“Irfan cepat!, dah pukul 7 ni. Nanti lambat pergi sekolah” “Kejap!!” sahut Irfan yang berada di dalam bilik, Emiir berada di tangga sambil memakai but berkebun untuk pergi bekerja di kebun Hj Brahim. “amboi bukan main wangi lagi Adi pagi-pagi ni” tegur Emiir lalu mempamerkan senyuman manis, “mestilah pagi-pagi ni kena la wangi, pakai cantik-cantik baru rezeki tu senang masuk” ujar Adiel. “abang Adi nak salam, Adi dah nak gerak ni. Nak hantar Irfan lagi” tambah Adiel. Adiel dan Irfan menyalam Emiir dan rumah Emiir menjadi sunyi sepi disebabkan seisi rumah keluar mencari rezeki.
Sewaktu dalam perjalanan ke sekolah Adiel dapat merasakan kelainan pada keretanya, seperti tayar kereta pancit atau tiada angin untuk terus bergerak. “Aduh macam mana boleh pancit ni, dah la orang dah lambat ni. Macam-macam hal la kau ni” bebel Adiel selepas melihat tayar belakang belah kanannya pancit tiada angin. Beberapa orang kampung datang menghampiri serta Daris yang datang konon mahu memberi pertolongan. “Hai Adiel, kenapa ni tayar pancit ehh?” soalnya. Adiel tidak menjawab tetapi mencari handphone untuk menghubungi Emiir. “abang Adi kenapa tak jalan lagi ni, Irfan dah lambat ni” rungut Irfan.
“kejap ye Irfan, abang nak call abang Emiir kejap” ujar Adiel, “Alah takpayah call Emiir, abang boleh hantar Adiel dengan Irfan. Pasal kereta ni, Pakcik Osman di dengan Haziq ni kan ada boleh tolong bawak kereta Adiel terus pergi bengkel” jelas Daris dan dengan gatal mahu menyentuh Adiel tetapi tidak berjaya kerana Adiel sudah masak perangai buaya darat ni. “its so K, I cant handle it” ujar Adeil lalu menelefon Emiir. “macam mana boleh tolong bawak kereta saya pergi bengkel ke Pakcik?” tanya Adiel pada orang kampung. “boleh nanti, kamu jangan risaulah na”
“ni macam mana kamu nak pergi kerja ni, keta takleh jalan ni” tambah Pakcik tersebut, “takpelah saya dah call kawan suruh mai ambik” ucap Adiel. Daris tidak berputus asa, dia tetap menyendeng pada Adiel untuk memujuknya naik bersamanya “Adiel naik dengan Abang jela eh” dengan menarik tangan Adiel seperti memaksa, Irfan yang melihat keadaan tersebut tidak duduk diam dan pergi memijak kaki Daris "Aduh!!" “jangan usik abang Adi la!, abang Daris ni tak padan dengan dah bertunang!” pekik Irfan, “eh! Budak ni aku lempang jugak!!” tangan Daris laju naik tapi berjaya ditahan Adiel.
“abang sentuh Irfan, Adiel tak teragak-agak nak pergi report polis tau! Abang sedar sikit Irfan tu budak istimewa!” Daris terdiam dengan ucapan Adiel, ketika itu datang lori dipandu oleh Emiir. Irfan dan Adiel pun menaiki lori tersebut, “abang mintak maaf ye, sebab ini yang abang sempat pinjam dengan ayah Hj” ujar Emiir, “haip takmau cakap macam tu, kalau takde abang, takde sape nak tolong hantarkan Adi pergi kerja” jelas Adiel tersebut membuatkan Emiir senang hati dan ketika itu dia sangat yakin bahawa Adiel adalah jodoh sesuai dengannya.
_____________________________________________“woi yahh asal kau lambat masuk, pastu datang dengan lori pulak. Mana kereta kau?” tanya Rizal yang jenis busybody hal orang, Adiel mengambil tempatnya “kereta aku buat hal, entah kenapa tiba pancit pulak, pastu dah la kena kacau dengan jantan miang” bebel Adiel sambil membuka PC dimeja, “Ha?! Jantan miang mana pulak, kau tak dak cita pon sebelum ini?” tanya Rizal dengan penuh tanda tanya serta menunggu jawapan dari mulut Adiel. “kau ingat tak lagi ada laki mai tegur aku time kita tapau makanan” peringat Adiel. “oo yang mai nak try ang tu ka, handsome wey!” menggeletis Rizal bila ingatkan semula wajah Daris.
“memang la handsome tapi perangai supa dajjal buat apa, hang tak tau perangai dia lagi. Kalau hang tau, hang pun reject dia” bebel Adiel “tapi aku tengok muka dia tu boleh tahan jugak dari abang pasar ang tu, cuma kalau nak bab sado tu Abang pasar ang menang la” seloroh Rizal dan Adiel menunjukkan penumbuk buku lima “kau nampak ni, aku rimbuk kau apa tak dapat karang. Ang jangan nak berani banding jantan miang tu lagi handsome dari Emiir aku na! Sat lagi pala ang aku nanti putaq” ugut Adiel.
“Amboi aku cakap macam tu ja dah marah, belum lagi kahwin. Ini kalau dah kawin aku tak tahu la Emiir tu macam mana. Mesti hari-hari kena belasah dengan ang kan” usik Rizal. “kau ni memang nak kena kan meh sini kau!” ujar Adiel dan Rizal pula sial sedia membuka langkah seribu pergi dari meja Adiel. “tau takut, kalau ang tak lari tadi, memang pala ang aku putar sampai senget pala ang” bebel Adiel lagi. Habis sahaja kerja Adiel pulang dihantar oleh Rizal tetapi semasa keluar pejabat Daris menunggu Adiel dengan alasan mahu menghantar adiel pulang.
__________________________________________Emiir yang melihat Adiel duduk termenung di tangga datang duduk disebelah “awat ni, jauh menung abang tengok. Dok pikir apa tu?” tanya Emiir dan memeluk bahu Adiel, “abang kalau Adi nak pindah duduk rumah abang terus boleh tak, rumah yang Adi sewa tu bukan Adi duduk pon. Rugi je bayar sewa” cerita Adiel sambil menlentokkan kepalanya pada bahu Emiir. “sebernanya abang tak kisah kalau Adi nak duduk rumah Abang ni terus, tapi rumah abang ni kecik. Takut Adi tak selesa la nanti” ujar Emiir, “Adi tidur bilik abang pun kena himpit-himpit, tandas pun kat luar rumah” tambah Emiir.
“alah itu semua hal kecik je, Adi syok apa tidur himpit-himpit. Boleh Adi peluk abang puas-puas” ucap Adi serta memberikan ciuman hangat pada bibir Emiir, Emiir pun membalas ciuman tersebut. “Adi” panggil Emiir dan Adiel menatap wajah Emiir yang sawa matang “Adi bagi masa dekat abang boleh, bagi masa dekat abang untuk kumpul duit untuk abang halalkan Adiel sebagai isteri abang yang sah” luah Emiir yang mengembirakan Adiel. “abang betul ni!!” keterujaan Adiel membuatkan Pakcik Halim yang sudah terlena depan TV.
“betul nanti duit abang yang abang rancang dah cukup tu kita kahwin ye, terima kasih Adi sudi terima abang” jelas Emiir yang terasa sebak, “abang jangan kata nak tunggu abang, abang suruh Adi terjun laut selamatkan Abang pun Adi sanggup” ujar Adiel dan mereka memeluk satu sama lain. “Hey apa malam-malam buta bising ni, masuk dah malam ni. Tak elok kalau orang tengok kamu berdua bepeluk dekat luar ni” sapa Pakcik Halim dari belakang.
_________________________________________“tak guna Adiel, tak cukup malukan aku dekat pasar haritu. Harini kau malukan aku depan orang kampung, bangsattt!!! Kalau aku tahu aku pecahkan je cermin keta kau tu” Daris berfikir seorang diri, “takpe aku akan terus goda kau sampai kau jatuh hati dengan aku, kau tunggu Adiel. Ini Daris lah, dan Emiir tunggu kau. Aku akan buat budak KL tu sayang dekat aku and tahu lq kau ajar kau nanti” fikir Daris yang memikirkan sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan Adiel dan tersenyum jahat memandang rumah Emiir. Di sebalik semak.
Bersambung...
Hi guys, Author update 5 cerita dulu ok, nanti update terus lagi 5 episod pastu habislah cerita ni. Jangan lupa vote and share banyak-banyak ok. Thanks you ❤️
YOU ARE READING
Cintaku Dari Kampung
RomanceAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...