Bab 6

6 0 0
                                    

HARI yang sangat indah bagi Eliya Keysha. Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu tiba lagi. Sungguh beruntung dirinya apabila kelas pada hari Jumaat hanyalah pada waktu pagi dan sebelah petangnya dia sudah memulakan cuti.

Dalam kepala sudah terdapat 1001 perancangan yang ingin dia lakukan petang ini. Tidur? Berjoging? Berjalan di sekitar kampus? Belajar di perpustakaan? Mencuci pakaian? Pergi ke kelas memanah? Dan pelbagai lagi rancangan lain yang tersemat di dalam minda. Samsung miliknya diambil sebelum aplikasi nota dibuka dan segala rancangan yang difikirkan ditulis.

Jika pada minggu lepas dia telah menyertai kelas menembak maka pada minggu ini dia perlu ke mana ya?

"Eli, jom petang ni lepak luar."

Eliya mengangguk perlahan sebelum dia mendapat idea. Ditulis di dalam nota telefon senarai ke sepuluh 'lepak luar'.

Zafrya membaling lembut anak patungnya apabila tidak mendengar balasan Eliya. Tepat mengenai wajah Eliya. Berkerut-kerut kening Eliya saat menerima 'tamparan' lembut anak patung Zafrya.

"Hoi dengar ke tak? Aku cakap dengan kau, bukan dengan setan sebelah kau."

"Hah apa dia? Cuba ulang sekali lagi. Tadi aku tengah fikir masalah dunia."

"Banyak la kau punya masalah dunia. Aku nak ajak kau lepak luar petang ni. Kita pergi wayang ke, boling ke, badminton ke. Best juga. Bosan la asyik terperap dalam uni je."

Eliya termenung seketika. Jika dia keluar maka wang yang banyak diperlukan. Tetapi jika tidak keluar bosan juga.

"Pukul berapa?"

Zafyra tersenyum lebar mendengar balasan Eliya. Bagus tak perlu susah-susah dia memaksa. Tuan badan sendiri bersetuju.

"Dalam 3 petang. Nanti naik kereta dengan aku. Kita pergi mall yang jauh sikit tau sebab kitonya nak kan suasano."

Eliya mengetuk skrin telefon sebanyak dua kali senelum paparan skrin kunci terlihat. 11:38 am. Bermaksud masih awal untuk dia bersiap. Tak sabar pula dia mahu keluar setelah hampir empat minggu dia hanya menghabiskan masa di dalam universiti.

"Nanti pakai baju warna biru tau. Tau tau. Kita matching-matching. Barulah nampak sweet gitu."

"Baiklah tuan puteri. Akan patik turuti permintaan tuan puteri. Menjunjung perintah."

"ALA janganlah muncung gini. Tak comel loh buat muka itik macam ni."

Eliya tidak hiraukan. Berpeluk tubuh memandang ke hadapan sahaja dia. Zafyra pula mengambil kesempatan yang ada dengan menarik pipi Eliya sekuatnya sehingga berdesis si dia.

"Sakitlah Frya!"

Pipi kanan dipegang. Pasti sudah merah ni. Dalam hati tak sudah-sudah dikutuk Zafrya.

Pipi sendiri ada nak juga main pipi orang. Tahulah pipi kiter tembam!

Zafrya ketawa.

"Tahulah merajuk tapi jangan la tunjuk sangat. Ingat aku kisah ke? Haha. Alo bukan aku mungkir janji melainkan aku terpaksa. Kau pun nampak sendiri kan baju biru aku tadi rabak sebab iron tak guna tu. Boleh pula dia lubangkan baju aku. Haish kalau tak dikenang itu iron mama aku memang aku buang dalam Tasik Impian sana. Sakit hati titer."

Boleh pula saat dia menggosok baju menggunakan seterika legend mama, entah bagaimana tanpa dipinta bajunya dimakan suku oleh seterika itu. Mungkin suhu terlalu tinggi atau mungkin seterika itu yang minta dibuang ke pusat pelupusan sampah.

Sudahlah baju mahal!

Taubat selepas itu dia hanya memakai jersey hitam yang tidak perlu digosok. Eliya pula terlihat manis dalam pakaiannya. Baju blouse biru laut bercorak bunga kecil digandingkan dengan loose palazo putih dan selendang biru gelap.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now