Nesreen menghempas kuat pintu Ativa sehinggakan orang ramai yang lalu-lalang di tepi kaki lima restoran menjeling pandang. Namun ada dia kisah. Dia tidak mencederakan orang dengan perbuatannya lantas kenapa dia perlu hendak rasa bersalah.
Tali beg sandang dia tarik ke depan biar kanvas hitam itu melekap kuat di badan. Kaki pula disusun cepat mengarah ke pintu restoran. Sambil melangkah dia betulkan selendang yang hanya diselempangkan ke kepala tanpa berkancing. Arahan abi dia tak ikut. Bagi dirinya, cara abi memaksa bagaikan warden penjara tak mampu diterima. Dia cukup tidak suka dengan arahan begitu.
Angin tiba-tiba saja berhembus kuat ketika matahari hampir tegak di atas kepala dan selendangnya melayang-layang lalu melurut ke bawah. Dia berhenti dan menangkapnya agar kain chiffon itu tidak benar-benar jatuh ke bawah. Sayang sekali. Bukan kain yang melurut ke bawah tetapi badannya yang mundur dua tiga langkah ke belakang apabila dilanggar seseorang.
"Sorry," ucap pemilik suara.
Nesreen jegilkan mata melihat susuk tubuh lelaki di depannya yang memegang sebungkus teh ais. Rasa nak marah betul. Nak je dia hempuk kepala lelaki itu dengan beg sandangnya."Apa sorry-sorry. Mata tu letak kat mana?" sembur Nesreen kasar sambil mata dicelik geram.
Wajah lelaki itu nampak berkerut.
Tak membalas kata Nesreen, badan berkemeja kotak-kotak itu segera melangkah lalu dengan sengaja melanggar bahu Nesreen.Nesreen terperanjat. Tubuh tak dapat diimbangi dan dia hampir jatuh ke bawah. Namun lelaki itu berjaya menarik tali beg sandangnya. Mengampuh dirinya dari terjatuh. Tapi sayang, teh sejuk ikat tepi yang dibawa lelaki itu pula yang jatuh menghempap kakinya.
Pantas kepala tunduk ke bawah. Melihat kasut. Angkat semula kepala. Pandang lelaki itu yang sedang memegang beg sandangnya. Mata mereka saling bertemu. Cuma lelaki itu berlagak biasa. Dia pula....
Terus genggam tangannya kuat. Bawa naik sama paras dengan leher. Pandang lelaki itu dengan rasa sakit hati lalu dia menjerit kuat. Sudah tidak menghiraukan beberapa pasang mata yang terjenguk-jenguk melihat dari dalam restoran. Malah yang lalu hendak je parkir pun tak kalah hendak menjeling tengok. Lelaki itu pula kelip-kelip memandangnya dengan muka tak bersalah. Kemudian beri senyum sinis.
Kali ini Nesreen menghela nafas berulang kali bagaikan emak naga yang hendak membalas dendam. Dalam amarah yang tak bertepi, tangan selempangkan selendang ke atas bahu. Tak menghiraukan rambut yang terselindung sebentar tadi yang sudah menampakkan bentuknya. Hanyalah sanggul macam mak nenek.
Giginya dikacip geram. Kemudian menyeringai macam serigala.
"Kau sengaja kan?" Kasar nada suaranya keluar dan lelaki di hadapan memicingkan pandangan. Terus permukaan dahi lelaki itu berkerut dan mata kanan disepetkan."Excuse me. Kalau tadi tu memang aku tak sengaja. Dan... yang kedua tadi tu memang... ." Sinis suara lelaki itu membela diri.
"Engkau! Eeeiii...." Nesreen hentak kakinya macam budak kecil. "Kau tengok kasut aku. Dah basah. Dah kotor. Kau ingat aku banyak duit ke nak beli yang baru," marah Nesreen lalu angkat kaki kanannya. Tunjuk kasut converse putihnya yang sudah bertukar rupa. Macam terkena air selut.
"Benda boleh basuh buat apa nak beli." Selamba lelaki itu menjawab dan hati Nesreen terbakar dengan jawapan tersebut.
"Kau...." Dia angkat tangan hendak tonyoh kepala lelaki itu tetapi tidak sempat apabila wajah sahabat baiknya muncul dari arah depan membawa riak terkejut.
"Kenapa, Reen?" soal Zahratul terkulat-kulat tidak faham.
"Tak ada apa-apa," jawabnya kasar lantas merampas beg sandang yang dipegang lelaki itu lalu sangkut ke bahu. Dia pusingkan badan mahu masuk ke dalam restoran. Hati yang panas perlu disejukkan dengan minuman. Dalam langkah yang baru setapak dua itu dia melontar bahasa hina.

YOU ARE READING
bye bye, BUTTERFLY (Freeze dulu!)
RomanceKisah antara dua negara. Inspired daripada CRASH LANDING ON YOU. Inspired je ye. Bukan tiru. Bukan plagiat. Jalan cerita pun lain. Kena bacalah ya.