Adiel yang tersedar kerana terasa panas, dia membuka matanya lalu mengampai telefon di tepi bantal lalu membuka skrin lalu terlihat badan Emiir sudah menindih dirinya dan Adiel terasa nafas Emiir di telinganya. “abang....abang bangun bang” suara Adiel lemah. “hurmm” Emiir bangkit dari lena dan duduk lalu mengosok matanya yang tidak gatal, “Adi dah ok? Rasa panas lagi tak?” tanya Emiir dam merasa dahi Adiel, sudah surut suhu panasnya. “abang panas la” Adiel mahu menanggalkan selimut tapi dihalang Emiir, “haip jangan bukak, biar panas berbepeluh. Bagi haba dalam badan tu keluar, dah sambung tidur” Emiir kembali meletakkan kepala ke bantal lalu terlena, Adiel mendekati Emiir memeluk lengan kekar sebagai bantal peluk.
Deman Adiel kebah selepas subuh, Emiir pagi-pagi lagi dah pergi keluar beli nasi lemak untuk orang di rumah. Selesai sarapan pagi Adiel menhantar Irfan ke sekolah, Emiir pula dah pergi kerja di ladang Hj Brahim untuk berkerja kerana harini ada pembeli yang akan membeli hasil ladang. Manakala Pakcik Halim pulak telah pergi mengail ikan di sungai dijual pada orang kampung serta mencari ikan yang ditempah oleh orang-orang berpantang jika terdapat ikan haruan. Petang itu Adiel cepat bersiap untuk ikut Emiir pergi berniaga di pasar malam. “oi wangi ye, ni nak pergi pasar ke nak pergi gorat abang dekat pasar tu” seloroh Emiir. Adiel tersenyum memandang Emiir “ishh buat apa nak goda abang-abang pasar tu, kalau dah ada jodoh depan mata” gedik Adiel. Emiir tersengih mendengar usikan Adiel.
____________________________________________“Mari beli!....mari beli!! Murah!!...murah!!” suasan pasar malam meriah dengan suara peniaga serta pembeli yang berduyun-duyun datang membeli. Adiel hanya duduk ditepi melihat Emiir memekik menjual buah-buahan, Hj Brahim jugak tidak kurang sibuk melayan pelanggan yang datang membeli. Daris datang menepuk bahu Adiel, “hai buat apa dekat sini” sapa Daris sebaik sahaja melihat Adiel ada di gerai Hj Brahim, “hai saje nak teman abang Emiir, nak rasa macam mana berniaga dekat pasar” jawab Adiel. Tangan Daris mendarat di peha putih Adiel dan Adiel sedikit terkejut tindakan Daris tersebut lalu Adiel mengalih tangan Daris “jangan la bang, malu la orang tengok. Nanti apa pulak kalau orang nampak” tegur Adiel tetapi Daris tetap dengan perangai playboy.
“ala tak ada orang nak mengata, kalau ada orang cakap pasal kita tu kira bagus la. Boleh cepat sikit kita kahwin” ujar Daris yang membuatkan Adiel menyampah serta rasa seram pada Daris, Adiel terus bangun untuk menolong Emiir dan Hj Brahim berniaga tetapi tangannya ditarik Daris lalu duduk semula. “Nak pergi mana tu? Teman la abang dulu dekat sini, kita borak-borak ok” Daris menggengam tangan Adiel, “Abang jangan la macam ni, malu Adiel. Lagipun satu kampung dah tahu yang Adiel ni sayangkan Abang Emiir” ujar Adiel yang membuatkan Daris mengelegak marah. “tak habis-habis dengan Emiir tu, tengok la dia tu bukan setaraf dengan Adiel pun” jelas Daris, “baik Adiel pilih abang, Adiel sanggup kena buat 2 3 kerja sebab nak bela anak beranak miskin tu....” satu tamparan kuat hinggap pada wajah Daris.
“abang siapa nak cakap macam tu?! Adiel pun tak pernah cakap macam tu dekat abang Emiir! Abang tu baru kenal Adiel pastu boleh cakap macam ni, hello Adiel pun tak hingin la nak kahwin dengan abang la kalau perangai macam ni. Abang boleh pergi mati dengan harta abang tu” marah Adiel. Pertingkahan mereka berdua telah menarik orang di pasar, Emiir pergi ke mendapatkan Adiel “Adi kenapa ni, kenapa bising ni?” tanya Emiir ingin tahu, “tengok la abang Daris ni! Boleh dia hina Abang!” Adiel meninggikan suara. “Hey Daris! Kau kacau Adiel apahal ha! Berani kau ye!” Emiir mencekup baju Daris. “Hello tak ada maknanya aku kacau bakal bini kau tu, bini kau yang tampar muka aku dulu pastu nak play victim!” Daris menolak Emiir ke belakang, tetapi cengkaman Emiir tidak terlepas.
Hj Brahim yang melihat Emiir yang naik angin pergi meleraikan keadaan, “Emiir sudah, biarkan Daris ni” Hj Brahim berjaya buatkan Emiir melepaskan cengkaman. “dia ni kacau Adiel dulu ayah haji!” marah Emiir. “hey babi kau tanya bini alim kau ni apa aku buat!!” lawan Daris. “Sudah!! Tak malu ke gaduh depan orang ramai ni!, Daris kamu pergi balik sekarang kalau kau tak mahu Pakcik cerita dekat ayah kamu. Pergi balik Daris” Daris dengan geram melangkah pergi dan bersumpah seranah dalam hati. “tunggu kau Adiel, aku akan balas balik. Bukan setakat tamparan, aku akan akan hancurkan kau” bisik hati Daris yang merancang sesuatu untuk dilakukan.
___________________________________________“Adi awaq ni, muncung ja mulut tu dari tadi” Emiir menarik Adiel supaya lebih erat dalam dakapannya, “meyampah la si Daris tu, sibuk nak gorat Adi. Kalau perangai senonoh takpe jugak, ni lebih kurang dengan perangai ifrik” jelas Adiel yang masih marah pada Daris kerana mengata Abang Emiir kesayangannya. “biaq pi lah si Daris tu jangan peduli sangat, jom ikut abang kejap” ajak Emiir. “nak pergi mana bang?” tanya Adiel, Emiir menarik perlahan Adiel untuk bangun dan keluar menaiki moto Emiir ke suatu tempat. Mereka berdua sampai kawasan tali air dan ada sebuah pondok berehat bagi petani, mereka duduk disitu.
“tenangkan duduk sini?” tanya Emiir sambil mengapai tangan Adiel yang lembut, “hrmm rasa tenang je, kalau kat KL susah nak dapat suasana macam ni” Adiel baring di peha pejal Emiir. “Adiel....Adiel janji dengan abang tau, jangan letak harapan pada abang. Biarlah Adiel terlepas ke tangan orang lain tapi jangan merana hidup dengan Abang....” Adiel terus bangun “kalau abang tak kahwin dengan Adi, Adi takkan terima sesiapa pun. Hati Adi cuma untuk abang sorang je, biarlah seribu tahun tetap Adi tunggu abang. Abang dah janji kan takkan tinggalkan Adi walau apa yang jadi...” mata Adiel mula berkaca, “abang taknak tengok Adi susah hidup dengan abang itu sahaja” balas Emiir
“abang....abang kalau abang tinggal Adiel, abang akan lihat jasad akan dikuburkan...” waktu ini Adiel telah banjir dengan air mata. “jangan cakap macam tu! Abang tak mungkin tinggalkan Adi tapi kalau tiada jodoh antara kita Abang tetap sayang Adiel” Emiir memeluk erat Adiel. Adiel ye memang dia sayang Emiir seorang lelaki kampung yang naif, walaupun nampak si Adiel terdesak macam nak kahwin tapi nak buat macam kan? Orang cakap cinta itu buta lagi-lagi first love. Emiir memang sayangkan Adiel yang serba serbi sempurna kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Selesai menikmati keindahan kampung tika malam mereka pulang beradu dibawah ketiak Emiir.
Apa korang rasa nanti dekat penghujung cerita Adiel dengan Emiir ni kahwin tak?
Bersambung...
YOU ARE READING
Cintaku Dari Kampung
RomanceAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...