Taman bunga botani menjadi tempat persinggahan mereka yang seterusnya. Si Zafrya ni la yang beriya-iya mengajak Eliya ke sini. Tetapi setelah tiba di taman tersebut, harus Eliya akui yang dia amat menyukai taman bunga itu. Tak sia-sia Zafrya memaksa dia ke sini!
Pelbagai jenis bungaan ditanam di situ. Kiri dan kanan dipenuhi dengan warna yang berbeza jenis. Pemandangan itu barulah permulaan setelah melepasi pintu masuk ke taman tersebut. Masih terdapat berpuluh laman bunga yang menempatkan bunga yang sama jenis.
Contohnya, ketika ini Eliya berjalan menuju ke arah taman bunga matahari atau juga dikenali sebagai sunflower garden. Bibir tak kering mengucapkan Subhanallah melihat keindahan ciptaan Allah. Warna perang kemerahan bunga matahari yang menyapa iris mata menyebabkan Eliya lebih teruja. Tidak pernah dia melihat bunga matahari sebanyak ini!
"Eliya, aduh ni aku nak pergi toilet kejap tau. Sakit perut ah. Kejap lagi aku datang balik. Kau jangan merayap merata pula."
Perut dipegang tanda dia benar-benar tidak mampu menahan lagi kesakitan di perut. Ini mesti punca makan terlalu banyak di restoran sebentar tadi. Eliya pun mengangguk sebelum kelibat Zafrya sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.
Samsung dikeluarkan sebelum beberapa foto bunga matahari diambil. Tersenyum dia melihat gambar yang diambil tak ubah seperti gambar-gambar yang sering dilihat di internet. Gambar yang selalu diletakkan sebagai latar belakang atau wallpaper di telefon mahupun komputer.
Langkah semakin ke belakang dan ke belakang lagi bqgi mendapatkan hasil foto yang lebih cantik. Tidak langsung dia memandang ke belakang ketika itu dek kerana terlalu teruja.
Dush!
Bahananya apabila mengundur belakang tanpa melihat terlebih dahulu. Dan sekarang dia tidak tahu siapa yang dia langgar. Cepat-cepat dia mahu meminta maaf tetapi ucapan maaf tersebut tidak terluah saat melihat apa yang berada di hadapannya.
"Bunga matahari mampu memberikan ketenangan. Di sebalik nama sunflower, ia juga mampu memberikan kebahagiaan kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Kuaci yang hidup di dalam bunga matahari itu sendiri mempunyai beberapa kebaikan yang tidak semua orang mempercayainya. Tak cukup dengan itu warna cerah bunga matahari mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk mendekatinya. And some reasearch said that sunflower boleh buatkan seseorang tu sukakan kita. It is?"
Eliya terpaku. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Di hadapannya sekarang terdapat seorang lelaki yang sedang melutut dan di tangannya terdapat sejambak bunga matahari yang masih segar.
"Who are you? Are we know each other? Hold on. Kejap. Hang bukan ka mamat dekat tandas tu? Yang muncul macam setan tiba-tiba boleh tembus dinding."
"You still remember me? Wow I guess I am important in your life, don't I?"
Eliya mencebik. Mana mungkin dia tidak ingat sedangkan lelaki itu adalah lelaki pertama yang menganggu ketenteraman hidupnya.
"Ha nak apa? Tak cukup dekat universiti dekat sini pun nak kacau ka? Ni bunga ni buat apa? Nak practice bagi dekat awek ka? Serupa salah orang ja hang nak mai practice pun. Kami ni bukan tau sangat pasai orang dok bercinta pasai kami pun tak minat cinta-cinta ni. Buang karen ja. Mungkin hang boleh try orang lain la kot noh. Tak pa la kami pi dulu la. Tapi sebelum tu kami nak habaq mai sikit. Tak payah la bercinta lama-lama. Kalau rasa masing-masing dah bersedia nak kawin then kawin la. Tau. Bukan apa takut terjerumus dalam dosa. Tak elok."
Kini giliran Nik Isyhad pula terkebil-kebil melihat Eliya Keysha. Otak blank seketika menerima kata-kata lembut tetapi tajam Eliya.
Aik. Salah ke apa aku buat ni?
Tak guna. Ni semua salah Zafrya Aaulia! Perempuan tu punya cadanganya yang kononnya terpaling bernas. Terpaling menjadi. Tetapi sekarang. Apa? Habuk pun tiada.
Dasar sepupu jebon!
"Then I would like to married you Eliya Keysha binti Firdaus Zairul!"
Eliya yang baru beberapa langkah pergi meninggalkan lelaki itu berpaling semula tatkala mendengar nama penuhnya disebut.
"How do you know my name?"
Nik Isyhad mengetap bibir. Alah macam mana pula boleh terlepas. Rancangan asalnya bersama Zafrya tetapi yang sebetulnya rancangan 100 peratus gadis itu dan dia hanya mengikut sahaja, pada mulanya dia perlu melutut dan berikan bunga matahari sambil bercakap sedikit berkenaan bunga matahari. Penat-penat sahaja dia mentelaah internet selama dua jam semata mahu mencari maklumat berkaitan bunga tersebut. Tak cukup dengan itu dia menokok tambah sendiri maklumat yang dia cipta sendiri. Bunga matahari boleh buatkan orang sukakakn kita? Puih celah mananya. Mazhab mana dia guna pun tidak tahu.
"Semua itu tak penting. Now I just want to know. About my propose? It is yes or yes?"
"What? Are you crazy? Aku kenal hang pun tak. Tiba-tiba mai propose. Hang ni alright tak alright. Dok buat sakit mental lagu tu la. Hang yakin ka yang kami ni belum kahwin. Yang paling penting hang sapa sampai kami kena suka hang? Nama hang tertulis sebelah nama kami ka dekat Luh Mahfuz sampai kami kena terima hang sebagai suami kami. Ha habaq mai tengok."
Eliya berpeluk tubuh menunggu balasan Nik Isyhad.
"Aku yakin kau yang terbaik untuk aku. Aku yakin engkau yang diciptakan untuk aku. You want to know something miracle? Right after aku hantar kau ke hospital disebabkan kau pengsan di tengah jalan tar selepas bergaduh dengan one of the fasi, aku terus berharap yang kau jodoh yang Allah kirimkan untuk aku. Kenapa? Sebab hati aku berdebar when I was first time saw you! Lagi luluh hati aku bila tengok kau terbaring lemah tak sedarkan diri."
"Wait let me finish this first."
Tangan diangkat meminta Eliya tidak menyampuk dia berbicara saat melihat Eliya yang ingin membuka mulut mahu membidas.
Nafas ditarik semahunya sebelum dia menyambung kata.
"Hari pertama kau tiba di universiti. Berpelukan dengan ibu ayah kau. It was the moment when I said to myself 'I admire with her live. Such a happy family after all'. That time aku belum sedar yang aku cintakan kau. Sehinggalah aku dapat tahu yang kau pengsan and aku terfikir kenapa perlu aku susahkan diri fikirkan tentang kau. Until that night I told my mother about this and she said Istikharah. Yes dia minta aku buat solat Istikharah meminta petunjuk dari Dia."
"Setiap hari aku buat tanpa tertinggal pun walau satu hari. Aku guess what. Makin hari perasaan cinta aku pada kau makin mendalam. Aku cuba untuk meletakkan kau di sudut paling terendah dalam diri aku tetap aku tak mampu. Nama Eliya Keysha sentiasa berada di sudut teratas dalam hati aku. Dan aku yakin doa aku dimakbulkan. Engkau adalah titik terindah dalam hidup aku."
Eliya tidak mampu berpasak di bumi nyata lagi. Perlahan-lahan tubuh menyorot jatuh menyembah tanah namun belum sempat tubuhnya mengenai bumi ada tangan lain yang menyambutnya.
"Fr-frya."
"Ya aku faham. It's okay take your time. Aku ada."
Tubuh Eliya dipeluk lalu belakang gadis itu digosok lembut. Membiarkan sahaja Eliya dalam tangisan memeluknya. Mata mengisyaratkan Nik Isyhad untuk meninggalkan mereka berdua seketika. Biarkan Eliya meredakan dahulu tangisan.
"Jom duduk bangku sana. Selesa sikit."
Eliya tidak banyak cakap ikut sahaja jejak langkah Zafrya sebelum tubuh kawannya dipeluk erat sebelum tangisan dihamburkan.
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomanceEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'