Memang dia pelik dengan abinya. Entah apalah yang ada dalam kepala orang tuanya sehingga berpesan begitu. Dalam rasa pelik dia tetap melangkah menuju ke arah lif. Sambil menunggu lif tiba pesanan si ayah kembalo berputar-putar di dalam kepala. Apa maksud orang tua itu?
Abi risaukan dia. Abi tak bagi dia duduk asing. 'Kalau macam tu kenapa nak suruh dia pergi Vietnam. Baik tak payah,' omelnya geram.
Sungguh dia tidak faham. Namun kepalanya tidak mampu mencerna dengan baik. Semuanya begitu misteri. Dia sedar. Semuanya bermula sedari dia mengenali Mashitah. Ada apa pada perempuan itu sehinggakan tindakan ayahnya cukup lain. Cukup be rahsia. Entah rahsia apa yang abinya sorokkan. Dia cuba menggali namun lubang itu tidak menjadi sebaliknya terkambus pula dengan kebencian. Sebab perempuan yang bernama Mashitah itulah hidupnya berantakan.
Lif terbuka. Dia masuk ke dalam. Sebaik sampai ke luar bangunan mata melihat kereta yang dipandu Zahratul sudah masuk ke dalam kawasan kondo.
Ah, kenapa hendak serabutkan kepala kalau perkara yang nak dibuat lagi menyeronokkan. Melihat Zahratul yang sedia menunggu di ruang parkir kondominium hatinya melonjak riang.
"Kau tak nak jemput aku masuk rumah baru kau dulu ke?" tanya Zahratul ceria saat pintu kereta di buka. Nesreen gelengkan kepala.
"Nanti lah. Aku belum nak duk sini lagi. Hari ni kita enjoy dulu. Aku nak kau bawa aku ke satu tempat. Lepas tu kau hantar aku balik rumah abi aku," ujar Nesreen lantas hempas punggung ke dalam kereta dan buka tudung yang membungkus kepalanya.
Terlopong Zahratul melihat perlakuan Nesreen. Bukan dia tidak pernah melihat gadis itu freehair tetapi dia baru nak puji. Cantik benar pakai tudung bawal satin dengan hujung tudung diikat dengan brooch cincin. Sekejap saja yang cantik itu terpampang di depan mata. Kini rambut Nesreen sudah mengerbang bagaikan pontianak.
"Apahal kau tengok aku macam tu?" soal Nesreen sambil menyisir rambutnya dengan jemari.
Zahratul buat muka seraya berkata, "tadi aku terpegun tengok bidadari. Sekarang tak sangka betul. Masuk je dalam kereta ni bidadari terus bertukar jadi hantu pari."
Serta-merta penampar sulong Nesreen singgah di lengan gadis itu. "Hantu-hantu ni kau jangan sebut, Tul." Mata Nesreen pantas melilau ke sana sini.
Zahratul juihkan bibir.
"Penakut. Lawan abi sendiri berani pulak. Dengar aku sebut hantu terus kau tak duduk diam."
Kali ini cubitan pula yang singgah di lengan Zahratul. Namun tidak memberi kesan kepada gadis itu.
"Memang lah aku takut. Benda tak nampak." Nesreen balas geram lantas tarik tali pinggang. Zahratul pula jatuhkan break tangan. Hendak mula memandu.
"Kau kan hantu. Kenapa kau nak takut pula." Pedas betul ayat Zahratul hingga Nesreen menjerit kuat.
"Tul!”
Tak sempat hendak masukkan gear Nesreen trail tudung yang membalut kepala Zahratul. Berlakulah pertengkaran yang tak diingini. Zahratul mempertahankan tudung yang dipakai. Nesreen pula menjaga rambutnya dari gugur akibat ditarik Zahratul.Tiba-tiba guruh berdentum kuat dan kedua-duanya pantas meleraikan tangan masing-masing lantas menekup telinga kerana ketakutan. Apabila hujan turun menyembah bumi mereka berdua pun ketawa berdekah-dekah.
"Lain kali jangan nak lawan aku. Ingat sikit ek. Aku tua daripada kau 5 bulan. Lagipun kau tu bukannya kuat sangat pun. Berlakon je lebih. Kalau kau rasa kau nak menangis baik kau buat sekarang," usik Zahratul dan tak sangka sama sekali Nesreen palingkan muka.
Bagaikan dejavu terus saja air mata Nesreen menitik keluar. Cuba menandingi hujan di luar sana. "Kau akan jaga aku kan? Kau akan peluk aku kalau aku sedih kan?"
YOU ARE READING
bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!)
RomanceKisah antara dua negara. Inspired daripada CRASH LANDING ON YOU. Inspired je ye. Bukan tiru. Bukan plagiat. Jalan cerita pun lain. Kena bacalah ya.