Bab 9

3 0 0
                                    

DALAM sedar tidak sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. Hari Isnin tiba lagi. Monday blues bagi sesetengah orang. Tetapi tidak pada Eliya Keysha. Dia bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan hari Isnin. Bermaksud nyawa masih dikandung badan.

"Eh awal nau kau bersiap. Kelas start 9 pagi kan? Sekarang baru 8:15."

Zafrya memandang hairan kepada Eliya yang sudah bersiap-sedia untuk ke kelas sedangkan masih terdapat beberapa minit sebelum kelas bermula.

Ke sebab teruja nak bertemu buah hati?

"Awal tak awal aku nak pergi awal jugak. Risau la dengar dia bagi warning minggu lepas tu. Hang tak ingat dia cakap. Kalau masuk lewat kelas dia lebih dari tiga minit dia potong markah assignment. Weh mana boleh. Markah-markah tu semua berharga tau dak. Ni pasai aku nak pi awai. Tak apa la aku berjalan slow-slow. Tara nak sampai tu adalah dalam 40 minit."

"Alah kau takut sangat dengan ugutan dia tu. Setakat ugut macam tu aku pun boleh. Kau nak tahu dia buat ke tak apa yang dia cakap? Aku ada satu idea bernas."

Senyuman sinis terlakar di bibir Zafrya. Tiba-tiba terasa otaknya berfungsi dengan terlalu baik pada pagi ini.



JAM 9:15 minit pagi. Kelas bahasa Itali sudah pun bermula 15 minit lalu. Namun masih tidak kelihatan kelibat Eliya dan Zafrya. Nik Isyhad sudah mula berasa risau. Tidak mungkin gadis seperti Eliya tidak takut dengan amaran dia? Atau mungkin mereka mengalami kecemasan? Beribu andaian mula bersarang di dalam minda. Jika tidak dikenangkan tentang sesi pembelajaran yang sedang berjalan, mahu sahaja dia menelefon Zafrya bertanyakan perihal ini. Mahu tidak mahu dia perlu bertindak secara rasional. Maka sesi pembelajaran diteruskan jua.

Sesaat berlalu. Saat bertukar menjadi minit. Pasa akhirnya lima minit berlalu pergi. Ketika sedang sibuk dia menjelaskan tentang tatabahasa bahasa Itali kedengaran bunyi pintu dikuak. Semua tidak melepaskan peluang melihat gerangan yang baru tiba.

"20 minutes passed and you guys just arrive? Before I just into my own coclusion may I hear the reason why you are being late? Each of you."

Keduanya menunduk. Terutamanya kepada Eliya yang memang berasa sangat berdosa kerana tiba lewat. Tetapi Zafrya pula hanya buat-buat takut.

Neh dia takut dengan jantan ni? Meh lambert lagi.

Nik Isyhad berpeluk tubuh memandang kedua pesalah di hadapan.

"Kenapa diam? Cakap la!"

Dek kerana jerkahan Nik Isyhad tanpa dipinta Eliya terus mengatakan perkara yang sebenar.

"Zafrya yang ajak saya masuk kelas sir lambat, sir. Dia kata nak tengok sama ada sir berani ka dak nak potong markah assignment kalau kami mai lewat kelas sir. Marah dia sir jangan marah saya."

Zafrya di sebelah menguis bahu Eliya menggunakan lengannya. Meminta perempuan itu untuk berhenti berlaku terlalu jujur.

Aduh masak mat. Dia jadi terlebih jujur la pulak.

"Oh really? Such an interesting reason. You meet me right after this class. And you kalau setan ajak buat jahat jangan ikut. Takut nanti diri tu sama-sama setan. Go to your place."

Eliya cepat-cepat mengatur langkah menuju ke tempatnya. Manakala Zafrya masih berdiri seperti patung cendana. Langsung tidak bergerak.

"Kaki dah tak boleh berfungsi ke yang berdiri situ macam patung liberty."

"Pft. Sir, ada masalah mata ke hari ni? Mata bengkak ke? Ke kena gigit lebah. Berkaca mata hitam bagai dalam tempat tertutup. Confius dah rupa cahaya matahari macam mana?"

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now