.
___________________________________________

"makin seri muka aku tengok, macam mana majlis tunang kau, sorry lah KL tu jauh sangat" ujar Rizal yang seperti biasa akan kepochi hal orang. "alhamdullilah semua ok, family aku pun terima keluarga Emiir. Yang paling penting Emiir tu nak kahwin dengan aku" jelas Adiel dengan memaparkan senyuman bahagia. "amboi kau suka kan, kau jangan lupa janji kau. Kau kena ambik aku jadi pengapit kau nanti" ujar Rizal.

"Mana boleh aku lupa, mestilah bff aku yang akan jadi pengapit aku!" Adiel memeluk Rizal yang sudah dianggap sebagai family sendiri. "bila kamu nak langsungkan nikah Adiel?" tanya salah seorang pekerja wanita dalam penjabat tersebut, "ikut perancangan hujung tahun ni, saya dengan bakal suami masih kurang duit lagi" jawab Adiel. "oh baguslah, akak doakan Adiel kekal dengan pilihan Adiel sampai Jannah ye" jelas pekerja wanita tersebut.

"nanti kalau ada apa-apa yang nak minta tolong bagitau je ok, mana yang boleh kitaorang tolong kami tolong" beritahu pekerja lelaki, "Terima kasih kak dengan abang sebab sudi tolong saya. Nanti ada apa-apa saya bagitau nanti" ucap Adiel yang sangat bersyukur kerana mendapat rakan sekerja yang sangat positif dalam menyokong apa yang dilakukannya.
_________________________________________

Adiel parking di halaman rumah Emiir dan terlihat moto honda EX5 yang terletak di bawah rumah, "eh awal balik harini?" fikir di pikiran Adiel. Adiel naik ke rumah lalu masuk ke dalam bilik dan terlihat Emiir yang bergembira dengan memandang skrin telefon. "apa yang seronok sangat tu bang" soal Adiel dan mengambil tempat duduk di sebelah Emiir.

"Adi permohonan abang untuk kerja kerajaan dah dapat!" jawab Emiir dengan begitu teruja sekali, "Ha! Abang dapat? Tengok abang dapat apa?" seru Adiel yang tumpang gembira apabila Emiir berjaya mendapatkan permohonan kemasukan kerja ke dalam kerajaan. Emiir memberikan iphone untuk dilihatkan pada Adiel, Emiir ditawarkan dengan jawatan pembantu perubatan.

"Alhamdullilah bang! Rezeki abang dapat kerja jadi M.A, nanti Adi tak payah pergi hospital dah sebab dah ada orang boleh rawat & jaga Adi" puji Adiel. "nanti Adik tolong abang ehhh untuk interview nanti" ujar Emiir yang gembira dapat berita tersebut. "ye nanti Adi tolong Abang ok, Adi nak pergi mandi ni. Abang nak ikut tak?" soal Adiel sambil menanggalkan setiap pakaian sehingga tiada apa yang menutup badannya serta kuih siput pink milik Adiel.

Emiir terdiam melihat tubuh Adiel, bukan dia tidak pernah lihat Adiel bulat bogel tapi kalini nafsunya tiba-tiba naik ke kemuncak. Muka Emiir merah padam "urmm Adi mandi la dulu, abang nak keluar pergi kedai Makcik Dijah jap. Ada barang dapur yang abang nak beli" balas Emiir dan berlalu pergi meninggalkan Adiel dalam bilik. Adil pula tersenyum "tak lama lagi Abang Emiir akan jadi milik aku seorang" bisik hati kecil Adiel.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now