Keluargalah yang menjadi penguat semangatnya sehingga kini. Jika bukan kerana keluarga dia tidak mampu hidup sendiri. Tidak mampu juga mengembara ke segenap tempat mencari sesuatu yang telah lama dia harapkan. Namun sehingga kini dia belum bertemu dengan apa yang dia cari. Tetapi kali ini dia amat berharap apa yang dia usahakan akan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Saat ini, di sebuah meja bulat di dalam bilik rahsia di sebuah restoren. Dengan siraman lampu bercahaya suam dia menunggu seseorang.
Pintu ditolak dari luar.
Pantas….
Sekeping sampul surat berukuran saiz kertas A4 dilempar ke atas meja. Tangannya pantas menekap sampul tersebut agar tidak meluncur ke bawah. Sampul ditarik dekat dengannya. Tidak melihat isi di dalam sebaliknya mata menjamah susuk lelaki di depan yang mula menarik kerusi lalu labuhkan punggung di hadapannya. Tidak nampak muka. Kepala susuk tersebut berbungkus dengan sarung masker ninja berwarna hitam. Mata pula dilindungi kaca mata warna yang sama dengan topeng. Sudah macam ninja moden pula. Tetapi dia tahu kala ini mata itu sedang merenung tajam ke arahnya.
“Semua maklumat ada dalam sampul tu. Kau hanya perlu hadam betul-betul.” Suara itu menyuruh tegas tetapi Imran tak mengikut. Sebaliknya mata mengekori kepala itu yang menoleh ke arah pintu. Memberi isyarat kepada pengawal di pintu. Menyuruh baki yang lain masuk ke dalam. Sebentar saja dua orang lelaki berjaket kulit dan berkaca mata hitam masuk. Menjadikan semuanya empat orang. Mereka sengaja menyisipkan pistol ke pinggang. Imran sedar itu adalah satu taktik. Hendak menakutkannya.
“Aku tak bawa senjata. Jadi kau tak perlu nak acah-acah takutkan aku.
Lelaki terbabit akhirnya menanggalkan cermin mata.
Imran merenung tajam. Sepasang mata sepet itu dirakam di dalam kepala. Biar ia tersimpan kemas di dalam memori agar senang untuk dia mencari jika berlaku perkara yang tak diingini.
“Sebelum aku buat kerja ni aku nak tahu macam mana kau boleh dapatkan nombor telefon aku?” Itu soalan pertama yang diluah sebaik sahaja lelaki itu percaya dengan kata-katanya.
“Kau tak perlu tahu. Apa yang penting kau jalankan tugas yang kita dah janji kelmarin.”
Imran kerutkan kening. Macam mana dia nak teruskan kalau orang yang mengarah ini tidak dikenali.
“Aku yakin kau perlukan duit. Jadi kalau kau terima arahan ini, aku akan bayar kau berganda-ganda.” Lelaki itu menyambung kata.
Imran berikan senyum senget. Siapa cakap dia perlukan duit. Sampai ke saat ini dia masih mahu tahu. Siapa dalang di sebalik tugas yang diberi.
Imran mengetuk-ngetuk sampul di atas meja.
"Kau jawab dulu pertanyaan aku."Lelaki itu buat tak endah.
“Lebih baik kita tak kenal. Cukuplah aku tahu yang kau boleh buat kerja ni. Lepas dah setel aku bayar dan kita tak perlu berjumpa lagi." Lelaki itu mula menjual.
Imran diam. Berfikir panjang. Pandang sepasang mata tersebut yang seakan nampak hendak main-main. Macam tak bersungguh.
“Kau cakap apa yang perlu aku buat lepas aku culik budak tu?” Imran memulakan kata sepakat.
"Simpan.”
“Sampai bila?”
“Sampailah aku beri arahan," ujar lelaki itu dan mata Imran sudah beralih melihat sampul. Tangan segera menarik keluar sehelai kertas A4 dan di situ ada dikepilkan sekeping gambar berukuran passport.
Tatap gambar dengan lama. Wajah seorang gadis bertudung litup dipandang teliti. Pemakaian itu seperti pelajar sekolah agama.
Imran pandang lelaki itu sinis.
“Sampai kau beri arahan! Maksudnya dalam tempoh tu aku boleh gunakan dia.”

YOU ARE READING
bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!)
RomanceKisah antara dua negara. Inspired daripada CRASH LANDING ON YOU. Inspired je ye. Bukan tiru. Bukan plagiat. Jalan cerita pun lain. Kena bacalah ya.