Bab 12

0 0 0
                                    

HATI yang gundah gulana mampu berubah menjadi setenang-tenangnya saat bunyi deruan air terjun menyapa gegendang telinga. Di bawahnya pula mengalir air sungai yang sangat jernih tanpa dicemari oleh sebarang sampah-sarap.

Tangan didepa ke sis. Mencuba untuk membawa diri memasuki ke alam yang dicipta oleh Maha Karya. Angin kuat menghembus pada diri. Bibir tidak pernah berhenti memuji keindahan ciptaan Yang Maha Esa.

Penat berdiri, kini batuan besar pula menjadi sasaran. Penuh berhati-hati Eliya melabuhkan duduk di atas batu besar kerana mahu mengelakkan dari tergelincir.

Pada waktu itu hanya dia seorang diri sahaja di situ. Mulanya dia ragu-ragu untuk terus berada di situ kerana ketiadaan orang lain melainkan dirinya, namun setelah dipujuk rasa hati barulah keyakinan menyapanya. Dan di sinilah dia. Masih menikmati keindahan alam walaupun sudah tiga jam berlalu.

"Eliya?"

Sapaan dari seseorang menyebabkan Eliya menoleh untuk melihat siapakah gerangan tersebut.

"So betullah ni Eliya?"

Eliya mengangguk perlahan namun riak wajah kekeliruan terpancar.

"Kau tak ingat aku ke?"

Gelengan diberi sebagai jawapan.

"Ni Afif la. Kita pernah sekelas dulu waktu form three. Lepastu kau pindah sekolah agama. Ingat tak? Afif Hazmi."

Berkerut kening Eliya cuba mengingati.

"Sorry maybe aku kenal hang tapi tak ingat."

Dia cuba mengerahkan otak bekerja. Mengingati memori berkaitan lelaki ini tetapi hanya sia-sia. Manakan tidak, sewaktu sekolah dahulu dia bukan gemar bercakap dengan lelaki. Mengingat nama pun dia malas apatah lagi muka? Tambahan pula rakan sekelasnya lebih ramai lelaki berbanding perempuan.

"It's okay. Aku faham. Orang tak penting dalam hidup kau kan?"

Eliya mula berasa serba salah mendengar balasan Afif.Tapi itu memang hakikatnya. Dia langsung tidak mengingati lelaki ini. Afif Hazmi? Perlukah dia membuka kembali majalah sekolah semata mahu memastikan kesahihan bahawa lelaki ini pernah sekelas dengannya dahulu?

"Sorry bukan aku nak buat hang terasa tapi..."

Tidak sanggup pula dia mahu menyambung kata.

"No la aku okay je la. Apa barang laki mudah terasa. Tak macho la."

Ketawa sengaja dibuat.

"By the way, sekarang kau buat apa je? Sambung belajar?"

Wajah Eliya dilihat tetapi gadis itu langsung tidak melihatnya. Hanya bercakap tetapi pandangannya tidak tertumpu pada Afif melainkan pandangan dialihkan ke arah lain. Afif tersenyum nipis. Dia faham akan perkara tersebut. Sudah pasti gadis sebaik dan utuh ilmu agamanya menjaga pandangan mata dari memandang ajnabi.

"Ya."

Pendek dan padat jawapan yang diberikan. Sejujurmya dia sangat tidak selesa dengan situasi sekarang. Berduaan bersama lelaki yang haram baginya walaupun di tempat terbuka. Sesungguhnya syaitan tidak pernah berputus asa untuk merosakkan manusia.

"Oh. Di mana?"

"Maafkan aku tapi aku terpaksa balik. Maaf kalau buat kau terasa."

Cepat-cepat selipar disarung sebelum dengan pantas dia meninggalakan tempat tersebut. Afif hanya melihat tubuh Eliya yang kian menjauh.

"BARANG semua dah ambik? Ada yang tertinggal dak?"

Beg diambil sebelum digalas. Pintu kereta ditutup.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now