Bab 3

2 0 0
                                    

                             Matamu melemahkanku

Manusia tidak mampu lari dari menjalani sebarang ujian gang diberi oleh Yang Maha Esa. Bukan untuk menghukum melainkan ujian diberi adalah untuk menguatkan hamba-Nya. Bukankah Dia tidak akan menurunkan ujian di luar kemampuan hamba-Nya?

Zafrya memandang Eliya dengan penuh rasa simpati. Mengapa di hari kedua mereka menjejakkan kaki di universiti sudah berlaku perkara sedemikian? Keluhan kecil terletus dari bibir dia.

Kau bukan orangnya Eli. Tak sepatutnya disebabkan aku, kau yang terbaring atas katil ni. Ya Allah bersalahnya aku.

"Eli bangunlah. Aku dah mula rindu kau ni. Haih kenapa la kawan aku sorang ni. Tidur je kau tahu kan?"

Sebak cuba ditahan. Namun tak berjaya tatkala sebutir demi sebutir air mata jatuh mengenai pipinya. Tidak sedikit pun rasa ingin menghapus air mata itu.

"Kau pandai kan. Buat-buat pengsan sebab kau tahu ada yang sanggup selamatkan kau. Tapi bukan aku la. Hehe. Aku tak mampu nak mengangkat kau. Melainkan ada hero sejati yang dengan rela hati angkat kau waktu tu. Kalau tak dikenangkan situasi yang tengah gelabah masa tu memang aku usha dulu muka dia tu. Hensem gila weh! And kau nak tahu lagi satu benda tak?"

"Apa?"

"Dia lecturer universiti tu!"

Penuh kegembiraan dia bercerita. Masih membayangkan muka gelisah pensyarah muda sebentar tadi tatkala melihat Eliya yang terbaring di atas jalan tar.

"Eh kejap"

Zafyra terhenti. Serasanya sebentar tadi dia terdengar seperti ada yang menyahut pertanyaan dia. Mana mungkin Eli..

"Eliya!"

Mata terus dipasak ke wajah Eliya. Dan ya dia melihat Eliya yang sudah membuka mata. Tetapi wajahnya masih kelihatan pucat dan bibir yang mengukir senyuman nipis.

"Bila kau sedar ha? Buat terkejut aku je tiba-tiba ada yang menyampuk aku bercakap. Kalau tak dikenang kau ada dalam bilik ni memang aku lari dulu lah. Seram beb."

"Sempat la aku dengar hang membebel tah apa-apa. Tapi kau cakap ada yang tolong angkat aku? It is?"

Dalam banyak-banyak perkara hanya itu sahaja yang menarik perhatian Eliya. Ada yang mengangkatnya? Siapa?

Terangguk-angguk Zafrya bak belatuk. Dengan penuh keceriaan dia mula bercerita.

"Iya Eli. Dan paling penting dia hensem!"

"Lelaki?"

Zafyra memandang Eliya dengan hujung mata. Memang perempuan ini hilang ingatan ya setelah pengsan hampir tiga jam?

"Hensem Eli. H-E-N-S-E-M. Bukan C-A-N-T-I-K. Aku syak BM kau dulu fail kut? Aku dah cakap hensem sah-sah la lelaki, Eliya Keysha. Lagi pun perempuan mana yang sanggup angkat kau? Pelajar lain tadi semua tak mahu ikut campur sebab takut tengok aku dengan tenuk tu bergaduh. Ha kau rugi tau tak tengok kita orang gaduh. Kalau tidak boleh minta kau rate berapa bintang aku punya skill ber WWE dengan dia tadi. Siut punya betina habis calar balar badan aku. Memang aku report jabatan perhilitan lepas ni cakap haiwan diorang terlepas. Yang warna pink-pink tu."

Zafyra Aaulia sangat gemar membebel perkara yang entah apa-apa.

"Ada lagi beb, ada lagi. Aku suka tengok mata dia. Aa mendamaikan. Mata dia cantik gila! Aa rasa macam nak menjerit je dekat sini. Aduh kenapa kau pengsan eh, kalau tak boleh aku angkut geng usha cpitaan Tuhan paling terindah tu. Eh tapi kalau kau tak pengsan tadi mesti dia tak datang. Tak ada la aku boleh usha dia."

Tangan digerakkan atas bawah kiri kanan menunjukkan yang dia benar-benar bersemangat bercerita. Ditambah dengan perasaan teruja. Tidak cukup dengan itu lengan Eliya ditampar kuat. Berdesing Eliya saat tangan kanan Zafyra menampar kuat lengannya. Mahu dimarah member pula. Sabar sahaja la.

Sesakit Itu Cinta?Where stories live. Discover now