CHAPTER 28 - TROD

31 3 2
                                    

Jangan lupa vote dan follow sekali ya

Dato Tengku Khaiden yang sedang berada di ruang tamu sambil menghirup teh dan membaca buku. Sedang khusyuk dia membaca datang lah istri nya iaitu Datin Amelia Freya.

Datin Amelia datang duduk di sofa dan bersama telefon di telinga nya. Dato Tengku Khaiden yang mendengar istri tercinta nya sedang berbual dengan seseorang ditelefon terus memandang si istri.

'Cakap dengan siapa eh? Senyum, gelak bagai. Ni yang nak merajuk ni!' Desih nya didalam hati.

Dato Tengku Khaiden memuncungkan bibir nya. Hah tengok tu gelak gelak ada kang kena cium.

Datin Amelia yang melihat suami nya mula memuncung kan bibir hanya tersengih sahaja. Dari dulu sampai sekarang tetap sama. Nasib lah bukan lelaki jenis cemburu buta. Kalau tidak memang mati aku.

" Sayanggggggg. Hmmmm" Rengek nya sambil memeluk pinggang ramping si istri.

" Sekejap la abang... Ame tengah cakap dengan Zack ni. Zack nak balik Malaysia tak lama lagi" Kata Datin Amelia sambil mengusap kepala si suami.

Dato Tengku Khaiden yang mendengar itu terus memandang si istri. Anak dia zack nak balik Malaysia?

" Zack! Kalau Nak balik Malaysia, boleh! Tapi jangan bawak menantu Dari UK bagi daddy sudah! Daddy taknak!" Laung Dato Khaiden.

Datin Amelia dan Tengku zack hanya gelak besar sahaja. Datin Amelia menekan button speaker.

" Daddy jangan risau, Zack tak bawa pun menantu dari UK. Lagi pun Zack belum jumpa orang yang tepat untuk Zack. " Jawab Tengku Adzackwan di corong telefon.

" Takkan kamu takleh move on lagi dengan ex wife kamu zack? Banyak lagi perempuan yang elok dari dia tau " Jawab Dato Tengku Khaiden sambil memeluk si istri dengan erat.

" Dah lama dah move on daddy. Benda pun dah 3 tahun berlalu. Buat apa Zack nak kena ingat dia " Kata nya malas.

" Iya lahh. Bukan kamu balik ni terus rujuk dengan dia eh, kalau tak daddy bagitahu Ryriana biar dia tarik rambut kamu lagi" Ugut Dato Tengku Khaiden.

" Ushh tak ada lah daddy. Zack pun dah benci dia. Buat apa zack nak rujuk dengan dia lagi. By the way, Ryri masih kat university ke? Zack nak call, tapi tak berani. Mana tahu Ryri buzy" Kata nya. Dan soal nya.

" Aah, Riana masih kat university sayang. Minggu depan ni Riana balik, tapi taktahu hari apa, kata assignment bertimbul. Dan kamu tu, bila nak balik?" Soal datin Amelia.

" Ouhh faham faham. Zack ingat minggu depan zack balik juga. Boleh lah buat suprise dekat Ryan dan Dragon&tiger, tapi tak tahu hari apa juga, kerja dekat sini belum settle. Apa-apa zack info " Kata nya.

" Okay, apa apa bagi tahu mummy ya. Nanti Ryriana balik juga, ngam lah tu dengan kamu balik sekali. " Kata Datin Amelia.

" Hah! Ingat tu jangan bawak perempuan UK balik sudah! Kalau tak, kamu tu memang kena dengan daddy. By the way, dah balik tu kan, kamu kena ambik alih syarikat daddy yang lagi satu. Sian Ryan kena Bully dengan daddy aje. Kamu tu dah 29 tahun so kena lah ada syarikat sendiri juga. " Kata dato Khaiden dengan panjang lebar.

Tengku Adzackwan hanya gelak sahaja. Sudah tentu dia balik kena terima dengan penuh hati terbuka. Kalau tidak siapa nak jaga syarikat daddy semua tu.

" Iya daddy, jangan risau. Zack balik, zack ambik alih pulak. Daddy jangan risau. Kirim salam dekat Ryan sekali, kata abang zack Rindu" Kata nya.

" insya Allah, ni pun Ryan dia tengah rehat kat atas. Nanti mummy bagi tahu dia." Kata Datin Amelia. Mereka berborak dan akhir nya memutus kan panggilan tersebut.

THE REVENGE OF DEMONIA -(OG) Where stories live. Discover now