BLURB

81 7 0
                                    

Orang kata nak hidup tenang atas dunia ini senang saja. Jangan sombong. Jangan degil. Paling utama mulut tu jangan laser sangat. Kenal atau tidak, jangan sesekali berkata jahat. Bimbang akan berbalik dekat diri sendiri.

Itu kata orang tapi kata Nesreen 'ada aku kisah.'

Dia memang tak makan saman. Dia memang keras kepala. Hanya kerana kasut converse putihnya tertumpah teh ais ikat tepi terus dia buka mulut puaka dia.

"Kau ingat aku banyak duit ke nak beli baru." - Nesreen
"Benda boleh basuh, buat apa nak beli." - lelaki tak dikenali
"Kau ingat aku tak tahu. Itu taktik kau kan. Nak mengorat aku, konon. Cermin diri dulu. Muka pun dah macam PATI." - Nesreen

Dan siapa sangka, kata-kata itu berbalik kepada diri sendiri. Dia hilang di Vietnam ketika mewakili ayahnya dalam misi amal kebajikan. Nasibnya sedikit baik. Dijumpai orang kampung namun dituduh sebagai pencuri - merompak hasil rezeki orang. Malah disangkakan agen perisikan musuh oleh lelaki, cucu ketua kampung. Dari situlah seksa dan derita sentiasa mengekori dirinya.

Dia dilayan bagaikan pengemis. Malah cucu ketua kampung yang bertindak sebagai ketua kumpulan itu selalu menengking dan mengherdik dirinya bagaikan banduan dalam penjara. Pun begitu dia diajar berdikari. Diajar hidup dalam kesusahan. Malah dijadikan galang ganti untuk menyelamatkan rakan lelaki tersebut. Hinggalah satu saat dia tercedera dan lelaki itu tak betah membiarkan saja.

"Hati aku tak mampu menipu. Aku tak sanggup kehilangan kau." - Trex

Nesreen tak menolak. Dia juga sayangkan lelaki itu lalu kasih mereka berpanjangan sehinggalah Nesreen berjaya dihantar pulang ke tanah air.

Namun siapa sangka, bukan kebahagiaan yang menyapa sebaik kembali ke tempatnya tetapi satu kenyataan pahit yang terbongkar di depan mata.

"Kau bagi aku cinta tapi kau bakar dengan api dendam." - Nesreen
"Aku sanggup bunuh kau semata-mata hendak lenyapkan dendam aku." - Trex

Rupa-rupanya lelaki itu ada kaitan dengan masa silam ayahnya. Justeru, mampukah dia mengorbankan rasa cinta demi menyelamatkan si ayah. Sang jejaka pula, tegakah mengguris hati Nesreen hanya kerana dendam pada orang yang belum tentu salah.

"You're my Bươm - always being a beautiful butterfly in my flower bed." - Trex

Dan... segala kemelut yang melanda adakah hanya akan berakhir dengan kematian.

bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!) Where stories live. Discover now