Kau yang satu menjadi sahabatku
Minggu orientasi bermula. Baju rasmi bagi hari pertama orientasi dipakai. Tudung berwarna krim, baju kurung kosong bernada sama seperti tudung dan kain hitam. Sudah seperti pelajar sekolah menengah pula. Mujur sahaja pihak universiti membenarkan pelajar memilih sendiri tudung yang ingin dipakai.
Tudung bawal yang terletak elok di kepala sangat membantu Eliya untuk memulakan hari dengan gembira. Masih tidak berpuas hati dia terus menerus meperbetulkan awning tudung bawal seperti yang diinginkan.
Perfect!
Ini yang kita mahukan!
Memang sikap Eliya Keysha dari dahulu. Tidak suka terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Jam telefon dilihat. Masih berbaki 30 minit sebelum mereka perlu ke dewan untuk memulakan program orientasi. Katil dituju sebelum punggung dilabuh perlahan. Telefon diambil dan aplikasi Instagram dipilih. Sekadar mahu menghilangkan bosan sementara menunggu rakan sebiliknya, Zafrya bersiap.
Tidak tahu sama ada rezekinya atau sebaliknya, tetapi dia sangat bersyukur kerana Zafrya yang merupakan rakan sebiliknya juga merangkap rakan sekelasnya. Terkejut juga dia saat Zafyra memberitahu kos yang diambil di sini. Sempat mereka berkenalan ringkas malam semalam.
Manakala dua lagi rakannya Delina dan Harsha keduanya dari fakulti yang berbeza. Delina bakal menjadi guru bahasa Inggeris dan Harsha bakal menjadi pelukis terkenal suatu ketika nanti.
"Weh Eli nampak bekas kerongsang aku tak. Tadi aku letak atas katil. Balik-balik tandas hilang pula."
Wajah cemas Zafrya di muka pintu dilihat.
"Oh bekas tu. Aku letak atas meja belajar dekat luaq tu. Tengok hang letak merata takut jarum jatuh kita terpijak pulak."
"Fuh nasib je. Kalau tak mahu menangis aku takda pin nak pakai. Terima kasih la Eli tolong aku. Kalau kau nak tahu aku ni memang jenis cuai sikit. Jadi kalau ada apa-apa yang perlu ditegur kau tegur je. Aku tak makan kau pun. Tapi tegur baik-baik la sebab aku ni hati selembut kulit bawang."
Senyuman manis Zafrya layangkan. Terlihat gigi putihnya yang tersusun cantik.
Eliya pula hanya melepaskan ketawa kecil.
"Iyalah sahabat nanti kalau hang buat salah aku tegur. Jangan time tu hang ambik hati pulak."
"Janji tak."
Tangan kanan diangkat separas bahu seperti berikrar.
"Yes seorang Zafrya Aaulia yang cantik lagikan menawan dah ready. Lets go kita explore dunia ini."
Eliya hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak sangka pula dia mendapat seorang sahabat yang agak masuk air. Itu lebih baik berbanding dengan mendapat kawan yang sombong.
Beg galas di atas meja diambil sebelum langkah diatur.
"Delina dengan Harsha dah pergi tau. Depa kata nak pi round dulu sekitar sini."
Zafrya mengangguk mengiyakan. Tangan Eliya ditarik lalu dia mengajak Eliya untuk berlari anak di koridor kolej itu.
"Cepat la Eli lambat la kau."
Ketawa riang terdengar jelas dari Zafrya. Dan sekarang Eliya pun keliru sama ada dia berkawan dengan seorang yang berumur 20 atau umur 2 tahun. Terlalu gembira ini anak. Dibuatnya koridor kawasan laluan seperti di taman bunga. Ya Allah mujur tak ada sesiapa yang melalui lorong tersebut. Jika tidak Eliya lari dulu!
ELIYA tidak tahu mahu ketawa atau menangis saat ini. Zafrya di sebelah dikerling sebentar. Menunduk sahaja gadis itu. Ke mana hilang sifat happy go lucky Zafrya? Fikir Eliya. Orang gila sahaja yang boleh bersuka ria gelak ketawa apabila terpaksa berdiri tegak bagaikan tiang bendera di bawah matahari yang semakin menegak ke atas kepala. Sedangkan yang lain? Bersuka ria di bawah tempat berbumbung.
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomanceEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'