“Adi bangun dah subuh ni, kita sembahyang sama-sama” kejut Emiir dan merenung wajah suci Adeil dan terbayang semula kejadian yang menimpa Adiel, Adiel merengek untuk bangun dari tidur “Hrmm”. Emiir tersengih gembira lalu cuba mengejutkan Adiel lagi dengan menyepit hidung kecil Adiel seperti sebelum ini. “armm abang” rengek Adiel menepis tangan Emiir.
“jom bangun sembahyang, satgi sambung tidur balik” pujuk Emiir dan memberikan beberapa ciuman pangjang pada muka Adiel. selepas sembahyang subuh bersama mereka menikmati sarapan nasi lemak yang dimasak oleh Puan Murni. “kejap lagi Adi duduk rumah dengan mak ye, Abang ada kerja banyak harini. Abang nak pergi tengok tanah yang Hj Brahim nak abang uruskan” jelas Emiir sambil menyuap makanan.
“Adi takut, Adi nak ikut Abang” rayu Adiel yang masih trauma, “Adi jangan takut ye, Daris dah takda” ujar Emiir. “Adi kena kuat, Adi tak boleh macam ni. Adi jangan takut ye, Abang ada je dekat sisi Adi” jelas Emiir dan meneruskan suapan ke mulut Adiel. Harini itu Emiir agak gembira kerana Adiel mula menunjukkan perubahan baharu selepas dipujuk waktu sarapan.
________________________________________“Angah” panggil Puan Murni datang dan duduk disebelah anaknya itu, “Angah jangan pikir memori hitam tu, Angah kena kuat sayang. Ye mak tahu bukan mudah untuk Angah lupakan kejadian tu, tapi Angah tahu kan yang Emiir selalu ada dengan untuk Angah. Jadi kenapa Angah kena takut” jelas Puan Murni, “tapi mak Angah rasa tak selamat bila berjauh dengan abang Emiir, Angah belum betul-betul kuat” jawab Adiel.
“Jangan macam tu sayang, Angah jangan takut. Jangan kata Emiir, mak dengan yang lain pon takkan tinggalkan Angah. Jadi Angah kena berusaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih kuat tau” Puan Murni memeluk Adiel sebagai pembakar semangat. Adiel perlahan-lahan berubah ke arah positif dengan sokongan orang sekeliling terutama sekali Emiir yang tidak pernah mengalah.
Adiel berjaya menghilangkan rasa anxiety dengan rawatan susulan psikiatri serta sokongan keluarga serta kawan. Syukur Alhamdulillah sebab Adiel sudah boleh masuk kerja semula dan menjalani kehidupan seperti dahulu. Sesuatu perkara yang masih tidak dapat diatasi Adiel adalah takut keluar malam dan setiap kali keluar Emiir akan sentiasa ada disisi untuk menlingdungi Adiel.
__________________________________________“Adiel...hey Adeil, ang ok ke dak ni?” sapa Rizal yang risaukan Adiel yang termenung memikirkan sesuatu, “aku Okey je, jangan risau la. Aku sekarang dah ok dari dulu” balas Adiel dan menyambung semula pekerjaannya. “are your sure Okey?” tanya Rizal lagi sebagai tanda kepastian dan Adiel menunjukkan reaksi tiada apa-apa.
Senyuman Adiel kembali bila melihat Emiir datang menjemputnya pulang ke rumah, “Adi!” panggil Emiir dan memeluk erat kekasih sambil mengusap kepala Adiel yang hanya setinggi para dada Emiir sahaja. Dalam kereta Adiel senyap dan termenung memikirkan sesuatu, “Adi ada apa-apa nak bagitau abang ke?” soal Emiir. “Abang nak lagi ke kahwin dengan Adi?” keluar soalan cepumas dan Emiir terus berhenti mengejut kereta.
“kenapa Adi cakap macam tu?! Kenapa Adi dah tak suka abang ke?” tanya Emiir yang tertanya dengan persoalan Adiel. “Adi bukan dah tak sayang abang...” “Dah tu kenapa Adi cakap macam tu! Adi tahukan Abang sayang gila dengan Adi! Abang start berniaga sendiri pun sebab Abang taknak nanti Adi hidup susah dengan Abang, kenapa Adi nak buat Abang macam ni!?” mata Emiir mula berkaca.
“Adi...Adi dah tak suci bang Hiks A..a..Adi da..h kot..or Hiks” ujar Adiel yang sudah tidak dapat menahan air mata dari jatuh. Emiir memeluk Adiel “Adi tengok Abang, ada ke Abang cakap Abang buang Adi. Ada ke Abang cakap Adi kena tetap suci untuk kahwin dengan Abang!” Emiir meninggikan suara dan Adiel terus menangis. “A..Adi ta..k..kut a..abang tinggal A..Adi Hiks” ucap Adiel. “Abang takkan tinggal Adi walau macam mana pun” Emiir memeluk erat tubuh kekasihnya.
______________________________________“Adi kamu ok tak ni?” tanya Pakcik Halim pada Adiel yang tidak makan serta termenung, “tak ada apa-apa ayah, penat sikit. Lama tak masuk kerja kan, bila masuk banyak kerja” alasan Adiel yang tidak mahu sesiapa tahu apa difikirannya ketika itu. “jaga kesihatan sama, jangan kerja kuat sangat. Mir kan ada, nanti dia yang kena bela kamu” jelas Pakcik Halim. Selesai mengemas meja makan Adiel ambil angin di tangga rumah.
“abang Adi ok ke, Irfan tengok Abang banyak termenung harini” tegur Irfan dan duduk disebelah Adiel, “irfan tak tidur lagi?” tanya Adiel. “belum, abang ok tak? Abang jangan la sakit lagi, Irfan taknak tengok Abang sakit lagi” ujar Irfan lalu memeluk lengang putih Adiel, “abang kan dah sihat sekarang, Irfan jangan la risau ye. Kalau Abang sakit Irfan kan ada jaga abang” Adiel mengusap kepala Irfan.
“taknak! Irfan tak suka tengok Abang sakit” rengek Irfan, “ye Abang janji abang takkan sakit dah ok. Irfan pun kena janji dengan Abang, Irfan kena sihat jugak” sebak Adiel bila Irfan yang budak autisme menyatakan tidak sanggup lihat dia sakit. “Irfan, Adi mati masuk dah lewat ni. Nanti deman kena angin sejuk malam ni” arah Emiir dari belakang. Emiir memeluk Adiel sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.
“Abang” ujar Adiel, “awat Adi? Adi ada nak apa-apa ke?” tanya Emiir dan memandang wajah putih dihadapannya. “terima kasih terima Adi, terima kasih sebab abang nak lagi sayangkan Adi macam dulu” jelas Adiel sambil mengusap tangan kasar Emiir. Emiir tersenyum “abang pun nak terima kasih dekat Adi jugak sebab tak jemu goda abang. Tolong Abang, bagi harapan baru untuk Abang terus maju ke depan” ujar Emiir.
“Adi tak perlu takut yang Abang akan tinggalkan Adi, sebab Adi Abang temui apa yang Abang nak. Walau apa pun yang jadi abang tetap akan sayang Adi, lindungi Adi. Kalau hendak berpisah pun biarlah ajal yang memisahkan” tambah Emiir lagi dan ia membuatkan Adiel menitis air mata di pipi. “abang ni sekarang daj pandai buat orang nangis kan” Adiel menumbuk manja pada dada Emiir.
“mestilah kalau tidak macam mana buli dia pulak” usik Emiir lalu ketawa kecil, “hrmmm Abang jahat” rengek Adiel dan menjeling tajam pada Emiir. “dah-dah jom tidur esok Abang ada kerja banyak, Adi pum esok nak masuk kerja” Emiir menarik Adiel baring di tilam dan menutup lampu lalu kembali memeluk kemas Adiel sehingga pasangan sejoli itu nyenyak dalam kepekatan malam kecuali Pakcik Halim yang sibuk menonton berita lewat malam.
Bersambung...
YOU ARE READING
Cintaku Dari Kampung
RomanceAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...