BAB 09

13 1 0
                                    

Menggigil seluruh badan apabila mengingati lelaki yang memanggilnya tadi. Dada pun masih berdebar kuat. Rasa nak pengsan dengan apa yang terjadi. Tubuh melonglai lantas dia henyakkan punggung ke atas sofa. 

Zahratul pun sama. 

"Kau duduk dekat bangunan apa ni, Reen?" soal Zahratul gusar sebaik sahaja merapat ke tubuh Nesreen. Mata melirik ke arah Nesreen yang jauh memandang ke depan. 

"Siapa laki tu. Macam mana dia tahu nama aku?” Nesreen bertanya seraya mata memandang jauh ke depan. Memikirkan lelaki yang tak dikenali itu. 

"Ya lah, Macam mana dia tahu nama kau." Zahratul pun sama. Jauh melamun. “Mungkin dia dah lama aim kau. Mungkin juga kau ada sembur mana-mana lelaki? Tak pun kau pernah tolak cinta siapa-siapa kut?” teka Zahratul sehingga Nesreen pandang tak percaya.

Telahan Zahratul buat dia rasa nak makan je gadis itu. Tarik bantal sofa lantas dicengkam kuat lalu…. 

“Mana ada lelaki nak dekat aku,” jawab Nesreen geram sambil kepala ligat mencari punca.

Zahratul angguk. Lelaki gila saja yanh nak dekat Nesreen. Kalau yang normal mana berkenan. Dah mulut macam mak nenek siapa yang tahan.

“Dah seminggu aku kat sini tapi kenapa baru hari ni jadi macam ni.” soal Nesreen hairan.

Zahratul terangguk-angguk. Memang betul. Kenapa baru hari ini.

“Kau rasa selamat ke nak duduk sini?” soal Zahratul risau. 

Serta-merta dada Nesreen kembali berdetak kuat. Takut. Dia mula takut padahal sebelum ini dia tak kisah pun pasal hal begini. Tangan makin menggeletar. Zahratul pula kerling lama. Melihat keadaan Nesreen yang benar-benar terkesan dia sambung lagi. 

"Seram, weh! Kalau aku memang tak lah nak duduk sini.” Orang tengah takut. Tengah sedih. Boleh pula Zahratul makin mengacau emosi Nesreen. 

Nesreen pejamkan mata. Cuba menghalau perasaan takut. Sabar. Tak ada apa-apa pun. Kes kecil je. Mamat tu salah orang kut. Mungkin kat kondo ini ada gadis lain yang sama nama dengannya. Dia pujuk diri sendiri. Tenangkan hati. Pandang Zahratul tiba-tiba. Gadis itu pantas jongketkan kening tanda bertanya. 

“Ku duduk dengan aku?” pinta Nesreen tiba-tiba. Terus dahi Zahratul berkerut. 

“Aku mana boleh duduk dengan kau. Kan aku duduk dengan ayah aku,” balas Zahratul tak percaya. Tak sangka pula Nesreen boleh mengajak sedangkan gadis itu sudah tahu. Dia mana boleh tinggalkan ayahnya yang tengah sakit saraf. 

“Tak apalah kalau macam tu. Dah kau tak boleh teman, jadi biarlah aku duduk sorang-sorang.” Akhirnya Nesreen beri kata putus. Tunjuk muka merarjuk.

“Kau tak takut?”

Zahratul masih nak menguji. Nesreen hembus nafas kuat. Menghalau rasa takutnya kemudian bangkit. 

“Tak kisah!”

Zahratul tepuk dahi tak percaya. Hela nafas lemah. Nampaknya insiden menyeramkan tadi tak mampu membuat Nesreen lembut hati. Sebaliknya dia nampak makin dingin. Makin keras. 

Tak semena-mena Nesreen menatap tajam.

"Kau jangan nak suruh aku balik rumah abi aku semula. Siap kau kalau kau paksa aku.” Nesreen memberi amaran. Bantal di tangan dia buang ke atas sofa. Bangkit dan hela nafas panjang.

Zahratul gelengkan kepala. Baru saja nak menyuruh alih-alih Nesreen kata begitu. Pandai betul kepala Nesreen. Boleh membaca apa yang ada dalam fikrirannya. Magik betul Nesreen nih. Tetapi Zahratul tetap menjawab juga.

bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!) Where stories live. Discover now