"Weh, berani pulak kau. Ni memang dah nekad ke?" Zahratul lempiaskan rasa tidak percaya dengan apa yang Nesreen khabarkan. Langsung tak menduga gadis itu membuat keputusan yang disifatkan terburu-buru.
"Aku nekad." Dengan yakin Nesreen luahkan kata. Terus kaki Zahratul berhenti melangkah.
"Kau jangan Reen. Takkanlah sebab sakit hati, kau rela ketepikan perasaan takut semata-mata nak lari dari semua orang."
Nesreen pun ikut berhenti. Pusing belakang dan pandang Zahratul yang tegak berdiri dengan muka tidak percaya. Dia tidak membalas sebaliknya pusingkan badan semula dan melangkah untuk melintas jalan. Mahu ke taman di seberang jalan pada waktu matahari tengah tegak di atas kepala. Memang kerja gila.
"Reen." Pantas Zahratul tarik lengan sahabat akrabnya. Apabila wajah Nesreen menghadap ke mukanya nampaklah titis-titis air jernih yang mengalir lesu di pipi gadis itu.
"Jangankan sebab hal macam tu kau nak duduk asing. Dia ayah kau Reen. Satu-satunya ayah yang kau ada. Apa yang dia buat tentunya bersebab dan tak semua sebab itu perlu kau tahu."
"Tapi aku anak kandung dia, Tul. Aku anak dia." Nesreen tepuk dada berkali-kali. Membiarkan rasa ketat berlalu pergi. Namun dada semakin terasa sempit sehingga tangisannya makin kuat berlagu.
"Ada sebab yang kadang-kadang kita tak boleh ambil tahu. Mungkin akan melukakan hati kita dengan lebih teruk jika kita ambil tahu," pujuk Zahratul namun seorang Nesreen telinganya tidak mampu menerima.
"Aku tunggu abi aku jelaskan semuanya tetapi dia tetap macam tu. Banyak menegur sikap aku. Pakaian aku. Itu saja. Aku nak tahu hal yang sebenar. Abi sepatutnya kongsi dengan aku. Bukannya buat aku macam orang luar," rintih Nesreen pilu.
Zahratul memandang sayu. Dalam keras kepala, hati gadis itu lembut sebenarnya. Namun, orang yang beruntung sahaja yang boleh melihatnya dan orang itu adalah dia.
"Kau banyakkan bersabar, Reen. Sambil-sambil kau cari kerja, kau cuba ubah diri kau, jadi anak yang baik."
Tak semena-mena sebiji penampar singgah di lengan. Zahratul mengusap laju. Pedih woo!
"Kau nak cakap aku ni jahat lah." Nesreen jegilkan mata.
"Tak jahat cuma kurang ajar sikit." Zahratul picingkan mata sebelah dan
terus Nesreen sapu air mata lalu bawa handbag ke depan hendak membalun tubuh Zahratul."Tapi kau cantik. Kau cantik macam Dilraba."
Pandailah Zahratul hendak memujuk. Guna nama aktres kegemarannya pula. Tak jadi hendak menghempuk Zahratul sebaliknya dia kembali menangis.
"Dahlah nangis. Terus muka kau jadi macam mak lampir."
Nesreen tak endah. Dekat jalan ni jugak dia nak menangis.
"Aku tak faham. Yang kau nak nangis tu kenapa. Bukan kau ke yang nak duduk asing. Patutnya abi kau lah yang meroyan."
Nesreen sapu air matanya.
"Aku kena tunaikan permintaan abi dulu."
"Permintaan?"
Nesreen angguk.
"Abi janji akan lepaskan aku kalau aku wakili dia ke Vietnam. Uruskan misi dia tu.""Erk…." Zahratul tujukan mata tepat ke anak mata Nesreen. "Naik flight?" soal Zahratul tak yakin. Nesreen angguk juga.
"Kau tekad?" Zahratul pula yang risau. Dia tidak mahu gadis itu menyesal tak sudah.
"Memanglah aku tekad. Sebab kau kena ikut sekali."
"Hah, aku." Zahratul berundur ke belakang. Terkejut.
Pandang Nesreen dengan muka tidak percaya. Perempuan ni otak mereng ke apa. Orang yang nama Zahratul ni nak ke luar negara. Lambert lagi. Dia bukannya kaya macam Nesreen. Duit poket pun ada sepuluh hinggit je. Eh, tetiba dia nak kena pergi luar negara. Memang tak mungkin. Berangan boleh lah.
"Abi aku dah setuju nak support kau. So, kat sana nanti kau jadi bodyguard aku."
Memang Zahratul tidak percaya. Dia bulatkan mata.
"Kau tak payah nak tunjuk mata kau yang comel tu. Aku tahulah mata aku tak sebulat mata kau.” Suara Nesreen kedengaran sinis dan mata Zahratul terus berkedip laju.
"Mana aku nak percaya. Temankan kau pergi sana. Kau jangan nak tipu aku."
"Betul ke tak betul kau memang kena temankan aku. Siapa yang nak tolong aku atas flight nanti."
Zahratul genggam kedua-dua belah jemari. Rapatkan ke dada dan pejamkan mata. Tak lama….
"Yahooo!!!"
Zahratul melompat kegembiraan hingga tidak sedar tingkahnya mendorong tubuhnya sehingga ke perut jalan.
"Tul!!!"
Kali ini Nesreen pula yang menarik lengan Zahratul tetapi sayang kakinya terdorong ke depan dan sebuah kereta melintas dengan laju. Nasib baik mereka berdua selamat kerana ada tangan lain yang menarik lengan Zahratul kuat.Tetapi yang tidak selamat adalah telinga Nesreen.
"Nak bunuh diri ke? Ingat sikit. Berdosa besar. Langit dengan bumi tak terima roh tu nanti."
Sinis.
Cukup sinis dan kedua-duanya melihat kelibat yang menolongnya tadi bersama suara yang tak terluah di mulut tetapi mata tetap mengekori. Susuk berjaket kulit hitam itu tunduk ke bawah dan mencapai sampul surat berwarna coklat yang terdampar di atas jalan. Tanpa memandang ke arah mereka berdua lelaki itu menonong masuk ke dalam Hilux hitam tanpa berlengah lagi.
Nesreen terus memandang dengan debaran di dada. Zahratul pun sama. Cuma kepalanya banyak berfikir. Wajah itu dia tidak cam tetapi suara yang keluar seakan pernah dia dengar.
Tak mungkin lelaki kelmarin. Pakaian mereka tak sama tetapi suara itu seakan sama.
Ah, lantaklah. Janji mereka sudah selamat.
YOU ARE READING
bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!)
RomanceKisah antara dua negara. Inspired daripada CRASH LANDING ON YOU. Inspired je ye. Bukan tiru. Bukan plagiat. Jalan cerita pun lain. Kena bacalah ya.