Bab 15

1 0 0
                                    

PINTU yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dibuka menggunakan cap jari. Secara automatik pintu terbuka dengan sendiri.

'Welcome home, mister.'

"Wow canggih betul rumah kau boleh bercakap sendiri."

Terpegun seketika Zafrya kerana buat pertama kalinya dia mampu berada di di dalam sebuah rumah pintar. Selalunya dia hanya melihat di dalam filem.

"Thank you Celine. Tolong buka langsir dan tingkap."

Arahan penuh autoriti diberi kepada rumah pintarnya.

"Menurut perintah, tuan."

Lantas langsir dengan sendirinya bergerak ke sisi sebelum tingkap turut terbuka dengan sendiri. Terpancar cahaya yang memenuhi ruang utama rumah tersebut.

"Weh dia faham bahasa Melayu lah! My gosh kau melayukan dia, Qawiz?"

Tidak habis lagi rasa terujanya.

"Tengkorak kau! Dia boleh faham banyak bahasa la."

Iphone 15 Pro Max 1 TB berwarna Silver yang dibeli di Switch dengan harga RM 7899 dan dibayar menggunakan black card serta dibawa pulang menggunakan Audi R8 dan tinggal bersama di dalam villa berharga RM8 juta diletakkan di atas island kitchen dengan penuh tidak berhati-hati. Hanya dihempas begitu sahaja. Kisah apa dia? Jika rosak sekali pun berderet-deret syarikat telefon ingin mempromosikan telefon mereka.

"Really? Cuba tengok aku nak try test. Siling please repeat after me. Alif, ba, ta, sa, jim. Now it's your turn."

Krik. Krik. Krik. Tiada sebarang sahutan.

"Wiz apa ni. Rumah pintar kau ni rosak dah ke. Kau beli barang secondhand cetak rompak ke apa."

Nik Isyhad yang sedang enak menikmati jus oren menggelengkan kepala berkali-kali. Kenapalah mesti perempuan ini yang menjadi sepupunya?! Mengapa?!

"First of all it's Celine. Secondly, kau bijak pandai sangat suruh dia mengeja jawi kenapa, mangkuk? Eh penat la aku nak melayan kau."

Gelas yang digunakan sebentar tadi dimasukkan ke dalam mesin pencuci. Tidak perlu susah payah untuk mengerah tenaga mencucinya. Segalanya dilakukan dengan bantuan teknologi terkini.

"Jangan lupa pesan aku. Habuk jangan ada sebesar hama pun. Jangan buli Celine aku. Makan minum pandai-pandailah kau cari. Yang pasti jangan guna dapur aku untuk masak. Nanti meletop satu hal aku kena repair. Please look after her carefully. For me. Anything just give me a call."

Pesanan diberikan kepada Zafrya. Gadis ini bukan boleh. Perlu dipesan selalu. Jika tidak otak bagaikan tiada. Lost sentiasa. Lupa sentiasa. Makan semut 40 kg sehari la kut.

"Eliya, saya balik dulu. Saya tahu awak tak akan jawab pun apa yang akan saya cakap but saya tetap mahu cakap. Please be stronger. For me. For us. Tolong lawan perasaan awak. Jangan biarkan aura negatif kawal diri awak. Selalu ingat Dia ya? Solat jangan tinggal. Sampai satu masa yang tepat saya akan pastikan awak ceritakan semua lerkara yang berlaku. Dan saya akan pastikan awak menjadi milik saya."

Luluh hatinya melihat keadaan terkini Eliya. Sejak dapat keluar dari hospital gadis itu hanya mendiamkan diri tanpa berbicara sepatah pun. Pernah ditanya tentang apa yang berlaku sebelum dia pengsan namun hanya tangisan yang menjadi jawapan.

Zafrya yang melihat situasi itu turut sama tidak dapat menahan rasa. Mahu sahaja dia menghamburkan tangisan tetapi dia perlu kuat. Dia perlu terlihat kuat demi Eliya.

Sebelum beredar dari situ, buat kali terakhir Nik Isyhad melihat ke arah Eliya yang masih berada di sofa, duduk tegak tanpa bergerak seinci pun. Mata tegak melihat ke skrin televisyen yang gelap.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now