BAB 10

33 2 0
                                    

"Ibuuu!!!"

Nesreen berlari masuk ke dalam rumah sambil menangis teresak-esak. Hampir tercabut jantungnya sebaik mendengar berita dari mulut Abang Johari. Ibu tak sedarkan diri. Kepala mula memikirkan hal yang buruk-buruk saja sehingga tak terluah pertanyaan pada Abang Johari. Bagaimana boleh jadi begitu? 

Tetapi sebaik tiba di muka pintu dia kehairanan. Melihat ibunya yang tenang bersandar di kepala katil sambil membaca buku motivasi terus hatinya berdetak hairan. 

“Ibu!” 

Nesreen mendekati. Aisyah pula terkejut. Tak sangka Nesreen muncul juga. Namun bibir tetap hadiahkan senyuman untuk si anak. Nesreen pula cepat-cepat memaut tangan ibunya lantas bawa ke dada. Sambil itu perlahan-lahan punggung dijatuhkan ke atas kerusi.

“Abang Jo cakap ibu tak sedarkan diri. Tapi…. ”Nesreen pandang ke anak mata ibunya. 

Aisyah sunggingkan senyum.

“Ibu baik-baik saja!”

Tak sempat Aisyah nak menjawab. Ada suara lain yang tolong beritahu. Terus telinga Nesreen berasap. Apatah lagi pemilik suara muncul bersama Mashitah. Nesreen pandang Ustaz Nazir tak percaya. Sebaik sahaja suara itu membalas dia sudah dapat mengagak. Abi guna cara halus hendak menyuruhnya pulang ke rumah ini.

“Sampai hati abi tipu Reen. Dah macam orang gila Reen menangis ingatkan ibu benar-benar sakit tenat,” luah Nesreen dalam suara tertahan. Aisyah di sebelah pula mula gelisah.

"Reen!" panggil Aisyah lembut. Cuba menenteramkan si anak yang bila-bila masa saja akan bertukar  menjadi raksasa. Nesreen tidak memberi respon lantas Aisyah pandang Mashitah. Madunya itu pula takut-takut memandang ke arah Nesreen.

“Kalau abi tak buat begitu Reen tak akan balik ke sini kan,” jelas Ustaz Nazir tetapi menumbuhkan rasa sakit hati yang mendalam di hati Nesreen. 

“Kita dah janji kan.”

“Ya, tapi lagi dua minggu dah nak raya haji. Tak boleh ke Reen balik duduk sini dulu. Temankan ibu.”

Dada Nesreen meruap panas. 

“Jangan paksa Reen.” 

Aisyah di atas katil semakin tak sedap duduk. Kalaulah kakinya boleh  bergerak dia akan bawa Nesreen keluar dari sini. Dia tak mahu perang besar meletus lagi. 

“Macam mana abi tak paksa kalau semalam Zahratul bagitahu ada orang jahat yang nak apa-apakan Reen.”

Mata semua orang terbuntang mendengar cerita Ustaz Nazir. Lagi terbuntang mata Nesreen kerana tidak percaya Zahratul sanggup menikamnya dari belakang. Dadanya pantas marak menyala. 

“Reen tak takut ke kalau orang jahat tu cari Reen lagi?” Ustaz Nazir menyambung kata.

“Biar Reen mati. Lagi senang.”

“Reen!!!”

Aisyah terperanjat. Langsung tak menyangka Nesreen boleh berkata begitu. “Reen sedar tak Reen tak patut cakap macam tu.”

Nesreen gelengkan kepala. Tujukan renungan tajam pada Mashitah. Malah sempat juga berikan senyum benci.

"Perempuan tu kan yang perlu hidup dalam rumah ni. Jadi biar Reen yang mati!” 

“Astaghfirullah. Reen!” Mashitah tak percaya gadis itu sanggup berkata begitu. “Umi Shitah tak minta pun nak duduk kat sini. Kalau boleh umi nak duduk tempat lain tapi abi yang tak bagi.” 

"Kau diam. Entah-entah kau yang upah orang jahat ekori aku kan,” tempik Nesreen seraya menudingkan telunjuk ke muka Mashitah dan sepantas kilat penampar Ustaz Nazir naik ke muka. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!) Where stories live. Discover now