EPISOD 2

180 9 0
                                    

"Ehh kau dah kenapa tersengih-sengih ni Adiel?" soal rakan sekerja Adiel iaitu Rizal. "mana ada kau ni" nafi Adiel. "yelah tu, Ehh Adiel kau satgi balik ada hal tak?" tanya Rizal. "jom satgi kita pergi pasar malam nak, dekat je dengan kawasan rumah kau" ajak Rizal. "Aku ok je, satgi aku follow kau dari belakang ehh, aku tak tahu tempat" ujar Adiel dan Rizal hanya mengangguk tanda faham sahaja. Jam menunjukkan pukul 5:04 petang dan mereka berdua bersiap untuk ke pasar malam di Bukit Mertajam.

Kereta Adiel mengikuti kereta Rizal ke kawasan pasar malam, sesampai Adiel disitu dia agak terkejut dengan tingkahlaku peniaga disitu. Cakap terjerit-jerit padanya padahal orang utara memang suara deras dan kuat. "wey orang penang memang macam ni Ehh?” Cakap macam nak gaduh tanya Adiel yang masih baru suasana orang utara ni. "ala biasa la orang utara ni, memang cakap kalah speaker masjid" balas Rizal dan mereka berjalan di pasar sambil membeli makanan.

Adiel singgah gerai buah yang ada Emiir disitu sedang berniaga, "Hai abang Emiir, kerja dekat sini juga ke?" soal Adiel yang saje mencipta topik perbualan walaupun dia sudah tahu Emiir ada buat kerja dekat pasar malam. "Ha'ah, jap mana awak tahu nama saya" tanya Emiir yang terpinga-pinga. "oo saya dengar Makcik Dijah panggil nama abang" balas Adiel, "ooo adik nak apa?" tanya Emiir lagi dan Adiel hanya menunjukkan pada buah yang dia nak beli sahaja, muka Adiel ketika itu dah merah padam habis dah tahan malu depan Emiir.

"Abang, esok abang free tak?" idea ajak dating timbul di kepala Adiel. "awat? Esok abang kerja rasanya tak boleh" jawab Emiir. Hancur harapan Adiel nak gorat cinta hati. "takpelah abang saya balik dulu, nanti kita jumpa lagi k. Bye" Adiel melambai tangan dan terus peniaga-peniaga pasar malam dekat situ bising "pewwwick tak lama lagi makan nasi minyak la kita!" "Emiir dah ada punya!!" seloroh peniaga dekat situ. Adiel pun apa lagi terus pasang langkah seribu dan Rizal pula terkedek-kedek mengejar Adiel dari jauh.

"hey Adiel kau suka abang pasar malam tadi?" Rizal menepuk bahu Adiel dan Adiel hanya diam dan tersengih macam kerang busuk. "esok jumpa dekat office K, bye Rizal" Adiel masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang ke rumah dan Rizal tak sempat dapatkan jawapan. Sewaktu pulang tu Adiel ternampak seorang budak lelaki yang jatuh di jalan dan dia turun menyapa. "Adik, Adik ok?" tanya Adiel memandang seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 14 tahun. "Sakit" hanya itu yang diberitahu. "jom masuk kereta, Abang hantar dekat rumah" Adiel menghulurkan tangan dan disambut budak tersebut lalu budak tu memeluk tubuh Adiel.
_____________________________________________

"Adik nama apa?" tanya Adiel, "Irfan Hanif Bin Halim" jawap budak tersebut. "Irfan duduk mana?"sepatah-sepatah Adiel menanyakan soalan, "Terus je bang, abang baik la. Irfan suka abang" ujar Irfan. "irfan ni memang jenis mesra ke? Terus dia kata dia suka aku" Bisik hati Adiel. Adiel mengusap kepala Irfan dan teruskan memandu. Sesampai sahaja dirumah mereka disambut oleh seorang lelaki berumur iaitu Pakcik Halim. "Adik hang pi mana ha! Magrib baru nak balik tau dek Abang ang sakit mampos ang kena rotan" bebel Pakcik Halim.

Pakcik Halim tengok Adiel "kamu yang baru pindah dekat rumah besar kat simpang sana kan?" tanya Pakcik Halim dan Adiel hanya meng iya sahaja. "tadi saya jumpa Irfan jalan sorang-sorang jadi saya ajak la naik dengan saya. Takut ada apa-apa pulak kan, ni pakcik saya ada beli makanan lebih ni ambik la" ucap Adiel. "terima kasih la nak, susahkan kamu je" ujar Pakcik Halim. Pada ketika itu Emiir balik ke rumah dan masa tu tiba-tiba pulak Adiel tekemut-kemut menahan gedik.

Irfan berlari ke arah abangnya dan Emiir memeluk adiknya "dah malam baru nak balik!" bising Emiir dan Adiel ketika melihat kejadian itu memikirkan Emiir adalah sorang yang garang. "ehh abang dah habis berniaga" tanya Adiel dan Emiir dengan tersipu malu "ha'ah abang baru habis kerja, adik ke yang hantar Irfan balik? Terima kasih ye" ucap Emiir. "sama-sama bang saya balik dulu ye" Adiel masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah sewanya.

"Nampak budak tu macam suka kamu je Mir" usik Pakcik Halim, "eh ayah ni takkan dia nak suka saya, lagipun saya ni bukan ada apa. Kerja pun tak tetap" jelas Emiir. "abang nanti beli kereta, best tadi kereta abang tu ada aircon" ujar Irfan sambil memegang tangan abangnya. "banyak la kau punya kereta dah masuk, dah la main Sampai nak malam. Aku tibai jugak budak ni" arah Emiir.
_____________________________________________

Adiel setiap hari akan datang menhantar makanan untuk Emiir serta ayah dan adiknya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat dan orang kampung pun mula merasakan Adiel dan Emiir mula bercinta kerana dimana Emiir disitu ada Adiel. Adiel menemani Emiir di sungai memancing ikan, "Abang, kalau abang diberikan satu peluang untuk mintak apa sahaja, apa yang abang akan minta?" tanya Adiel.

"kalau Abang dapat minta apa je ehh, abang nak peti sejuk dekat rumah tu penuh dengan makanan macam dalam cerita orang putih tu. Macam-macam makanan ada, nanti kalau Irfan nak makan je pergi ambik je" jelas Emiir. Naik sebak Adiel sambil menahan airmata dari jatuh ke bumi. "abang, abang ada kekasih tak?" tanya Adiel lagi soal hati Emiir, Yela takut-takut jadi penyondol pulak nanti. "kekasih? Abang mana ada buah hati, abang ni bukan ada harta, kerja pun kerja kampung. Sape nak dekat abang" ujarnya.

"Tapi Adi suka abang, abang kahwin dengan Adiel ehh" Adiel memeluk lengang berotot Emiir kerana melakukan kerja berat. "Adi, Abang bukan tak suka Adi tau. Tapi abang ni tak ada apa pun, lain la Adi. Adi kerja kerajaan, pendapatan tetap nanti dah tua ada pencen. Abang ni bukan ada harta nak jaga Adi" sayu sahaja suara Emiir lalu mengusap lembut rambut Adiel. "Tapi Abang suka Adi juga kan, kita usaha la bang. Tak kisah kalau abang tak kerja kerajaan tapi kita usaha sama-sama cari kekayaan tu" Adiel membulatkan matanya.

"Tak boleh Adi, Adi tengok abang sekarang ni, tengok pakaian abang dengan Adi jauh beza. Adi dah selesa hidup mewah, takkan abang nak heret adi hidup susah" jelas Emiir lagi pada Adiel, tetapi Adiel degil tidak mahu mendengar semua itu. Dihatinya cuma ada ihsan yang bernama Emiir, Adeil yang marah dengan sikap rendah diri Emiir tu terus bangkit dan berjalan pergi. "Nak pergi mana tu?" tanya Emiir. "Nak balik la, dah orang suka kita. Buat apa kita nak terhegeh-hegeh kejar dia" jawap Adiel lalu langkahnya dihentikan oleh Emiir.

Emiir memegang tangan Adiel "abang hantar ye, takkan Adi nak jalan kaki. Tunggu jap abang kemas barang" pinta Emiir. Adiel senyap sepanjang diatas motor, semasa hantar di rumah pun Adiel tidak menyalam Emiir seperti biasa dan terus masuk ke dalam rumah. Emiir tahu Adiel marahkan dirinya kerana menolak perasaan cinta Adiel padanya tapi kerana Emiir tidak mahu Adiel akan menyesal bila memilih dirinya sebagai suami.

Bersambung...

HI readers, korang macam mana sihat ke?? Author cuma mampu upload 2 episod dulu sebab ada cerita lain kena upload jugak, sorry. Please votes this story and comment if you're think I should improve this story 😘

Cintaku Dari Kampung Where stories live. Discover now