Bab 1

5 0 0
                                    

Bagiku engkaulah cinta sejati

Perjalanan yang memakan masa selama hampir lima jam terasa sangat lama bagi seorang Eliya Keysha. Mana tidaknya dia tidak sabar mahu mendaftar diri sebagai salah seorang mahasiswi di sebuah universiti tempatan di negara ini. Sudah lama dia mengimpikan ingin menyambung pelajaran di universiti ini dan sekarang semuanya menjadi kenyataan.

Tak sia-sia segala usaha dia selama ini. Bersengkang mata sehingga jam 2 atau 3 pagi semata mahu mentelaah ilmu. Dia sangat bersyukur kerana mampu menghabiskan pelajarannya di Tingkatan 6 PNGK 4.00. Oleh itu, kebanggan yang dia miliki dicanang satu kampung..ayam. Ya sudah semestinya ayam-ayam peliharaan milik ayah menjadi mangsa dia meluahkan rasa gembira. Habis semua ayam dipeluk dan dicium.

Eliya Keysha. Perempuan yang baru sahaja berusia 20-an dan menetap di sebuah kampung di Perak. Nama moden? Ya dia mengakui perkara tersebut. Seperti tidak sesuai dengan dirinya yang hidup di kampung? Eh hello zaman sekarang semua orang berlumba-lumba nama anak siapa paling unik dan moden. Nama anak tak mahu kalah. Macam nama barat tapi akhirnya makan belacan juga!
Menyampah pula titer.

"Ayah cepatlah tekan minyak tu. Lah yang dibawa 80 km/j je kenapa? Bilanya nak sampai kalau macam tu. Kaih-kaih pederaih pi sampai 120 km. Tidak lambat la orang nak daftar sat lagi."

Tidak semena-mena ibu mengetuk kepala Eliya. Berdesing juga rasanya. Berputar-putar.

"Jangan dok buat gila naih Eliya Keysha. Takdak lari aih universiti hang tu. Bukannya pendaftaran tu sejam dua. Sampai petang kan?"

Eliya mencebik. Memang la pendaftaran sampai petang tapi faham tak yang dia sangat teruja saat ini? Sudah tentu dia ingin menjadi orang pertama yang sampai. Jika diikutkan perangai tidak cukup akal dia memang dia pacak khemah depan pagar universiti. Biar dia sahaja yang menjadi 'mak guard' tolong bukakan pagar.

"Serupa awak tak kenal pula perangai anak bertuah awak sorang ni. Kalau eksited dialah paling depan ha. Tapi kalau merajuk nu ha semua orang dijeling. Belum lagi dia buat perangai tak cukup akai tu. Pening oi."

Serentak itu tawa ibu dan ayah bergema. Eliya di belakang sudah berpeluk tubuh sampai tajam mata melihat tawa mesra ibu ayah di hadapan. Amboi dua merpati sejoli ni.

"Eh orang belakang diam ja. Merajuk ka tu orang mengata dia?"

Ayah melihat sekilas cermin pandang belakang. Tawa bergema kembali melihat wajah cemberut anak perempuannya.

"Ibunya pujuk adik tu ha. Tidak dia bawa keluaq idea bernas dia habis kita. Silap hari bulan dia cancel belajaq karang."

Ibu melihat ke belakang. Tersenyum dia melihat adik. Wajah yang beberapa saat lalu ceria dengan sekelip mata bertukar cemberut.

"Ha merajuk la. Ibu ayah tinggai tepi jalan baru tau."

Bukan begitu caranya.

Sebenarnya segala gurauan ibu ayah adalah untuk menutup kesedihan mereka. Melihat anak perempuan mereka yang mereka tatang dari kecil sehingga membesar menjadi seorang gadis. Tidak pernah mereka berjauhan seperti ini. Risau tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu terlalu mengawal hidup Eliya Keysha. Anak itu sudah besar, sudah pasti dia mahukan kebebasan seperti rakannya yang lain. Yang mampu mereka lakukan hanyalah berdoa agar Eliya sentiasa berada di dalam lindungan Yang Maha Esa.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now