EPISOD 4

129 8 0
                                    

Pagi tu Emiir tersedar seperti biasa kerana menjadi rutin bangun awal, lepas sarapan dia kena hantar Irfan ke sekolah pendidikan khas. "ehh apasal rasa berat je badan ni" ucap Emiir dan dia mula meraba ke dibadan terasa ada badan manusia yang tidur di atas badannya, Emiir mencelik mata dan terlihat Adiel yang sedang tidur diatas badan sambil memeluk tubuhnya yang separuh bogel.

"Bila pulak budak ni pindah mari tidoq atas aku ni, bukan semalam dia tidur ataih katil ka" fikir Emiir. "Emiir mengejutkan Adiel kalau tidak macam mana nak bangun "Adi bangun Adi, Abang nak pergi mandi ni, Adi bangun Adi" kejut Emiir tapi Adiel bertambah kuat memeluk tubuhnya. "Adiel bangun, abang nak bersiap ni satgi abang nak kena hantaq Irfan lagi pastu abang nak kerja" Emiir mengusap rambut Adiel.

"Jap 10 minit lagi" ujar Adiel dengan mata tertutup dan masih tidak mahu melepaskan badam sasa Emiir yang panas itu, "tak bangun ye" Emiir kepit hidung Adiel sehingga tidak bernafas terus Adiel bangun "abang ni, kalau Adi mati macam mana!" Adiel pukul manja pada dada "sebelum Adi mati dulu, Abang yang pergi dulu tau. Tiba rasa berat je badan ni rupanya dia mari pindah dekat kita" Emiir memicit hidung Adiel. "Ishh apa ni" Adiel menepis tangan Emiir dan menaham malu tetapi wajahnya tidak dapat menipu kerana sudah mula merah.

"dah lah, Adi baik balik sekarang mandi lepastu bersiap pergi kerja. Nanti lambat pulak" Emiir mengusap kepala Adiel. "ok, Adi balik dulu ye" "Muah" satu ciuman hinggap di pipi Emiir dan Adiel terus berlari meninggalkan Emiir di dalam bilik. Pakcik Halim yang memandang tingkah Adiel dan Emiir terseyum gelagat 2 jiwa yang sama-sama suka tapi sayang kerana anaknya takut meluahkan pada Adiel yang sangat cintakan Emiir. "Haih Adi nasib kau la dapat laki bengap hahahah" ujar Pakcik Halim.
___________________________________________

"oii kau ni berangan apa ha!, aku duduk sebelah kau ni pun kau buat tak tahu je" Rizal menepuk belakang kawanya itu. "ishh apa kau ni, datang-datang bagi terkejut aku je" bebel Adiel dan menyambung memikirkan cinta hatinya. "eh kau ni mesti tengah fikri abang pasar malam tu kan, eh kau cita la apa hubungan korang sekarang" Rizal mula kepoci hal Adiel dan Emiir. "eh sibuk la kau ni" muka Adiel memerah kerana memikirkan perkara malam tadi.

"Ishh kau ni nak berahsia pulak dengan aku cita la apa cita, abang pasar malam kau tu dah terima cinta kau ke" tanya Rizal, "Belum, Emiir belum lagi cakap dia suka aku ke dia tak balas lagi cinta aku tu. Tapi ada benda lain buatkan aku happy gila harini" Adiel memeluk badannya. "cerita la, aku nak dengaq sama" Rizal sangat teruja untuk mendengar cerit.

"semalam aku tidur dengan Emiir" beritahu Adiel, "WHAT!!!" Rizal meninggikan suara kerana terkejut dengar Adiel tidur dengan Emiir biar betul!. "kau ni senyap la sikit bodoh nanti orang dengar karang" bebel Adiel, "sorry, now kau sambung cerita" arah Rizal. "malam tu aku nekad nak tidur dengan Emiir walau apa yang jadi, aku tunggu dekat bilik dekat 2 jam kau tau tak. Lepas aku pastikan dia tidur baru aku tidur tidur dekat atas badan dia. Best doh dapat letakkan kepala atas dada sasa dia tu" Adiel tersengih-sengih macam kerang busuk.

Rizal hanya setia mendengar luahan hati Adiel setiap hari, dia tidak pernah bosan tetapi dia hanya berdoa agar Adiel berjaya naik jinjang pelamin bersama abang pasar malam dia. "wey jom lunch, aku dah lapaq ni, satgi sambung cerita kau dekat kedai nanti" ajak Rizal.
___________________________________________

"Wey jom pergi kedai phone jap" ujar Adiel dan Rizal hanya ikut sahaja kawan baiknya itu ke kedai apple. "kau nak tukar phone baru ke?" tanya Rizal, "tak lah phone aku elok lagi, aku nak beli untuk Abang Emiir aku" mula dah gedik si Adiel ni. "Aik awaq pulak dah ang nak beli handphone dekat pakwe ang tu" soal Rizal dalam tanda tanya.

"kan aku dah cerita sebelum ni, Emiir mana ada smartphone, phone 3 suku ada la" jelas Adiel. Adiel mengambil iphone 13 pro max sama dengannya cuma untuk Emiir warna hitam, Adiel pula warna dark purple. "lepas ni boleh la aku video call Emiir 24 jam" seloroh Adeil, "untung betul Emiir tu dapat ang kan, semua benda ang sediakan dekat dia. Tapi sayang dia sikit pun tak balas cinta ang" ujar Rizal. "takpe, aku kompem nanti aku akan dapat Abang pasar malam aku tu" Adiel tersenyum merenung ke kotak iphone yang baru dibelinya.
_____________________________________________

"pergi simpan buku dalam beg, lepastu kita susun makanan" arah Adiel pada Irfan. "banyak kamu masak malam ni Adi?" tegur Pakcik Halim, "tak apalah Pakcik, kalau tak habis boleh simpan untuk makan esok. Tak adalah bazir" jelas Adeil. "jom makan!" Irfan sudah teruja melihat makanan di depan matanya, tetapi dihalang oleh Adiel "ehh sabar Irfan, tunggu Abang Emiir balik bari kita makan sesama. Ok" Adeil mengusap lembut rambut Irfan.

"tapi Irfan dah lapar, penat buat kerja sekolah tadi" rungut Irfan yang sudah lapar, "kejap je sayang, kita tunggu abang Emiir balik lepastu kita makan sesama" ucap Adiel dam Irfan memeluk Adiel "janji ehh" "janji" balas Adiel. Mereka bertiga menonton buletin TV3 sambil menunggu kepulangan Emiir, selepas 10 minit terdengar bunyi motor Honda EX5 milik Emiir. "assalamualaikum" salam Emiir.

"yeah abang balik, abang jom eat" Irfan terus menarik Emiir ke meja makan "ehh sabaq la, aku baru sampai rumah" marah Emiir. "irfan lama tunggu abang pasal nak makan sesama, tak baik cakap macam tu tau" ujar Adiel. "awat tunggu abang, makan jela dulu, abang nak mandi dulu ni. Adiel dengan ayah teman Irfan makan na" Emiir terus ambil tuala dan menuju ke bilik air belakang rumah.

"Abang Adi tak makan ke?" tanya Irfan yang melihat Adiel tidak menyentuh makanan langsung dan Pakcik Halim diam sahaja kerana sudah tahu Adiel akan menunggu Emiir untuk makan bersama. "Abang tunggu abang Emiir makan sekali" ucap Adiel sambil menambah lauk dalam pinggan Irfan. "abang Emiir cakap tadi kita boleh makan dulu? Jom lah makan makan Abang Adi" pinta Irfan.

"ehh takpa lah, kalau abang makan sekarang siapa nak teman abang Emiir makan satgi. Irfan makan dulu ye, tadi bukan main bising lapar" ucap Adiel. Selepas Irfan dan Pakcik Halim sudah siap makan mereka ke hadapan tv untuk menyambung menonton televisyen. Emiir pula baru nak makan "ehh Adi tak makan lagi ke?" soalan Emiir, "ha'ah tunggu abang la, nanti kesian abang makan sorang-sorang" Adiel yang melihat lengan Emiir berotot membuatkan dia seronok memerhati, tambah lagi bila ternampak bonjolan di tengah kain pelikat Emiir.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now