EPISOD 5

266 12 1
                                        

"Abang, kalau Adi nak tidur rumah abang boleh tak?, Adiel takut la tadi ada tikus dalam rumah" tipu Adiel yang sebenarnya nak tidur bawah ketiak Emiir lagi. "boleh je nanti abang tolong pasang perangkap tikus" ujar Emiir dam Adiel cuma mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba Emiir terkedu dengan soalan yang ditanyakan oleh Adiel "abang bila nak masuk minang Adi?, kalau lambat sangat biar Adi la yang masuk minang Abang" spontan betul la budak Adiel ni. "Adi. Kan abang dah cakap sebelum ni, abang tak setaraf dengan Adi, lagi baik Adi cari lelaki yang boleh senangkan Adi" jelas Emiir.

"Tapi rezeki tu kan kat tangan tuhan, tak salah pun kalau kita mencuba. Yang paling penting kita usaha sama-sama bang, abang Emiir tahu kan Adi sayang sangat dekat Abang sejak kali pertama Adi jumpa abang" mata Adiel sudah mula berkaca menahan pedih cinta ditolak. "Abang rasa hubungan kita cukup dengan abang dan adik je Adi, abang bukan calon sesuai untuk bersama Adi sehingga tua" ujar Emiir. Adiel tidak menghabiskan makanannya dan terus bangkit mencuci tangan dan tinggalkan Emiir di meja makan.
__________________________________________

Adiel menangis sekuat hati di dalam bilik Emiir da menekup mukanya pada bantal. Emiir masuk ke bilik dan terlihat Adiel baring sambil menangis, "Adi, Adi jangan la nangis. Abang bukan tak nak terima cinta Adiel tapi Abang risau abang tak dapat nak jaga Adi nanti, masa belum kahwin memang semua manis. Lepas kahwin kita tak tahu macam mana" pujuk Emiir. "Adi...Adi tengok muka abang ni" Emiir membangunkan Adiel memandang wajah Emiir.

"Adi nanti boleh tak jangan cakap lagi pasal kahwin ni, bukan masa dia lagi. Lagipun kalau betul Adiel sayang abang tak semestinya kita kena kahwin, Adi jangan risau, jangan takut, walaupun abang tak kahwin dengan Adi tapi Adi tetap ada dalam hati abang" Emiir mengesap air mata yang mengalir di pipi Adiel. "tapi Adi tak nak hilang abang! Adi. Sanggup buat apa sahaja untuk abang" ujar Adiel.

Emiir memeluk Adiel "jangan cakap macam tu Adi, Abang tak berani janji untuk ada sentiasa dengan Adi tapi abang boleh janji selagi tuhan tak pisahkan kita, abang tetap akan jaga Adi" pujuk Emiir. Mereka berdua berpelukan sehingga Adiel terlena dalam pelukan Emiir. "Abang!!" panggil Irfan dari luar bilik memanggil Emiir.

"abang ayah pesan esok jangan lupa buang sampah!" ucap Irfan, "ha, pi keluaq kacau orang nak tidoq. Senyap sikit aku penampaq satgi" marah Emiir dengan nada rendah takut Adiel terjaga. Irfan menjelirkan lidah pada abangnya tu "irfan bagitau ayah abang marah Irfan tanpa sebab" ugut adiknya itu lalu menutup pintu, Emiir hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah adiknya.
___________________________________________

Adiel yang terbangun pukul 2 pagi kerana sejuk dan terasa dirinya seorang diri di atas katil. "mana abang Emiir" fikir Adiel dan menghulur kepala menunduk ke bawah dan terlihat Emiir tidur di bawah seperti malam semalam. "ish nape abang tinggal Adi tidur sorang-sorang dekat atas" rengek Adiel dan terus turun kebawah tidur bersama Emiir. Adiel sangat bahagia bila dapat meletakkan kepala atas dada berketul Emiir.

Azan subuh mengejutkan Emiir dan dia sekali lagi terkejut melihat Adiel sedap tidur memeluk dirinya, "Adi....Adi" Emiir menggelengkan kepala lalu mendukung Adiel ke katil. "risau abang lari ye, abang takkan lari la kalau Adi tak halau abang" Emiir membelai rambut Adiel sambil merenung wajah comel didepan matanya.

Selesai mandi Emiir pergi kejutkan Aidel yang sedap lagi mengangkang tidur dekat bilik, "Adi bangun Adi, jom kita sembahyang sesama" kejut Emiir tapi tiada respon dari Adiel. "Adi bangun!" Emiir menggoncang badan Adiel, "harini kan cuti bagi la Adi tidur puas-puas" rengek Adi seperti budak tadika. "hey cuti apa bendanya bangun, sembahyang subuh" pujuk Emiir lagi.

"Ehh budak ni lah, bangun la kalau tak ambik simbah air nanti" ugut Emiir tapi tidak berjalan, Emiir pun takkan nak buat betul-betul pulak nak simbah Adiel dengan air lalu Emiir buat macam mana dia kejut Adiel sebelum ini. "abang apa ni, kalau Adi mati tak cukup nafas macam mana!" Adiel menepis tangan Emiir yang sedang memicit hidungnya.

Emiir hanya ketawakan Adiel. Mereka berempat sembahyang subuh di rumah sahaja selesai sarapan Pakcik Halim sudah ke sungai mencari ikan dan Irfan asyik membaca surat khabar. Emiir pula bersiap sedia untuk pergi bekerja di ladang buah Hj Brahimm, "Abang! Adi ada hadiah untuk abang" Adiel memeluk leher Emiir dari belakang. "apa dia, cepat sikit abang nak pi kerja ni" ujar Emiir.

"Nah untuk abang" Adiel menghulurkan kotak iphone yang dibeli semalam dengan Rizal dan Emiir terkejut beruk tengok hadiah tersebut. "kenapa bagi abang telifon? Abang kan dah ada telifon" ucap Emiir. "memang la, tapi telifon abang tu lapok sangat, susah kalau Adi nak video call Abang" jelas Adiel. "nanti abang balik kita boleh jumpa kan?, lagipun abang mana reti nak guna gadjet ni" jawab Emiir.

"Ambik la bang, nanti Adi ajar la macam mana nak guna ok" Adiel buat muka comel, "yela-yela abang ambik, tapi satgi la abang guna. Abang nak pi kerja dulu, kejap lagi abang balik Adi ajaq abang, sekarang Adi simpan dulu" jelas Emiir dan Adiel menunjukkan sengih kerang busuk. Adiel melambaikan tangan pada Emiir dan pergi ke Irfan yang asyik membaca.

"irfan jom teman abang pergi balik rumah, lepastu kita balik sini" ajak Adiel. "jom abang, Irfan nak jalan-jalan naik kereta" seronok budak tu bila diajak keluar. Mereka berdua naik kereta pergi ke kedai runcit Makcik Dijah untuk membeli keropok dan air untuk Irfan sebelum mereka pergi ke rumah Adiel. "Ha Adil bila kamu nak naik pelamin, makcik ni dah lama tak makan nasi minyak" usik Makcik Dijah. Seluruh kampung bising Emiir sekarang dah milik Adiel.

"ishh Makcik, sebut la betul-betul nama Abang Adi. Nama Abang Adiel la bukan Adil" bebel Irfan, "Alah kira sama la tu, Irfan kalau abang adil jadi abang betul kamu tak" tanya Makcik Dijah dan Irfan pun menyahut "mahu". Entah datang dari mana Mawar dengan Suraya datang menyebuk hal Adiel dengan Emiir, "ha kalau Irfan nak abang Adiel ni, kena suruh abang Emiir tu cepat-cepat masuk minang. Takut orang lain kahwin dengan abang adiel melepas Irfan" usik Mawar.

"ishh jangan la cakap macam tu, malu saya. Takpelah Saya balik dulu ye. Tak payah baki makcik Dijah" Aidel terus ambil barang dan tarik tangan Irfan cepat-cepat masuk dalam kereta, "kenapa muka abang merah, abang Deman ke?" Irfan menghulurkan tangan ke dahi Adiel, "abang tak deman la, jom kita balik rumah abang lepastu baru kita balik rumah Irfan" Aidel memandu meninggalkan kedai runcit Makcik Dijah.

Bersambung...

Cintaku Dari Kampung Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang