"EXPLAIN everything to me. Right now!"
Eliya berpeluk tubuh. Mata tajam memanah Zafrya yang sedang duduk di atas katil. Dia pula sedang berdiri di hadapan gadis itu. Tak ubah seperti ibu yang ingin memarahi anak.
"Aa erk. Urm sheesh. Eh! Eli dengar tak tu? Jap diam jap. Cuba dengar betul-betul."
Jari diletakkan pada bibir dan tangan diangkat membawa ke belakang telinga. Eliya yang tidak tahu menahu hanya mengikut arahan Zafrya. Buat seketika mereka berdua mendiamkan diri.
"Hang cuba nak prank aku ka?"
Seminit berlalu dan dia tidak mendengar apa-apa bunyi selain bunyi kipas yang sedang berpusing.
"Tak, tak. Cuba la dengar betul-betul. Serius aku dengar macam ada yang memanggil aku. Frya, Frya."
"Weh betul lah weh. Tandas panggil aku. Aku pergi tengok kejap tau. Entah apa yang dia nak minta tolong. Skru pintu tercabut lagi kut. Tu yang dia bising semacam. Gigi dia luruh."
Cepat-cepat Zafrya ingin bangun namun tangannya ditarik kuat sehingga terduduk kembali dia di atas katil. Air liur ditelan susah.
"Hang ingat aku empat lima tahun ka yang nak temberang. Jangan ingat aku lepaskan hang selagi hang tak bukak mulut cerita semua."
"Ha padia pulak dah hang ni."
"Buka mulut hang cakap"
Zafrya membuka mulut seluasnya. Eliya pula tak berhenti dari berzikir. Mahu dilempang, kawan. Mahu disepak, membe. Mahu ditumbuk, sahabat.
"Aku tengah tahan marah ni tau. Jangan sampai hang jadi orang pertama aku sepak. Cepat cerita!"
"Kalau tak mau?"
"Aku bagitau Delina hang buang dia punya stokin."
"Beritahu la. Do I care?"
Kuku dibelek kiri dan kanan sambil kaki disilang. Muka berlagak ditayang.
"Del..."
Tindakan refleks, laju sahaja tangan Zafrya menutup mulut Eliya. Menghalang gadis itu dari melakukan apa yang diperkatakn sebentar tadi. Bukan dia takutkan Delina cuma dia tidak mahu mencetuskan sebarang perbalahan. Stokin itu pun. Siapa suruh letak di tepi tong sampah. Memang lah dia ingat itu sampah. Terus di buangnya. Tak tahu menahu pula itu stokin kesayangan Delina. Tiga malam juga perempuan itu menangis mencari stokinnya. Zafrya pula tidak mahu berasa serba salah terys saja menghadiahkan Delina stokin baharu. Dengan alasan tidak mahu Delina menangis lagi mengenangkan stokin yang hilang.
Sedangkan dirinya yang punca semua itu berlaku!
"Fine-fine. Aku cerita dari A sampai Z. Dari alif sampai ya. Tapi janji ea jangan marah aku. Bukan salah aku. Kau nak mengamuk pergi mengamuk dekat bakal laki kau tu. Aku tak bersalah dalam hal ni. Saya innocent."
"Pada zaman dahulu terdapat seekor sang kancil da...."
"Aduh. Oi jangan tampar lebih-lebih. Keluar dari landasan karang tulang belulang aku."
"Ha kalau rasa nak pakai tangan besi lepas ni buat la lagi."
Orang tengah serius boleh pula dia main-main. Zafrya Aaulia bila je serius?
"Ish nak gurau sikit pun tak oleh. Hmph. Kau tanya la apa kau nak tanya. Aku tak tahu nak mula dari mana."
Snek di dalam laci diambil sebelum posisi bersila diatur. Sambil-sambil sesi soal jawab sambil-sambil mengunyah pun sedap juga ni.
"Who is he?"
"Who, who? He is a human. You know human. If you donno then you search-search sendiri."
"Zafrya Aaulia."
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomansaEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'