"Ayah nak?" Irfan menghulurkan seplastik coklat pada Pakcik Halim, "eh-eh Irfan rongak gigi nanti makan coklat banyak-banyak" bebel ayah Irfan. "tapi sedap" Irfan buat muka sayu takut kena marah. "dah tu, simpan coklat tu, sambung esok kalau nampak abang kamu nanti mau kena tibai kot" ujar Pakcik Halim lalu ke dapur. "kamu nak masak apa Adi?" tanya Pakcik Halim. "ohh pakcik, adi ingat nak masak daging masak hitam, goreng ayam, pastu ikan jelawat tu adi nak bakar jela pasti makan dengan air asam" jelas Adiel.
"kamu nak pakcik tolong apa-apa ke?" soal Pakcik Halim ingin membantu, "eh tak apa la Pakcik, biar Adi buat. Nanti dah siap masak Adi panggil makan ok" ucap Adiel dan Pakcik Halim hanya mengangguk tanda faham dan beredar dari dapur. Setelah 2 jam pecah peluh memasak untuk makan malam Adiel menyimpan makanan di bawah tudung saji dan rehat di beranda rumah untuk mengambil angin sebelum pergi mandi.
Kelihatan moto honda EX5 Emiir pulang bersama tuannya membuatkan Adiel yang penat memasak terus tersenyum macam joker jumpa mangsa, "abang hari ni Adi masak ikan bakar tau, nanti kita makan sesama tau" Adiel terus memeluk lengan Emiir. "Adi, abang busuk ni jangan peluk abang nanti Adi melekat busuk abang" tegur tetapi Adiel tetap dengan perangai budaknya tidak mahu melepaskan pelukan.
"mana ada busuk, kalau nak kata busuk Adi pun busuk. Adi pun belum mandi lepas masak tadi" ujar Adiel menunjukkan senyuman penuh baris gigi, "dah la abang nak pi mandi ni" Emiir melepaskan pelukan dan pergi ke belakang rumah, belum sempat Emiir mahu menutup pintu bilik air Adiel menahan pintu "kita mandi sekali?" ujar Adiel. "ehh mana boleh, Adi tunggu la lepas abang mandi, Adi mandi la pulak" jelas Emiir yang tidak membenarkan Adiel mandi bersamanya.
"hrmm kita mandi sesama la" rengek Adiel. Emiir keluar dari bilik air "adi mandi dulu lah, abang mandi kemudian" ujar Emiir. "abanggg jom lahh mandi sesama" Adiel memegang kedua tangan Emiir sambil menunjukkan muka paling comel. "tak boleh Adi, Adi mandi dulu ye abang tunggu dekat luar" tolak Emiir tapi difikirannya mahu sahaja dia mandi sekali. "abang...." rengek Adiel menggugat iman menahan Emiir menahan godaan Adiel.
"Adi! Kan abang dah cakap tak boleh. makna dia tak bolehlah!! Kenapa keras kepala sangat ni! Kita bukan muhrim nak mandi sesama!!! Dah pergi mandi!!" marah Emiir. Adiel yang tadi senyum semanis gula terus memasam muka, Adiel rembat tuala yang disangkut pada bahu Emiir lalu masuk ke bilik air dan mehempas pintu macam nak roboh. "haih dah masuk ni, satgi kompem aku kena pujuk ni" fikir Emiir.
___________________________________________"Mana Adi, tadi Mir tengok dalam bilik dia tak ada?" tanya Emiir yang menyertai makan malam. "ntah tadi lepas mandi Adi masuk bilik kamu tukar baju lepastu dia kata dekat ayah yang dia kena balik pasai ada kerja" cerita Pakcik Halim, "abang gaduh ke dengan abang Adi??" soal Irfan yang seperti tahu Emiir bergaduh dengan Adiel, tapi Emiir hanya memberitahu tiada apa-apa yang berlaku.
Selesai makan Emir masuk ke dalam bilik dan terlihat sekotak iphone yang diberikan oleh Adiel pagi tadi. "macam mana nak guna benda ni?, aku ni bukan reti sangat guna telifon jenis macam ni" Emiir mengambil kotak tersebut dan mengeluarkan dan menghidupkan telefon. Gambar Adiel yang comel terpampang menjadi screen wallpaper dan Emiir memuncul senyuman hingga ke telinga.
Malam itu tetiba Emiir tidak boleh melelapkan mata, mungkin kerana tiada Adiel yang selalu tidur disisinya atau rasa bersalah pada Adiel tentang petang tadi. Emiir memikirkan hal petang tadi, walaupun bukan niat dia nak marah pada Adiel tetapi hanya bertegas. Emiir memikirkan dia dan Adiel tiada hubungan yang memboleh mereka melihat tubuh tanpa seutas benang. Pada Emiir selagi Adiel masih tidak dihalalkan olehnya selagi itu Emiir akan menjaga batas.
___________________________________________"Adi marah dekat abang lagi ke?" Emiir mendekati Adiel yang sedang memilih sayur, Adiel langsung tidak melayan Emiir dan diam membatu sahaja. "Adi jangan la macam ni, abang minta maaf ye pasal semalam, Adi jangan la merajuk lagi" Emiir cuba mengangkat bakul Adiel tapi Adiel cepat-cepat ambik dan pergi ke arah kaunter dan membayar kepada Makcik Dijah. "ai nak balik dah, duduk la kejap. Kita borak dulu" ajak Makcik Dijah
"tak apalah makcik saya nak cepat ni, lagi pun saya penat. Nanti ada masa kita bergosip ye makcik" Adiel melambaikan tangan lalu beredar dari kedai. Emiir hanya mampu melihat sahaja kerana Adiel tidak mahu melayan dirinya, "gaduh ke Mir?" usik Makcik Dijah. "eh mana ada, Makcik mandai je" nafi Emiir. "yelatu, tadi makcik nampak la dia tu tak layan kamu" ujar Makcik Dijah. "macam nak pujuk Adiel tu ha makcik?" tanya Emiir yang tidak mahu berselindung lagi memandangkan Makcik Dijah sudah tahu perkara sebenar.
"mana la makcik tau, ni makcik nak tanya ni. Haritu Adiel ada cerita dekat makcik yang kamu tak nak terima cinta dia tu. Dia kata kamu tu tak sudi kalau nak ambik dia tu jadi isteri" bebel Makcik Dijah yang kepoci hal orang. "saya tak cakap pun saya tolak dia, saya cuma cakap saya ni tak layak untuk dia. Saya ni orang susah makcik, kalau Adiel tu kahwin dengan saya takut nanti dia tak bahagia macam dia impikan" jelas Emiir. "kalau macam tu biar Adiel kau tu kahwin dengan aku" ucap Daris yang dari tadi setia mendengar tanpa disedari.
"Ehh bila kamu balik Daris?" terkejut Makcik Dijah bila jejaka hot kampung tersebut tetiba muncul, Daris adalah seorang pelajar di IPT dan sedang mengambil master, kerana itu jarang terlihat dia ada di kampung. "baru semalam Makcik, ha Emiir macam mana setuju?" tanya Daris. "eh setuju apa pulak kau ni, kau jangan nak kacau Adiel tu ha! Aku warning kau siap! Aku sanggup putus kawan tau!!" Emiir menaikkan suara dan pergi ke belakang kedai menyambung kerjanya.
___________________________________________"Macam mana Beb jalan tak idea aku tu?" tanya Rizal di corong telefon menunggu jawapan. " jalan nyah! Padan muka, semalam buat aku marah lagi, harini dia datang pujuk tapi aku buat tak reti ja" jelas Adiel. "hahahaha kau buat keras hati dulu, biaq dia serabut pikir macam mana nak pujuk kau" ucap Rizal. "tula aku ingat nak merajuk sampai seminggu, satgi aku nak masak lauk lepastu pi hantar balik terus. Aku nak try jauhkan diri dulu" jelas Adiel, "ok tak ada masalah tapi jangan lebih-lebih pulak nyah, jangan sampai abang pasar malam kau tawar hati sudah" ujar Rizal.
"yela beb, aku end call dulu, esok kita membawang dekat office ok" ucap Adiel dan terus memulakan kerja memasak, habis memasak Adiel pergi mandi dahulu sebelum pergi hantar lauk ke rumah Emiir. Kereta Adiel memasuki kawasan rumah Emiir. "assalamualaikum Irfan, Irfan! Abang Adi ni!" panggil Adiel di beranda rumah, "abang! Abang kenapa tak masuk, jom la masuk rumah. Abang Emiir ada dalam bilik tengah rehat" Irfan mengambil bekas lauk dan menarik tangan Adiel masuk ke dalam tetapi ditahan Adiel.
"abang kena balik la Irfan, abang ada kerja. Nanti kita jumpa lagi ye" pujuk Adiel, "ala jom la Abang makan sesama kejap lagi, semalam abang tak makan pun dengan Irfan" Irfan mula merengek tidak melepaskan Adiel pergi. "abang janji nanti kita makan sesama ye, sekarang abang ada kerja so nanti ok" Adiel mengusap kepala Irfan. Adiel melepaskan tangan Irfan dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan memandu pulang, Emiir yang baru sahaja keluar bilik terasa hampa bila melihat Adiel sudah pulang selepas hantar makanan. "Adi abang minta maaf" bisik hati kecil Emiir.
Bersambung...
YOU ARE READING
Cintaku Dari Kampung
RomanceAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...