Bab 14

0 0 0
                                    

TUBUH kaku Eliya dipandang dengan penuh rasa prihatin. Sebagai seorang kawan baik sudah tentu dia berasa sedih melihat seorang kawan yang selalu bersama di saat susah dan senang tiba-tiba terbaring tidak sedarkan diri. Walaupun sudah satu malam berlalu, namun masih tiada tanda bahawa Eliya akan menyedarkan diri dalam masa terdekat.

Tangan kanan Eliya digenggam erat untuk menyalurkan kekuatan. Namun dia tahu semuanya pasti sia-sia.

Jam telah pun menunjukkan ke angka 9 dan dia masih dia sini. Sedikit pun tidak berganjak sejak Eliya dihantar ke hospital.

"Bila kau nak sedar ni? Aku bosan tak dengar suara kau, celoteh kau."

"Aku janji lepas ni aku tak akan usik kau lagi. Aku tak akan tutup suis lampu tandas bila kau guna. Tapi kau kena sedar dulu la."

Terimbas kembali saat dia selalu mengacau Eliya ketika dia sedang menggunakan tandas. Suis lampu ditutup sehingga gadis itu menjerit kerana takut dengan kegelapan.

Zafrya mengalihkan pandangan ke muka pintu saat terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup.

"How is she?"

Nik Isyhad berdiri di sebelah Zafrya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar jogger pants sambil mata memerhatikan Eliya.

"Just how you see her. Dari malam tadi dia masih tidak sedarkan diri. Until now so yeah. Doktor sendiri pun tiada jangkaan bila dia akan sedar."

"Doktor cakap tak sebab apa dia boleh pengsan?"

Tidak mungkin Eliya tiba-tiba pengsan tanpa sebab yang membuatkan dia menjadi begitu.

"Doktor cuma cakap sebab terkejut. Terkejut disebabkan oleh apa, doktor sendiri tidak boleh pastikan. Satu cara je yang ada, which is tunggu dia sedar dan minta dia ceritakan semuanya. That is."

"Alright then. If anything happen just give me a call okay? Petang ni kau tak payah la attend kelas, just wait here until she wake up and please take care of her. For me. Okay?"

Anggukan diberikan.

"Did we need to call her parents?"

Pertanyaan dari Zafrya membuatkan Nik Isyhad tersentak seketika. Pada suatu ketika dia terlupa yang gadis itu masih mempunyai keluarga yang sangat menyayanginya. Jika mereka mengetahui perkara ini...

"No, just don't. Kita tunggu dan lihat dahulu. Jika keadaan makin teruk dan kita akan beritahu mereka. Okay?"

"Okay then."

Jam di tangan dilihat sebelum dia meminta diri untuk ke universiti pula.



BUNYI telefon yang kedengaran dari poket seluar dikeluarkan sebelum tertera nama Zafrya. Laju sahaja panggilan itu diangkat. Beberapa detik mereka berbicara sebelum panggilan diputuskan. Di dalam hati tidak putus dengan ucapan Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkan Eliya dari pengsannya.

Perjalanan ke hospital dari universiti terasa begitu lama sedangkan lokasi hospital tidaklah begitu jauh. Senyuman langsung tidak pudar dari bibirnya sejak mendapati gadis kesayangannya telah sedar dari pengsan.

Tiba di hospital tanpa mengambil waktu yang lama laju sahaja kaki melangkah ke arah wad yang menempatkan Eliya.

"No, ini semua gurauan je kan? Itu memang kau kan?!"

Tidak semena-mena kakinya berhenti melangkah. Secara tidak langsung senyumannya mati dan digantikan dengan riak wajah penuh dengan tanda tanya saat mendengar jeritan Eliya.

"Eli, please calm down first."

Cubaan Zafrya untuk menenangkan Eliya tidak berhasil. Malahan rontaan makin kuat ketika Zafrya cuba memeluk Eliya.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now