Episod 13

106 6 0
                                    

"Mak Midah betul ke yang Emiir tu nak kahwin dengan Adiel tu?" tanya mawar yang memulakan topik untuk mereka membawang tentang Emiir dan Adiel. "betul la apa hampa dengar tu, pasal Makcik tanya Adil tu pun dia kata hujung minggu ni dia tunang dulu dengan Emiir" jelas Makcik Dijah, "wah tak lama lagi kita makan nasi minyak la, akhirnya bersatu juga depa tu kan Makcik Dijah" ucap mawar. "kan, Makcik selalu tengok depa dua tu. Kejap baik, kejap gaduh. Tapi alhamdulillah Emiir tu berani buat tindakan" ucap Makcik Dijah.

"haih cepat-cepat la Emiir tu kahwin, bawak Adiel tu keluar dari kampung ni. Menyampah aku tengok muka dia tu, masuk kampung orang menggatal laki orang" luah Suraya yang tidak puas dengan Adiel kerana memikirkan Adiel adalah mengganggu hubungannya bersama tunangnya iaitu Daris. "eh panas hati Sue?" soal Mawar pandangan tajam, "eh mana ada aku panas hati. Aku cuma cakap benda betul, dah memang Adiel tu kaki gatal" marah Suraya.

"alah Sue kau tak payah la nak bela Daris tu, macam kau tak kenal perangai dia tu. Entah-entah time dia dekat kolumpor tu lebih dari ni dia buat, mana kita nak tau" sindir Makcik Dijah pada Suraya yang asyik melindungi Daris, "Makcik Dijah jangan nak fitnah tunang saya! Daris tu bukan macam tu!" marah Suraya lagi. "Fitnah apa ya, kau lupa ke sebelum ni Daris tu kena tangkap basah, engkau lupa ke buat-buat lupa" sindir mawar pula. Suraya yang panas telinga terus angkat kaki dari kedai runcit Makcik Dijah.
___________________________________________

"dah siap semua barang, tengok balik takut ada yang tertinggal nanti" pesan Pakcik Halim sebelum mereka berempat berangkat ke KL, "dah ayah Mir dah check semua, tak ada yang tertinggal" ujar Emiir. "Adi biar abang yang drive, Adi duduk sebelah" ucap Emiir sambil memandang wajah manis Adiel. "takpe, biar Adi bawak dulu. Nanti Adi dah penat kita tukar ok, jangan risau la bang, Adi ok je drive jauh" ujar Adiel lalu masuk ke dalam kereta.

Setelah 4 jam perjalanan dan bertukar-tukar pemandu antara Emiir dan Adiel, akhirnya mereka tiba di rumah Adiel. "wau besarnya rumah Adi, Adi anak orang kaya ke?" soal Emiir yang teruja melihat rumah banglo 2 tingkat, perasaan malu datang dalam diri Emiir yang mula membandingkan dirinya serta Adiel. "silakan masuk encik, buat macam rumah sendiri" tawar Tuan Nisfu, dan Puan Murni juga mempelawa Emiir sekeluarga "marilah masuk, kita bincang dekat dalam".

"saya nak ucapkan terima kasih la pada Encik Halim dengan Emiir jaga anak saya ni, saya tak tahu nak kata apa lagi bila Encik Halim dah layan Adiel tu macam anak sendiri" puji Tuan Nisfu yang ikhlas, "betul tu, saya tak tahu nak kata apa tambah lagi Anak kami tu keras kepala sikit" tambah Puan Murni. "tak adalah susah mana. Sepatutnya saya yang kena ucapkan terima kasih sebab Adiel dah banyak tolong saya sekeluarga"

"Abang Adi, Irfan nak pee pee" beritahu Irfan sambil memegang bahagian seluarnya bahagian tengah. "ha nak kencing jom" Adiel mendukung Irfan dan menuju bilik air. "cerdik anak Encik Halim tu ye, baik je duduk diam" puji Puan Murni. "Irfan memang diajar begitu, tapi Irfan beza sikit dengan budak lain" ujar Pakcik Halim, "lain macam mana Encik Halim?" tanya Tuan Nisfu ingin tahu.

"Adik saya tu autisma Tuan" beritahu Emiir. "mari saya kenalkan anak-anak saya, ini yang sulung NurAiman dan itu isterinya Fadhilah. Ini Ariss, anak bongsu kami. Baru masuk diploma" jelas Tuan Nisfu dan Puan Murni. Pakcik Halim sangat bersyukur kerana keluarga Adiel sangat menerima kehadiran keluarnya yang di umpamakan langit dan bumi.
___________________________________________

"abang" ujar Adiel dan memeluk Emiir yang sedang baring berehat di katil, "malam ni abang tidur bilik Adi ok" ucap Adiel, Emiir pula menolak ajakan Adiel tersebut "ishh mana boleh, nanti ayah dengan mak Adiel tahu macam mana. Kita tidur asing je eh, beberapa hari je. Nanti balik kampung Adi tidur la dengan abang macam biasa" jelas Emiir yang tidak mahu mengambil risiko. "ala ayah dengan mak tak kisah punya pasal Abang long dulu pun macam tu jugak" betah Adiel.

"ala nak tidur dengan abang" rengek Adiel dan mula tidak mahu lepaskan pelukan, "eee tak malu dah besar gajah pun perangai macam budak-budak" usik Ariss yang dari tadi mendengar segala diperbual antara Emiir dan Adiel. "bising la kau, lantak aku la nak manja dengan sape pon" marah Adiel lalu melempar bantal ke arah Ariss. Ariss menjelir lidah pada Adiel dari lari darinya.

"eee jaga kau! Aku dapat kau mati kau!" bebel Adiel dam Emiir tersenyum melihat telatah Adiel, "ermm Abang sorry tau, Adi tergarang depan abang. Abang jom mandi lepastu kita keluar" ajak Adiel, "nak pergi mana pulak, kan kita baru sampai je ni" ujar Emiir. "ala jomlah bang kita jalan-jalan, bosan la duduk rumah. Kita keluar la ambik angin ok" pujuk Adiel dan Emiir hanya ikut kehendak buah hatinya.

Selesai mandi dan memperkayakan Emiir, Adiel bersiap-siap turun untuk keluar bersama Emiir. "nak pergi mana tu?" Tanya Puan Murni. "Angah dengan Emiir nak keluar, saje nak pusing KL" jawab Adiel. "em yela jangan balik lambat sangat, tau ayah nanti dia bising nanti tau kamu balik lambat. Ha Emiir kalau Adiel degil pulas je telinga dia" ujar Puan Murni. Emiir hanya tersengih, "eh apa mak ni, yela Angah balik awal" rungutnya.
____________________________________________

"Sialll!!! Aku akan pastikan Adiel jatuh dalam tangan aku, kau tunggu Adiel. Hahahahahahahaha" ucap Daris dalam biliknya. Bunyi pintu bilik Daris diketuk "Daris Suraya datang ni!" panggil mak Daris dari sebalik pintu. Daris melepaskan nafas berat "apa lagi pukimak ni nak? Ni mesti datang nak membebel la tu. Semak betullah!" getus hatinya.

Daris menemui Suraya di halaman rumah, "apa kau nak jumpa aku?" soal Daris seperti samseng, "abang pergi kacau di Adiel tu kan? Abang tahu kan Sue sayang abang kenapa abang buat macam ni. Abang janji dulu nak berubah" serbu Suraya. "boleh tak kau jangan nak serabutkan kepala aku lagi, kau ingat aku ni suka kat kau lagi ke? Aku nak kat kau dulu sebab kau tu boleh selamatkan aku je dari mulut orang kampung! Tolong sedar diri kau siki" hina Daris pada Suraya.

Suraya yang tidak mampu menahan air mata, menangis di hadapan Daris dan Daris sedikit pun tidak terasa kesian pada Suraya. "Sue benci Abang!!" Suraya menampar pipi Daris dan pergi pulang ke rumah dengan hati yang lara dan Daris pula tersenyum puas. "lepasni aku tak payah nak cari alasan untuk putus" fikir Daris sambil tersenyum memikirkan wajah comel Adiel.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now