TERCUNGAP-CUNGAP Eliya menarik nafas. Udara dihirup sedalamnya sebelum dilepaskan secara perlahan. Zafyra yang melihat dia dengan pandangan pelik dihiraukan. Penat kerana berlari sebentar tadi. Dia pun berasa pelik dengan diri sendiri. Mengapa dia berlari sebentar tadi? Termenung seketika memikirkan alasan dia berlari dari sana ke sini. Sedangkan boleh sahaja dia berjalan pantas tanpa perlu berlari. Hmm.
Buku yang telah tersedia di atas meja diselak sebelum dia berpura-pura membaca nota. Pensyarah yang sepatutnya menggantikan Prof Wahida masih belum kelihatan.
Hari pertama pun sudah lambat ke?
"Kau kenapa masuk tadi macam kena kejar hantu. Duduk je tak pandang kiri kanan terus buka buku. Pelik aku tengok kau ni. Kau kena sampuk setan ke waktu dekat tandas tadi? Eh tadi kalau setan mestilah kau jadi jahat tapi ni dengan buka bukunya? Kau baru balik tandas ke masjid ni? MasyaAllah bercahayanya muka kau. Kau berzikir ke apa woi dalam tandas tadi. Woi dalam tandas mana boleh berzikir!"
Pak!
"Aduh, sakitlah senget oi! Nak bunuh aku ke apa?!"
"Ha melalut la lagi. Melalut banyak-banyak sikit senang nak tampar lagi bahu tu. Biar patah terus tulang bahu tu."
"Uish seram dengar."
Eliya menjeling Zafyra yang terlihat tidak takut langsung dengan amaran dia. Boleh pula gadis itu tersenyum-senyum saat membalas ujarannya. Zafrya pula ketawa melihat panahan tajam Eliya.
Auch. Menusuk qalbu.
Dan Eliya membiarkan ketawa Zafyra berlalu bagaikan angin. Dia pula menyambung melihat nota.
"Tak sangka aku kau pandai baca terbalik. Hidden talent ke tu?"
Habis sahaja Zafyra berkata barulah Eliya melihat kembali ke arah bukunya. Dan benar. Bukunya terbalik. Tulisannya amat sukar difahami jika dibaca dengan kedudukan begitu. Sekali lagi ketawa Zafyra bergema. Tidak tunggu lama terus bahu Zafyra dijadikan mangsa untuk sekian kalinya. Gadis itu mengadu sakit tetapi dalam masa yang sama ketawa yang menghiasi bibirnya masih belum reda.
Kini bukunya pula menjadi sasaran. Buku setebal novel dipegang sebelum dia acah mahu mengetuk bahu Zafyra namun belum sempat dia merealisasikan tujuannya, pintu dibuka dengan perlahan. Suasana yang sebentar tadi bising seperti pasar terus berubah menjadi sunyi sepi. Masing-masing menumpukan perhatian kepada gerangan yang baharu sahaja memasuki bilik kuliah itu.
Tidak ketinggalan juga kepada Eliya. Matanya yang sedari tadi hanya terpasak di wajah Zafyra terus mengalihkan pandangan kepada gerangan tersebut dan tanpa dipinta jantungnya terus berdetak pantas. Terus tangan dibawa ke dadanya.
Kenapa dia berdebar tiba-tiba?
Adakah dia telah mendapat penyakit jantung?
"Assalamualaikum and hi for everyone. I am your new lecturer that will replace Prof Wahida and I seek for apologize from all of you. I am being late today because of a few things that I need to settle up before entering your class."
Suasana yang sunyi sepi sebentar tadi kembali seperti pasar. Masing-masing tidak percaya yang dihadapan adalah pensyarah baharu mereka.
"Shut. Attention please. Honestly I hate when my student being to noisy in my class but since this is my first class so you are are allow to do so. But only this time. So any question to ask?"
"Oh sebelum saya terlupa. Nama saya Nik Isyhad Qhawiz. Korang boleh call me as Sir Isyhad tapi kalau rasa ambil masa sampai sejam nak menyebut nama saya then it's okay to call me with other name. Sir Shad would also suit for me. Or even Sir Nik."
Bebola mata Nik Isyhad melilau melihat sekeliling sebelum pandangannya tertacap pada seorang gadis yang duduk bersandar pada kerusi melihat dia dengan pandangan tidak berminat. Namun saat matanya bersabungan dengan mata gadis itu terus sahaja si dia mengalihkan mata ke arah lain sambil berpura-pura memperbetulkan tudung.
YOU ARE READING
Sesakit Itu Cinta?
RomanceEliya Keysha Nik Isyhad Qhawiz Nama yang saling melengkapi antara satu sama lain. 'Sampai bila pun aku tak akan melepaskanmu'