EPISOD 15

121 8 0
                                    

"makin seri muka kau aku tengok muka kau Mir" sapa Ahmad rakan sekerja, "mestilah berseri, orang baru bertunang kan. Tak lama lagi kita makan nasi minyak la pulak" usik Hj Brahim yang nampak ketara kegembiraan Emiir tersebut. "alhamdullilah lah Adi tu nak orang macam saya ni, tapi saya pulak rasa macam bebankan Adi tu" wajah Emiir berubah sugul memandang ke tanah memikirkan apakah nasib Adiel selepas menjadi isterinya.

"kenapa Ang cakap lagutu, awat Adi tu cerewet ka?" teka Ahmad, "Adi tu tak cerewet, cuma aku ni. Aku risau nanti lepas kahwin aku yang tak dapat bagi apa dia nak. Aku ni bukan orang senang" jelas Emiir. Hj Brahim datang mendekat pada Emiir dan meletakkan tangan di bahu Emiir "Mir kalau kamu tak mampu nak jaga Adi tu, kamu kena usaha lebih untuk bagi apa yang Adi tu nak. Memang la ada orang kata kalau takde duit jangan mimpi nak pinang anak raja, tapi kalau kita usaha dapatkan untuk keselesaan kita dan pasangan, apa salahnya" jelas pangjang Hj Brahim.

"ye ayah Hj, sebab tu saya sekarang kerja keras untuk Adi dengan keluarga saya. Saya taknak Adi tu nanti rasa serba kekurangan, sebab saya dah janji dengan dia akan senangkan dia bila jadi isteri saya nanti" ucap Emiir. "baguslah tu Mir, Ayah Hj suka kamu berusaha macam tu" ucap Hj Brahim pada Emiir. Emiir berusaha membanting tulang untuk menghalalkan Adiel yang tinggi beberapa bulan lagi.
____________________________________________

"Abang suka warna apa?" tanya Adiel sambil membelek setiap baju di butik pengantin di pekan, "hrmm abang ikut je apa warna apa Adi suka" jawab Emiir yang tidak memilih dan menyerahkan hal baju pengantin mereka pada Adiel. "jangan la macam tu, nanti nak pakai abang jugak kan. Bang nah try pergi pakai" ujar Adiel sambil memberikan baju pengantin warna putih. Adiel dan Emiir pergi menukar baju. "cantik sama padan, bolehlah kalau encik nak sewa baju songket putih ni" puji tuan kedai.

"tapi saya rasa kurang minat la baju ni, armm akak ada design baju pengantin siam. Saya ingat nak sewa hat tu jela" jelas Adiel dan Emiir tidak mengatakan apa-apa kerana tidak tahu tentang baju pengantin. Tuan kedai datang semula dengan membawa sepasang baju pengantin siam warna putih, selepas sudah menyarungkan baju siam tersebut. Adiel dan Emiir naik seri."Cup" Emiir mencium pipi Adiel, "cantik Adiel" puji Emiir, "abang pon segak Adi tengok" balas Adiel dan memeluk susuk lelaki perkasa lagi tinggi darinya.

Mereka telah menyelesaikan segala tempahan pelamin dan baju, manakala kenduri Adiel dan Emiir bersetuju buat secara rewang bersama orang kampung. Perkara yang tinggal adalah cincin perkahwinan. "alhamdullilah semua berjalan lancar" ucap Emiir, "tak sangka kan akhirnya Adi dapat jugak naik pelamin dengan Abang" ujar Adiel, "kalau dulu mati-mati Abang tolak Adiel sebab abang tak kerja kerajaan" tambah Adiel. Emiir mencuit hidung tunangnya disebelah.

"terima kasih Adiel sebab tunggu abang, tapi abang ada perkara nak bagitau Adi" ucap Emiir sambil matanya fokus pada pemanduan, "apa dia Abang?" tanya Adiel yang ingin tahu. "Abang rasa tak masuk kot kerja kerajaan, sebab abang ingat abang nak mula berniaga sama-sama dengan Ayah Hj" jelas Emiir yang sudah fikir masak-masak untuk tidak teruskan niatnya kerja dalam kerajaan. "Adi tak ada masalah, yang penting Abang cari kerja halal" ucap Adiel dan tersenyum riang.
___________________________________________

Sedang Emiir mengangkat stok buah yang akan diambil lori sekejap lagi, mata tunangnya asyik memandang badan Emiir yang berketul tersebut. "rajin betul abang" bisik hatinya. Ahmad yang melihat Adiel yang sedang mengintai Emiir pum senyap-senyap datang untuk sergah Adiel dari belakang. "Ha mengintai!" sergah Ahmad dan Adiel terkejut menjerit sekuat hati. Emiir lari sepantas kilat bila mendengar jeritan Adiel. "Adi..Adi tak ada apa" terlihat wajah risau di muka Emiir.

Ahmad pula mengekek ketawakan Adiel sehingga keluar air mata, "abang! Tengok la Mat ni, nasib Adi takde sakit jantung kalau tak arwah dah tau" rengek manja Adiel pada Emiir. "hey mat kau buat apa ha dekat Adiel?!" suara Emiir bertukar tegas. "hai aku pulak, aku sergah gitu je. Dah Adiel syok duk gintai Ang" ujar Ahmad dan wajah Adiel merah padam dan Emiir pulak mendekati Adiel "ooo gintai abang, gatal dia" Emiir menyerang Adiel dengan mengeletek badannya.

"abang! Janganlah" ucap Adiel sambil melarikan diri daripada Emiir, Emiir menangkap Adiel dan memeluknya "hish lepas lah, lepaslah abanggg" pekik Adiel sambil meronta-ronta diminta dilepaskan. "pandai dah sekarang ehh mengintai orang, budak ni la. Abang sekeh baru tahu" ujar Emiir, "ala dulu pun selalu Adi gintai Abang time mandi, tapi Abang tak tahu pun" seloroh Adiel memecah rahsia sendiri. Kalini bukan Adiel sahaja merah padam, Emiir juga turut sama merah padam.

"Adi!!!" ucap Emiir lalu menyekeh kepala Adiel yang berada dalam pelukannya, "aduh sakit la" Adiel meronta sehingga terlepas dari Emiir dan dikejarkan oleh Emiir. Ahmad yang memerhati sejak tadi hanya tersenyum melihat gelagat pasangan manis tersebut. "wekkk tak dapat!" ejek Adiel yang sedang melarikan diri dari Emiir dan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta dan mengunci pintu.
__________________________________________

"abang, abang jom makan Adi dah siap masak. Ayah dengan Irfan pun dah tunggu tu" ujar Adiel lalu mendekati Emiir yang tidak berbaju, "kejap abang nak keringkan rambut dulu" balas Emiir sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Mata Adiel tidak alih dari dada dan roti 6 ketoi Emiir, "Haih tenung apa tu?" tanya Emiir. "mana ada tenung, perasaan" lantas Adiel mahu meninggalkan bilik dan dihalang Emiir.

"nakal eh" usik Emiir, "abang la yang nakal, pergi la cepat pakai baju. Sibuk tayang badan dia" jelas Adiel dan terus keluar meninggalkan Emiir. Makan sangat la meriah, Adiel masak kari ikan, sup sayur, dan tidak lupa makanan kesukaan Irfan ayam masak merah. Emiir datang dengan hanya memakai kain pelikat dan tidak berbaju. "awat abang tak pakai baju" tanya Irfan.

"panas" jawab singkat Emiir, "mana ada panas, Abang tu pemalas pakai baju" balas Irfan yang tidak mempercayai kata-kata abangnya. "bising la kau ni, makan jela sibuk hal orang" tekak Emiir, "betul la Irfan cakap tu, Abang tu pemalas nak pakai baju. Satgi masuk bulu ketiak abang tu dalam pinggan" sindir Adiel pula yang memihak pada Irfan. Muka Emiir ketika dah merah padam.

"eleh malam nanti, bulu ketiak ni jugak dia cari" balas Emiir yang tidak duduk diam dengan serangan buah hati. "sudah! Asyik bertekak je hampa ni. Makan, tak elok gaduh depan rezeki ni. Emiir lain kali pakai baju" arah Pakcik Halim yang sudah lama diam dan bila sekali bersuara terus senyap 3 ketul tu. Adeil dan Emiir sangat gembira kerana dapat kenakan satu sama lain.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now