EPISOD 7

116 6 0
                                    

"hai orang baru ke?" sapa Daris pada Adiel untuk pertama kali, "ha'ah saya orang baru kat kampung ni" jawap Adiel ringkas. "ooo patutlah saya tak pernah nampak, saya Daris kalau nak panggil Aris pun boleh." ujar Daris. "aa saya Adiel" jawap Adiel kekok, Daris menyentuh tangan Adeil lalu Adiel menarik tangannya sepantas kilat. "maafkan saya kalau Adiel tak selesa" ujar Daris dan Emiir menyapa dari belakang, "Adi...Adi satgi nak masak apa?" Emiir berdiri disebelah Adiel. "macam biasa la" jawab ringkas Adiel lalu pergi ke kaunter bayar pada Makcik Dijah. "kau jangan nak bukan-bukan dengan Adiel tu ehh, kau nampak ni. Lunyai karang aku belasah satgi kot" ujar Emiir sambil menunjukkan penumbuk di hadapan Daris."Rileks lah Mir, budak tu bukan milik siapa pun. So aku ada chance la lagi nak pikat budak Adiel tu kan?" seroloh Daris dan wajah Emiir merah padam menahan sakit hati.

"aku tahu budak tu single lagi tak ada sesiapa punya, tapi kau kena ingat kau tu tunang orang. Jangan nak menggatal Daris, kalau kau fikir kau boleh mainkan Adiel tu macam mana kau mainkan hati orang lain tu kau silap, Adiel tu aku dah anggap macam adik kandung aku sendiri. Kau ingat Daris aku sanggup putus kawan kalau kau buat tak baik dengan Adiel" marah Emiir. Orang-orang di kedai diam membisu melihat pertingkahan lidah antara Emiir dan Daris, Makcik Dijah juga terdiam terdengar dari mulut Emiir sendiri bahawa dia akan melindungi Adiel walau apa pun yang terjadi sekali pun. Didalam kereta Adiel tersenyum dengan kelakuan Emiir yang sanggup menlingdungi dirinya, terbit rasa sayang lebih dalam pada jejak kampung tersebut.
_____________________________________________

"siapa eh lelaki tadi ehh, hemsem jugak. Sibuk nak try aku, aku ni cuma untuk abang Emiir aku je tau" bebel Adiel seorang diri. Sambil menyiang ikan Adiel asyik memikirkan Emiir difikirkan sehingga mahu mencium mulut ikan membayangkan Emiir. Adiel menghabiskan kerja-kerja memasak lalu pergi mandi "harini aku nak sambung jual mahal ke tak ehh, tapi kalau aku sambung jual mahal lagi tak dapat la aku nak tidur sekali. Emiir ni pun satu hal la, nak mandi sesama je pun tu pun dah bising. Kalau suka cakap jela suka ini banyak betul dalih dia bila aku cakap bab soal hati ni" sambung bebel Adiel lagi. Adiel mengenakan seluar pendek dan baju singlet tidak berlengan menampakkan ketiak mulus Aidel. Adiel mencapai kunci kereta dan terus masuk memandu ke rumah abang Emiir pujaan hati.
_____________________________________________

"ermm sedap ye bau!" Irfan begitu teruja bila melihat Adiel datang ke rumah, lagi tambah seronok budak kecil tu apabila Adiel membawa makanan ke rumah. "irfan dengan ayah dah makan belum?" tanya Adiel dan Irfan membalas dengan gelengan kepala. "kerja sekolah dah siap, kita pergi buat kerja sekolah dahulu lepastu dulu okey. Lepastu kita makan sekali, lagipun ayah dengan abang Emiir kan belum balik lagi" arah Adiel. Irfan hanya mengikuti arahan Adiel menyiapkan dahulu pada waktu petang itu sebelum menjelang makam tiba. Sewaktu hampir maghrib terdengar suara Pakcik Halim di beranda rumah menandakan beliau sudah pulang dari mengail.

"ha bila kamu sampai Adi, pakcik balik tengok kereta kamu dah ada dekat depan rumah" sapa Pakcik Halim, "saya mari dari petang tadi Pakcik. Pakcik pergi la mandi dulu, biar saya pergi panaskan lauk" ucap Adiel. Pakcik terus ke belakang rumah untuk mandi manakala Irfan pula sibuk membasuh beras di dapur. "dah siap cuci Irfan, kalau dah bersih letak je dalam periuk nasi tu" ujar Adiel "dah cuci, Irfan dah letak dalam periuk. Abang jom tengok TV" Irfan menarik Adiel ke rumah tamu dan menonton kartun Sinchan dan Doreamon. Pada pukul 7:30 bunyi motor Emiir, Emiir naik ke rumah dan nampak Adiel dan adiknya yang sedang baring di riba. "Adi dah lama sampai?" tanya Emiir.

"lama jugak, abang pergi la mandi dulu. Kejap lagi kita makan bersama" ujar Adiel sambil memandang wajah manis Emiir, "Adi" panggil Emiir dan Adiel terus menatap wajah Emiir, "abang minta maaf" dengan sayu wajah Emiir dipaparkan dan Adiel tidak membalas apa-apa. "abang pergi mandi, bau busuk la" Adiel menunjukkan senyuman manis. "malam ni abang tidur sini kan?" tanya Irfan dengan penuh makanan dalam mulut, "ishh Irfan makan tu telan dulu bagi perabis nanti tercekik karang" pesan Pakcik Halim. "ha'ah kenapa?" soal Adiel, "abang tidur dengan Irfan ehh, asyik tidur dengan abang Mir je. Mana aci" rungut Irfan. "aci dekat India, tak ade abang Adi tidur dengan abang. Kau tidur sorang-sorang dalam bilik, kalau kau takut pergi je tidur dengan ayah" cantas Emiir.

Muncul wajah cemburut di wajah Irfan bila mendengar Emiir tidak membenarkan Adiel tidur bersamanya, "apahal tak boleh pulak? Ayah tengok abang Mir, dia tak kasi Irfan tidur dengan abang adi" rungutnya. "ishh biaq pi la abang adi tidur dengan Abang Mir, nanti Irfan tidur dengan abang Adi nanti Abang Adi tak boleh tidur pasal nak jaga Irfan" jelas Pakcik Halim dan Adiel hanya berdiam. Selepas makan malam seperti biasa Pakcik Halim akan duduk di beranda untuk merokok dan Irfan akan masuk tidur selepas pukul 9 malam, manakala Emiir dan Adiel mengemas dapur dan membasuh segala pingang serta cawan.
__________________________________________

Emiir mengambil tempat duduk disebelah Adiel, "Adi...." "kenapa susah sangat abang nak terima Adiel? Adiel dah buat macam-macam untuk abang, kenapa? Sebab Adiel tak cukup cantik pada mata abang? Ke Adiel ni bukan taste abang?!" ucap Adiel. Emiir menekup mulut Adiel "shutt senyap sikit nanti ayah dengar. "jangan la cakap kuat-kuat, ayah dengar nanti" ujar Emiir. "abang minta maaf, abang bukan nak buat Adi sakit hati..." "abang selalu jadikan kita ni bukan setaraf sebagai alasan!, Adi sayang abang tapi kenapa abang buat Adi macam ni abang!, kalau susah sangat abang nak terima Adi takpelah bang! Biar Adi kahwin dengan sape-sape! Itu kan yang abang nak?! Biar jiwa Adi terseksa!" Adiel bangkit dari katil dan ingin keluar dari bilik tetapi dihalang oleh Emiir.

"abang minta maaf Adi, abang sedar abang buat Adi tergantung tanpa jawapan tapi percayalah abang cuma tak nak abang tak nak hidup Adi susah bila kahwin dengan Abang, percayalah Adi. Abang sayang Adi ta...pi A..a...aaAdiel t..er.." Adiel terus memusingkan badan ke belakang dan memeluk tubuh Emiir, baju Emiir bahagian dada basah kerana airmata Adiel. Emiir mengesap air matanya lalu mengangkat wajah Adiel dan mengesap air matanya "dah jangan nangis, kita tidur. Esok Adi nak kena pergi kerja kan?" ujar Emiir, "nak tidur sebelah abang" ucap Adiel. Emiir membentangkan tempat tidur seperti biasa dilantai lalu menepuk tilam disebelahnya, Adiel terus meluru baring di sebelah Emiir. Lengan sasa Emiir dijadikan bantal dan Adiel memeluk badan Emiir seperti bantal peluk.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now