02

25 5 13
                                    

Aku bangun pagi lebih awal daripada biasa dan terus membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bangun pagi lebih awal daripada biasa dan terus membersihkan diri. Sepanjang aku bersekolah di gwangju, aku tidak pernah meluahkan perasaan cinta kepada sesiapa.

Selepas mandi, aku mengenakan uniform dan mengikat rambut. Aku memandang diri aku ke arah cermin.

"Rami, kau kena kuat. Kalau dia reject kau, jangan sedih ramai lagi lelaki kat dunia ni". Kata aku sendirian.

Aku turun ke bawah secara senyap-senyap lalu mengeluarkan beberapa bahan untuk memasak ayam goreng dan menyediakan side dish.

"Okay jom mula. Aku harap tak kena tangkap dengan eomma and unnie". Kata aku lagi lalu mula memasak.

Beberapa minit kemudian, aku pun mula membungkus makanan di dalam paper bag. Eomma pun keluar dari biliknya.

"Ehh awalnya bangun, kamu masak apa tu?". Kata eomma dengan pelik.

"Rami masak ayam goreng, teringin lah eomma". Kata aku. Dia hanya menggeleng.

"Kalau teringin cakap eomma boleh masak kan". Katanya.

"Tak apa lah, dah siap pun. Jom makan rami ada goreng lebih ni". Kata aku lagi dan kami sekeluarga makan bersama.

"Perghhh sedapnya adik aku masak. Dah boleh kahwin ni". Usik heejin unnie.

"Eleh nak usik pun agak-agak lah. Kita tak cantik macam orang tu". Kata aku lagi.

"Nanti balik sekolah appa nak cakap sesuatu. So, nanti heejin kamu ambil adik kamu ye". Kata appa. Aku dapat rasakan benda ni penting.

Selepas sarapan, appa pun menghantar aku ke sekolah disebabkan dia kena masuk office awal. Aku masuk ke kelas seperti biasa. Nasib tak nampak batang hidung straykids.

A FEW MOMENTS LATER

"Thankyou class, jangan lupa siapkan kerja ye". Kata miss nayeon. Aku pun keluar dari kelas dengan membawa lunch box aku.  Lupa nak cakap dah waktu rehat.

Aku ternampak i.n baru keluar dari kelas dan aku terus pergi ke arahnya.

"Hi i.n, awak free tak sekarang?". Tanya aku. Dia memandang aku sinis.

"Aku nak pergi lunch dengan kawan aku. Kenapa?". Balasnya.

"Kita pergi rooftop sekejap boleh? Saya nak cakap sesuatu". Kata aku. Dia hanya mengeluh.

"Jom, since angin aku baik sikit hari ini". Katanya dan kami terus ke rooftop.

"Haa dah sampai, cepat bagitahu apa yang kau nak". Katanya. Aku terus memberikan paper bag kepadanya.

"Sebenarnya saya dah lama suka kan awak i.n sebab awak handsome. Saya tahu awak memang tak suka saya tapi at least terima lah lunch awak yang saya masak ni". Kata aku. Dia hanya tergelak.

"Kau buat lawak ke? Terang-terang aku memang reject kau. Makanan kau tu kau bagi je lah anjing makan, aku tak kesah". Katanya lalu pergi meninggalkan aku.

Aku jatuh terduduk lalu menangis seorang diri. Kenapa lah semua orang sanggup benci aku disebabkan rupa aku?

Aku terus pergi dari rooftop dan berjalan ke kelas. Pembelajaran pun berlangsung sehingga waktu tamat.

Selepas habis sekolah, aku terus masuk ke dalam kereta unnie dan dia memandu ke rumah. Aku masuk ke dalam rumah ternampak eomma dan appa sedang berbincang sesuatu.

"Sampai pun kamu berdua, mandi dulu and then turun bawah". Kata eomma. Kami hanya akur lalu membersihkan diri.

Selepas itu, aku dan heejin unnie pun duduk di ruang tamu. Aku rasa macam ada perkara yang serius berlaku.

"Since semua dah ada kat sini, appa nak bagitahu yang tak lama lagi kita akan pindah Seoul". Katanya. Aku membulatkan mata kerana terkejut. Aku keluar dari sekolah teruk ni ke?

"Yeayyy finallyyy kita dapat duduk bandar". Kata heejin dengan teruja.

"Kenapa tiba-tiba pindah pula?". Tanya aku. Yelah tahu tahu kena pindah.

"Sebab appa dapat naik pangkat, so syarikat pindahkan appa ke Seoul. Lagipun kami dah cari rumah sewa yang sesuai dan sekolah untuk kamu". Balas appa. Aku harap sekolah baru tu dapat mengubah hidup aku.

Beberapa minit kemudian, aku terus naik ke bilik bersama heejin. Bilik kami asing sebenarnya tapi kami lepak bersama di biliknya.

"Unnie, can you teach me about skincare routine? Atau pergi buat treatment ke? I wanna be pretty like you". Kata aku lalu memuncungkan bibir.

"Okay lah, unnie ajar sebelum kamu masuk sekolah baru tu". Katanya lalu membuka cermin mata aku.

"Goodbye gwangju. You left a bunch of memories here". Desis hati aku.

+++

To be continue..

[✔️] Two Hearts One Love || Choi JonghoWhere stories live. Discover now