CHAPTER 18 - TROD

39 4 0
                                    

Kau jangan risau la Kherr, aku dah suruh Terzo dan anak buah aku pantau dia. Dalam masa terdekat dia tak bayar semua duit kau, kau boleh buat apa sahaja dekat dia. Tugas aku hanya ikut arahan kau aja" Kata Renzo di corong telefon.

" Bagus, senang kerja aku lepas ni. Thanks bro, kau dah bantu aku urus kan pasal zarif" kata Tengku Kherr yang sedang berdiri di balkoni condo nya itu.

" It's okay bro. Benda aku boleh tolong , bab macam ni serah je pada aku. Comfirm settle punya." Memang betul. Bagi je la dia settle benda-benda macam ni mesti sekejap je .

" Thanks again, Bro. Apa-apa aku akan bagitahu kau lagi. Nanti kau call aku bila budak mentah tu dah datang club kau. Aku akan suruh Ayyash dan Affan pergi nanti. " Kata Tengku Kherr dengan senyuman sinis.

" lagi sekali, Kau suruh anak buah kau pantau setiap gerak geri Zarif, aku tak kisah dekat mana pun . Aku tak nak dia terlepas. "pesan Tengku Kherr.

" Ok bene.  Non preoccuparti, ho detto ai miei uomini di tenerlo d'occhio e ti chiamerò più tardi.  Ci vediamo dopo amico. " bicara nya bahasa italy.

Translate : " Ok, baik. Kau jangan risau pasal tu, aku dah suruh anak buah pantau dia dah dan Aku akan call kau nanti. Jumpa nanti kawan. "

Mereka berdua terus menamatkan panggilan . Tengku kherr hanya memandang permandang di hadapan nya sahaja. Segar. Tenang sekejap.

Tiba-tiba,  kata-kata Tengku Adryan berlalu difikiran nya. Ayat-ayat yang Tengku Adryan katakan pada diri nya masih terngiang ngiang di dalam kepala otak. Kenapa firasat nya mengata kan, ada benda tak kena?

Nak cakap dia cinta kan Aryssa? Dia mengaku, dia telah mencintai Aryssa. Walau Sudah 15 tahun berlalu, hati nya tetap mengata kan. Dia cinta kan Aryssa sangat-sangat.

Tetapi di sebab kan ada sesuatu benda yang dia tidak boleh mendekati gadis itu buat masa sekarang. Dia tidak mahu gadis itu terlibat dengan diri nya buat waktu sebegini .

Dia terus menghela kan nafas nya sedikit. Buntu. Tetapi dia sebagai anak lelaki, mesti la dia kena bertanggungjawab terhadap semua perkara.

" Dia masih ingat kan aku atau tidak? Tapi... Rantai leher tu.. Arhhh serabut!" Desis Tengku Kherr sedikit.

Dia terus berlalu masuk ke dalam bilik dan menutup pintu balkoni itu. Dia mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik untuk membersih kan diri.

Malam ni, tidur sini aje la. Mummy daddy pun tak ada kat rumah. Kata nya pergi Cameron Highlands, ada kerja di sana.

--------

" Kau tahu tak, semalam aku pergi la restoran. Then aku ternampak Tengku Kherr dengan seorang perempuan ni. Perempuan tu cantik kau tahu. Aku siap curi-curi tangkap gambar lagi." Kata Ellen Elana.

" Serius la babe? Mana? Aku nak tengok, cantik sangat ke? " Soal Marissa Aralyn.

Ellen terus mengeluarkan telefon nya dan membuka galeri. Dia terus memberi ke Marissa.

" Ehh cantik juga dia ni, tapi siapa eh? Takkan la girl friend Tengku Kherr? Atau tunang dia? Tengok, macam rapat juga eh" Kata Marissa, sungguh tak percaya.

Hari itu, bukan main halau Sofia macam anjing. Ni dengan perempuan dia siap senyum pulak tu?

" Jap, diaorang berdua je ke?" Soal Marissa.

" Aku rasa bukan berdua je, tapi Ada sorang laki tu. Tak silap sepupu kepada Tengku Kherr, apa nama eh? Err, hah! Tengku Adryan! Yep dia" Kata Ellen kuat.

Marissa terus ternganga mulut. Macam mana gadis ini boleh berkenalan dengan family terkaya ni? Macam mana?

" Aku Syak la weh. Perempuan tu mesti ada hubungan antara dua jejaka handsome tu, takkan la rapat macam ni sekali?" Kata Ellen.

THE REVENGE OF DEMONIA -(OG) Where stories live. Discover now