Satu tamparan mendarat di pipi Adiel “manusia sial! Kau memang dasar gatal! Berani kacau tunang aku!!” jerkah Suraya sudah naik meroyan dengan Adiel yang menganggap dia adalah punca Daris putuskan pertunangan. “Su apa kau cakap ni? Kenapa pulak aku nak kacau si Daris tu?!” soal Adiel semula dengan menahan perasaan marah serta pedih pipi kerana ditampar.
“kau tak payah nak buat-buat alim la Adiel! Aku tahu la Daris tu asyik jumpa sebab kau goda dia kan?! Tak cukup ke dengan Emiir dengan kau nak tambah jantan lain!!” tuduh Suraya yang sudah seperti perempuan meroyan dalam pantang, “kurang ajar” satu tamparan dari Adiel pula menampar pipi mulus Suraya. “kau jaga mulut kau Suraya, aku tak hingin la Daris tu. Kau jangan sedap-sedap kata aku goda dia!!!” lawan Adiel.
Daris entah muncul darimana datang kononnya datang untuk menjadi hero, “Hey apa ni Sue!, tak malu ke datang serang rumah orang” ujar Daris. “sebab dia ni kau putus tunang dengan aku kan! Kau memang dasar jantan sial! Tak sedar diri kalau bukan dulu aku yang tolong kau mampos kau kena belasah dengan orang kampung sebab kes kau tu!!!” suara Suraya makin meninggi.
“Adi, Adi tak ada apa-apa ka?” tanya Daris yang ingin berbuat baik dengan Adiel, “jangan sentuh aku la, pergi bawak bekas tunang gila kau ni balik!” marah Adiel dan ingin masuk ke rumah. “Adi, Abang mintak maaf bagi pihak Suraya” Daris memegang tangan Adiel. “lepaslah! Daris! Tak malu ke” jerkah Adiel, Suraya makin naik darah bila Daris buat drama depan matanya.
“Baik kau lepas Adiel sebelum aku tetak tangan kau!!” jerkah Pakcik Halim dari belakang, Pakcik datang berdiri di samping Adiel. “Baik hampa berdua berambus dari rumah aku, sebelum hampa habis nyawa kat sini jugak” amaran Pakcik Halim dengan tangan kanannya memegang kapak besar. Lintang-pukang Suraya dan Daris lari, Pakcik Halim berpesan pada Adiel supaya jangan layan dan berhati-hati dengan 2 ekor jebon tersebut.
__________________________________________Emiir yang baru pulang ke rumah berehat di beranda sebelum masuk ke rumah, dikeluarkan iphone yang dihadiahkan oleh Adiel dan melihat lama sosial Adiel yang sentiasa mengepos gambar atau video mereka berdua. “macam mana la Adiel boleh suka dengan Abang” bisik hatinya sambil membelek gambar mereka.
Tanpa disedari Emiir Pakcik Halim duduk dihadapannya, “Mir...Mir...Hey Emiir!” sergah Pakcik Halim bila dipanggil tetapi tidak menyahut daripada anaknya, “Ha... Ada apa ayah?” soal Emiir yang terpinga-pinga. “tadi lepas tengahari hari Suraya dengan Daris datang serang Adi” beritahu Pakcik Halim.
“Apa!! Berani depa datang sini nak buat hal ehh!!” luah Emiir yang geram mendengar cerita ayahnya. “hati-hati Mir, ayah takut nanti apa pulak depa buat dekat Adiel nanti” pesan Pakcik Halim. “kuajaq Daris! Mati kau kalau berani sentuh Adi” Emiir mengepal tangan yang menahan geram
_________________________________________“kawin jugak Ang kan Adiel” ucap mawar, “mestilah la kahwin, Emiir tu sayang gila kot dekat Adil” ucap Makcik Dijah pula. “alhamdullilah la, Emiir tu berani nak luah hati kalau tidak tak tahu la saya jadi ke tak kahwin dengan dia tu” jelas Adiel. “hrmm Emiir, ha nanti jangan selalu gaduh pulak. Pening kepala aku nak memikirkan cadangan pujuk kamu nanti” jelas Makcik Dijah dan Adiel serta mawar girang ketawa.
“memang Emiir tu, kadang tu memang dia tak reti nak pujuk kita. Jenuh kita tunggu dia nak pujuk kita, hujung senyap gitu jer” tambah Adiel lagi. Seronok 3 ahli mesyuarat tingkap mengutuk Emiir dan sementara Emiir dirumah menunggu Adiel pulang “pahal telinga aku ni asyik gatal ehh, ada orang tengah kutuk aku ke?” ujar Emiir sambil mengutil telinganya. “tapi bagus ye Emiir tu dia rajin cari duit, tak pernah lupa tanggungjawab dia” puji Makcik Dijah.
“Adiel beli apa tu?” sapa Daris, Adiel hanya diam dan tidak memandang wajahnya. Perasaan geram kejadian pagi tadi masih tidak hilang lagi tambah pulak Daris ni datang tunjuk muka depannya. “Amboi sombongnya” ujar Daris lagi. “hey Daris tak malu ke kacau tunang orang, pi la jaga Suraya tu. Kesian dah meroyan dekat rumah tu” sindir Makcik Dijah, “entah ye, harap muka je lawa. Perangai cam jebon” tambah mawar.
Berdesing telinga Daris mendengar sindiran Makcik Dijah dam Mawar, “biaq la kat aku, lagipun aku dengan Suraya tu tak ada apa-apa dah!” balas Daris yang menahan marah. “ok lah Mak Dijah, saya balik dulu lah. Nanti kebulur pulak family saya bila sampai sini saya tak siap masak lagi” ujar Adiel lalu mahu pergi dan seperti biasa dihalang Daris. “kejap la dulu Adiel, awal lagi ni. Nanti jangan lupa hantar lauk dekat Abang tau” Daris mencubit dagu Adiel.
Adiel mencapai balang coklat di kaunter dan terus berdesup hempok kepala Daris “wey jantan tak malu ke ha?! Sanalah aku nak balik ni” tolak Adiel sehingga Daris hampir-hampir jatuh. Makcik Dijah dan Mawar apa lagi ketawa besar bila melihat Daris kena macam tu “Sesuai dengan kau Daris” kutuk Mawar, “nasib tak pecah kepala kau, kalau tak tak sempat la kau nak jamah nasi kenduri Adiel tu hahahh” macam pontianak dua perempuan itu ketawa.
________________________________________Emiir meluru ke dapur sebaik sahaja mendengar suara tunangnya itu pulang. “Adi nak masak apa tu?” tanya Emiir sambil merangkul pinggang ramping Adiel. “menu biasa je masakan kampung” balas Adiel dan meneruskan kerja mencuci bahan di singki. “tadi Daris datang kacau Adi ye” tanya Emiir. “takpayah pikir la manusia tak betul tu, bukan ada faedah pun” jelas Adiel
“Adi abang risaukan Adi, buat ye si Daris tu datang lagi kacau Adi macam mana?" Gusar hati Emiir memikirkan keselamatan bakal isterinya, “jangan risau la bang, dia tak berani ye datang. Kan ayah dah gertak dia tadi pagi” ucap Adiel yang ingin menenangkan Emiir. Emiir mencium leher Adiel dari belakang “Abang!” marah Adiel.
“Hai tak suka?” tanya Emiir, “bukan tak suka, satgi nampaknya si Irfan tu macam mana. Satgi jenuh nak menjawab apa yang kita buat, tunggu la dalam bilik nanti” pesan Adiel yang tidak mahu Irfan melihat aksi mereka serta Pakcik Halim kerana kurang sopan. “dah lah tolong Adi masak, cepat sikit siap. Ini asyik nak usik Adi je” arah Adiel. “yela sayang” Emiir melagakan hidung mereka berdua.
Setelah siap memasak mereka berdua mandi bersama sebelum menyambut kedatangan keluarga Adiel dari Kuala Lumpur. Keluarga Adiel menyantap makan makan malam di rumah Emiir sebelum pulang ke rumah sewa Adiel yang sudah berbulan-bulan tidak duduk dan digunakan untuk menyimpan barang sahaja.
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Dari Kampung
RomanceAdiel yang baru sampai disebuah kampung di Bukit mertajam telah jatuh hati pada seorang jejaka kampung, tetapi seribu kali sayang Emiir sentiasa menolak penawaran cinta dari Adiel. Adiel tidak pernah mengalah mendapatkan cintanya itu, mampukah Adiel...