Bab 4

2 0 0
                                    

                     Diri ini tak mampu membenci dirimu

SUDAH dua bulan mereka bergelar pelajar mahasiswi universiti. Eliya sudah dapat menyesuaikan diri menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti. Walaupun masih banyak perkara yang belum dipelajari namun dia dengan tabah hati akan menjalaninya. Siapa kata menjadi pelajar universiti mudah?

Hidup di universiti tak ubah seperti kau hidup bersendirian. Memerlukan ketabahan dan kecekalan hati untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Satu persatu ujian akan menimpa diri dan jika tidak kuat maka hancurlah iman seseorang itu.

Eliya dan Zafyra berjalan beriringan ke fakulti mereka. Masih terdapat 20 minit sebelum kelas bermula. Peristiwa lalu memberi pengajaran kepada mereka dan sewajarnya mereka tidak mahu perkara sama berulang kembali. Dari perhentian bas ke kelas mengambil masa kira-kira 10 minit jadi mereka mengambil keputusan untuk berjalan santai.

Tiba di bilik kuliah, Eliya dan Zafrya mengambil tempat di bahagian tengah. Tidak terlalu depan dan tidak terlalu belakang.

Beberapa minit kemudian kelihatan seorang demi seorang  memasuki kelas. Suasana yang pada asalnya sunyi kini mula bising.

"Wey korang, tengok grup cepat! Ada berita terbaharu. Prof baru beritahu!"

Suara Amsyar yang seperti tertelan speaker kedengaran memenuhi ruang bilik kuliah. Masing-masing mula mengeluarkan telefon pintar untuk melihat mesej yang disampaikan Prof.

"What?! Serius la korang? Habis siapa pula yang mengajar kita?"

Iliana bersuara.

"Ish kau pandai baca ke tidak? Kan Prof tulis situ nanti kita dapat lecturer baru. Ha maksudnya ada la yang ganti. No worry-worry kalau tak ada lecturer kita chau je."

Suara Hakim pula bergema.

Berita baru yang disampaikan benar-benar mengejutkan mereka. Prof Wahida yang mengajar mereka terpaksa berpindah ke universiti lain. Tetapi baru sebentar tadi dia mendapat notis.

"Kau buat dulu. Kau buat kita orang buat. Cakap saja tak guna bro. Ada hati nak chau. Dapat lecturer lagi garang daripada Prof Wahida tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Singa betina tu jerkah sikit pun esoknya tak datang, alasan demam. Eh tahu-tahu petang tu sibuk berdating dengan awek."

Zafrya membalas. Geram dengan si Hakim. Sebenarnya mereka berdua memang tidak sebulu sejak awal lagi. Semuanya kerana Hakim yang tidak sengaja menumpahkan air milo ke baju putih Zafrya. Perempuan tu pun apa lagi menyinga la dia. Tiga hari dia mendenda lelaki itu untuk membersihkan tandas di blok mereka. Awalnya memang ditegah habis-habisan oleh Hakim tetapi setelah diugut Zafrya, dengan tidak rela dia melakukan tugas tersebut.

Zafryra pula memang ketawa hingga sakit perut. Baru ugut nak calarkan superbike dia dah gelabah. Sayang betul dekat motor buruk dia tu!

"Siapa awek dia tu? Hang ka?"

Eliya mengusik Zafrya. Gemar sungguh dia mengusik gadis itu sehingga dia marah.

Zafrya kalau marah nampak comel!

"Hoi mulut tu. Aku stapler kut. Tiga kali meninggal bangun mati bangun mati pun takda mau aku jadi awek dia. Menempah keranda nama dia!"

Eliya ketawa mendengar balasan Zafyra. Anti sungguh gadis itu dengan Hakim. Berjodoh betul nanti baru tahu!

"Aku pun tak hingin la awek macam kau. Tak sopan langsung! Ganas semacam. Risau esok lusa korang dengar kes penderaan rumah tangga je. Bini berdendam dengan orang lain tetapi melepaskan amarah kepada suami. Seram aku mendengar."

Lengan digosok beberapa kali menunjukkan ekpresi menyeramkan.

Zafyra yang mendengar memang suka mula panas hati. Lengan baju disingsing ke atas menunjukkan lengannya yang cerah. Tangan kanan diletak pinggang bak seorang gangster jalanan.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now