HARI yang sama tetapi situasi yang berbeza. Zafrya yang sedang bergembira meluangkan masa bersama-sama keluarga besarnya langsung tidak mengambil peduli tentang perkara lain. Telefon? Entah di mana dia mencampaknya pun tidak pasti.
Ini semua salah mama. Tiba-tiba di saat akhir dia memberi idea bernas mahu memanggil ahli keluarga lain berkumpul di rumahnya untuk mengadakan upacara makan-makan. Tidak lain dan tidak bukan dialah yang menjadi mangsa ke sana ke sini membantu mama menyiapkan juadah, menyusun meja dan lain-lain.
Tepat jam 8 malam semua ahli keluarga mula berkumpul. Meriah rumah keluarga mereka pada malam itu. Jika berkaitan dengan keluarga besarnya sudah pasti tidak ketinggalan lelaki yang dia sangat anti. Sepupunya.
"Tambah lagi pak long, mak long. Banyak lagi tu."
Dipelawa ibu dan bapa saudaranya untuk menambah lagi makanan memandangkan pinggan mereka terlihat sudah licin.
"Cukup la Frya. Banyak-banyak makan takut meletup pula perut kami ni. Apa-apa pun sedap kamu masak."
Zafrya malu-malu kucing mendengar pujian mak long.
"Sedap ke? Biasa je Qawiz rasa."
Sengaja mahu mengusik Zafrya. Tidak mampu dia menafikan bahawa masakan Zafrya tidak dapat ditandingi. Apa sahaja yang dimasak gadis itu pasti menjadi dan sedap itu sudah pasti.
"Kata seseorang yang sudah tiga empat kali mengulang makan. Kau kalau tak puas hati dengan aku cakap, jangan kritik masakan aku. Apa barang main kritik makanan, berani sangat jom ah gelanggang. Hak alah."
Apa? Ingat dia perempuan dia tak berani ke? Ini Zafrya Aaulia lah! Gangster jalanan ni boh!
"Kau? Nak masuk gelanggang dengan aku? Budak-budak tak boleh berlawan takut nanti kalah menangis bawah ketiak mak. Erm takmo-takmo."
Jari telunjuk di gerakkan ke kiri dan ke kanan betul-betul di hadapan muka Zafrya.
"Hak alah kecut cakap kecut. Banyak songeh pula dia."
Mak long dan pak long hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua sepupu ini yang tidak pernah sebulu. Asal berjumpa je mesti ada benda yang digaduhkan. Jika Zafrya mendiamkan diri, Nik Isyhad sengaja cari gaduh. Jika Nik Isyhad diam pula, Zafrya yang mencari pasal. Akhirnya kedua-duanya tidak mahu mengalah. Ada sahaja yang dibalas.
"Daddy hairan dengan kamu berdua ni. Tiap kali berjumpa mesti bergaduh. Tiap kali bergaduh mesti jumpa. Daddy terbayang macam mana keadaan kamu berdua sebagai pensyarah dan pelajar? I guess mesti Qawiz buli Frya secukupnya kan?"
"Exactly daddy."
Senyuman sinis terukir di bibir Zafrya kerana pak long berada di pihaknya. Nik Isyhad pula cemberut mukanya kerana daddy lebih memihak kepada Zafrya. Siapa anak dia sebenarnya?
"And I guess mesti Frya tak pernah hormatkan Qawiz sebagai pendidik kamu kan?"
Dan sekarang marekter mereka berubah. Zafrya dengan muka tidak berpuas hati manakala Ni, Isyhad dengan muka penuh kebanggaan.
"Yes daddy, that is! Ha padan muka kau kena setempek dengan daddy. Daddy I love you. Give more daddy. Biar dia sedar diri sikit yang depan ni 'pendidik' dia. Daddy cakap ke budak kecik ni kalau 'pendidik' ni tak halalkan ilmu yang dia bagi memang tak berkat hidup dia."
Zafrya melihat Nik Isyhad dengan pandangan penuh dendam. Nik Isyhad pula menjelirkan lidah.
"Daddy tak mahu ikut campur. Masing-masing dah besar panjang pandai-pandai la fikir."
Zafrya tersenyum penuh makna melihat ke arah mak long dan pak long yang sudah berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di luar rumah. Ahli keluarga lain sedang berkumpul di ruang tamu keluarga. Hanya mereka berdua yang berdegil tidak mahu ikut serta. Dua-dua keras kepala!
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomantiekEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'