HUJUNG minggu tiba lagi. Pagi yang indah dengan kicauan burung-burung. Di sudut lain terlihat sekumpulan burung layang-layang yang sedang terbang merentasi samudera langit nan biru.
Udara dihirup semahunya. Memenuhkan ruang paru-paru dengan oksigen sebelum dilepaskan semula perlahan-lahan membawa gas karbon dioksida bersama.
"Best kan dapat joging macam ni sekali-sekala. Dapat keluarkan peluh dan sihatkan tubuh badan tetapi dalam masa yang sama dapat hilangkan tekanan perasaan."
Peluh di dahi dikesat menggunakan tuala kecil. Regangan tangan dan kaki dilakukan bagi meningkatkan stamina diri.
"Setuju. Aku pun tak ingat bila kali terakhir berjoging. Bukan malas tapi tak ada kawan yang boleh diajak berjoging. Semua sibuk."
Kerusi panjang didekati sebelum mereka berdua bersama-sama melabuhkan duduk.
"It's okay after this kalau kau nak berjoging ajak je aku. Aku ada dengan kau 24 jam."
Eliya menyipikan pandangan ke arah Zafrya.
"Boleh pakai ka kata-kata hang. Macam muhong ja."
Hidup seorang Zarfya Aaulia amatlah sibuk. Perlu bergegas ke sana dan ke sini. Terlalu banyak aktiviti yang disertai. Terlalu sibuk sampaikan ada hari yang dia perlu menghadiri pelbagai mesyuarat. Sehari suntuk dia berkeliaran di dalam universiti. Ada masanya sehingga ke lewat malam. Dan Eliya amat tabik hormat kepada Zafrya kerana masih mampu berjuang sehingga ke tahap ini. Jika dia? Bungkus kain baju balik kampung sambung jual nasi lemak tepi jalan. Dia bukanlah seorang yang gemarkan kesibukan.
"Kalau aku tak boleh sertai kau pun ada yang boleh gantikan tempat aku."
"Siapa?"
Kerutan di dahi jelas menunjukkan yang Eliya tidak mengetahui siapakah gerangannya.
"Tu."
Muncung bibir Zafrya menunjuk ke suatu arah. Iris mata Eliya turut bergerak mamandang ke arah yang ditunjukkan Zafrya.
Tidak semena-mena tanpa dipinta jantungnya berdetak pantas. Peluh di tangan dan dahi jelas memperlihatkan bahawa dia sedang gelisah.
Kelihatan seorang lelaki yang sedang menapak ke arahnya. Rambut hitam pekatnya beralun lembut mengikut arah angin dan terlihat peluh dan merenik di dahi.
Mendekat dan semakin mendekat sehingga jarak mereka hampir mendekat barulah lelaki itu berhenti.
"Ehem. So, tugas aku dah selesai. Sekarang tugas kau pula. Pandai-pandai kau la nak buat apa. Tak kan itu pun aku kena ajar. Ye dok? Duduk baik-baik. Do not lebih-lebih eh. Ingat iblis sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam. Apa-apa pun Eliya, kalau jantan ni buat benda tak senonoh pada kau jangan lupa jerit nama aku. Akan aku berdesup sampai seperti cahaya."
"Ish la kau membebel macam mak nenek. Berambus sana!"
Zafrya mencebik. Orang nasihat dikatanya membebel. Ish budak zaman sekarang. Tidak boleh dinasihati langsung.
"Ui marah. Jangan lupa aku buat tak free tau. Ada pengerasnya. Nanti aku beritahu kau."
Peluang yang ada wajib digunakan sebaiknya. Kesempatan dalam kesemputan.
"Ish ye lah! Dah tu tengok anjing belakang kau tu."
Cepat-cepat Zafrya berpaling ke belakang. Sungguh dia amat takuti dengan haiwan bernama anjing.
"Aku doa burung berak atas kepala kau masa tengah dating. Doa orang teraniaya dimakbulkan tau."
Dan ternyata dia telah ditipu. Pantang nenek moyang Zafrya ada yang berani menipunya. Yang ada di belakangnya hanylah seranting kayu. Jika tidak difikirkan lelaki itu ada kaitan dengannya mahu sahaja kayu itu dilibas ke mukanya. Baru puas hatinya.
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomanceEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'