Sejak beberapa minggu ini banyak hal yang berlaku pada Emiir dan Adiel, seperti tayar pecah terlalu kerap berlaku, motor rosak, hasil tanaman ada yang kena curi. Macam hal berlaku dan paling yang menjadikan Daris sebagai dalang adalah, setiap perkara yang berlaku mestia dia akan ada dan datang konon mahu membantu. "adiel nak balik ke, jom Abang hantar balik alang-alang tu kita pergi ambik kereta Adiel sekali" ajak Daris tetapi ditolak Adiel.
"takpalah, Adiel balik dengan kawan Adiel je. Abang tak perlu susah-susah nak datang" ucap Adiel. Daris dengan perasaan marah terus menyetap tangan Adie supaya mengikutinya, dan Adiel mula meronta-ronta "lepaslah Daris! Kau jangan sampai aku jerit dekat sini" Adiel cuba menyentak tangannya tapi gagal kerana Daris terlalu mengegam dengan kuat sehingga meninggalkan kesan. "aku cakap ikut tu ikut jela, apa masalah kau ni!!" jerkah Daris.
Tangan kiri Adiel yang bebas naik melayang menampar pipi Daris, "kau ni kenapa ha hari-hari menyemak depan mata aku!! Sedar diri la!! Aku tak suka kau tapi kau ni asyik terhegeh-hegeh mari dekat aku" maki Adiel yang mula muak dengan Daris. "kuang ajaq!" tangan Daris naik untuk membalas tamparan Adiel dan Emiir yang baru sampai dan melihat keadaan tersebut menghalang daris dari menampar Adiel. "bangsat Daris!" Emiir membelasah hampir separuh mati, keadaan mula kecoh apabila orang ramai datang berkerumun melihat apa terjadi.
Emiir mengheret Adiel masuk ke dalam kereta proton saga, dan memandu pergi dari situ. "kenapa Adi tak cerita yang Daris datang kacau Adi" tanya Emiir dengan nada tegas, "Adi taknak susahkan abang, lagipun bukan Adi tak boleh handle Daris tu, dasar muka tembok. Orang dah tak suka datang terhegeh-hegeh jugak" jawab Adiel. "tapi Adi kena la bagitau abang jugak, tengok tadi. Kalau Abang lambat entah apa dia buat kat Adi" ujar Emiir. Adiel mendengar kata-kata Emiir amat terharu dan mengemgsm tangan Emiir.
_________________________________________"ish susah la abang Adi, Irfan tak paham la apa kena mengena kromosom dengan maklumat genetik pulak ni" runggut Irfan yang sedang mengerjakan kerja sekolah, "janganlah cakap susah, adik semak buku teks pastu baca balik ok" ucap Adiel lalu mengusap kepala Irfan. "Adi..." panggil Pakcik Halim disebelah dan Adiel memandang wajah separuh abad itu. "Adi betul-betul ke nak kahwin dengan Emiir?" soalan Pakcik Halim membuat muka Adiel merah kerana malu.
"ayah jangan la tanya macam tu, Adi dah malu tu. Merah muka, kan Emiir cakap tunggu duit Emiir cukup dulu" ujar Emiir yang baru habis mandi dan mengeringkan rambut dengan tuala dan wajah Adiel bertambah merah melihat Emiir tanpa baju. "Abang Adi, ni betul ke apa Irfan buat ni?" tegur Irfan yang menyedarkan Adiel dari lamunanya memerhati 6 kotak di perut Emiir. "betul ni, dah siapkan. Kemas pastu masuk tidur" arah Adiel
"Bila Abang dengan Pakcik nak jumpa mak ayah Adi, kita ikat tali tunang dulu" ujar Adiel, "ehh malu la abang, Adi bagi la Abang masa dulu" ujar Emiir. "bukan buat apa pun, lagipun betul jugak apa Adi cakap tu. Baik kita pergi jumpa mak ayah Adi tu, takkan kita nak ambik anak orang tak bagitahu mak ayah dia dulu" jelas Pakcik Halim. "ala bang, kita pergi jumpa pastu tunang je dulu, takyah cincin pun takpa" pujuk Adiel.
"yelah nanti abang try minta cuti pangjang sikit dekat ayah Hj" ucap Emiir dan Adiel memeluk Emiir sekuat hati "Sayang Abang!!" ujar Adiel dan Emiir tersenyum riang, Pakcik Halim juga seronok melihat anak dan bakal menantunya gembira akan membina rumah tangga suatu masa nanti.
"dari tadi dok renyah ja, suka la tu" cuit Emiir, "Abang...nantikan abang nak berapa anak?" tanya Adiel dalam pelukan Emiir. "abang tak kisah, asalkan Adi sedia abang pun ikut je apa Adi nak, ni dah tanya soal anak ni, mesti dah fikir nama anak kan?" ujar Emiir. "adi ingat nak anak sepasang, 2 lelaki 2 perempuan. Pastu Adi nak kita besarkan anak kita dengan penuh kasih sayang" cerita Adiel.
___________________________________________"abang, semalam Angah ada call..." "ha nak apa angah tu call? Dia mintak kita tukarkan dia ke KL balik ke?" cantas Tuan Nisfu sebelum mendengar penjelasan isterinya, "abang dengar la dulu apa saya nak cakap ni, ini main potong je. Cuba dengar dulu" bebel Puan Murni. "apa budak tu nak?" tanya Tuan Nisfu.
"semalam angah telifon saya, dia bagitahu dia nak kahwin. Minggu depan dia nak bawak keluarga menantu kita datang jumpa dengan kita" jelas Puan Murni, Tuan Nisfu terkejut apabila mendengar anak keduanya yang cerewet tu beritahu keinginan mahu berkahwin. "merepek lah, sape nak dekat angah tu. Cerewet, kepala batu, banyak akai pulak tu. Naya orang kahwin dengan dia tu" ujar Tuan Nisfu
"abang jangan nak kutuk anak saya ye! Buruk-buruk angah tu tetap anak saya tau! Abang kalau tak nak uruskan hal angah tu takpe saya boleh uruskan!" marah Puan Murni dan meninggalkan suaminya di tepi kolam renang. "Haih marah, saya ni bukan tak suka angah tu kahwin tapi lagi bagus tak kahwin dia tu. Takut suami dia tu hari-hari kena balasah" ucap Tuan Nisfu dan Puan Murni mendengar kata-kata tersebut pergi memulas telinga Tuan Nisfu
_________________________________________"Apa kau nak kahwin Adiel!" terkejut Rizal mendengar berita tersebut, "kau biar betul, kau kahwin dengan abang pasar kau tu ke?" tambah Rizal dan Adiel mengangguk tanda betul, "tapi aku dengan Emiir tunang dulu, nanti hujung tahun baru kami nikah" beritahu Adiel. "Adiel aku doakan kau bahagia sampai Jannah dengan abang pasar kau tu. Nanti jangan lupa tau ambik aku jadi pengapit kau. Nanti aku nak siapkan kau Hiks" air mata Rizal mengalir di pipi.
"ish kau ni, nangis pulak. Jangan la teriak, aku nak kahwin bukan nak pergi jumpa tuhan" peluk Adiel menenangkan bestie nya itu. "hish nanti mesti kau berhenti keja kan, nanti takdak sapa nak teman aku pi lunch, pastu balik sesama, keluar sesama arggggg" Rizal makin kuat teriak macam budak tak dapat aiskrim dan orang mula berkeru

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Dari Kampung
RomansaAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...