" Kau datang sini, dah ada duit nak bayar boss aku ke?" Soal Terzo sambil menurun anak tangga.
Zarif terus menoleh ke arah pemilik suara itu.
" Aku nak jumpa dia, aku cuma nak cakap. Esok lusa aku akan bawa duit bagi dia" Kata zarif.
" Betul? Kau bukan nak tipu kita orang kan?" Tebak zarif. Tengok dan lihat. Tak sedar diri ke? Kau tu hutang Kherr berlambak.
" Iya, kau ingat aku ni suka menipu ke?" bidas zarif. Terzo hanya tersenyum sinis sahaja.
" Itu je? Kau tunggu la dia sekejap. Japgi dia turun. " Kata terzo. Ingin dia melangkah pergi ada satu suara memanggil nya.
Dia terus toleh ke arah pemilik suara. Dan rupa nya beruk ni panggil. Terzo hanya mengangkat kening tanda 'Apa'.
" Aku nak booking satu meja yudi. Aku nak main" Kata zarif. Terzo terus jongket kan kening nya. Aikk? Biar betul?
" Hutang kau tu banyak, takkan kau nak main lagi? Taksub betul kau ni dengan yudi" bidas terzo semula.
" Rilek la bro, aku dah cakap kan. Esok lusa aku bawa duit bayar semua. Apa susah?" kata zarif tidak ingin mengalah.
" Bagi satu meja special untuk dia terzo" Kata satu suara dari arah tangga.
" Boss!" dia terus menunduk tanda hormat.
" Buka satu meja yang VVIP untuk dia. Nanti esok lusa dia bawa duit bagi aku juga" Kata Renzo sambil senyum sinis.
' Betul apa yang kherr cakap, tak payah aku umpan dia, dia sendiri terjebak dengan umpan aku. Bagus' desis Renzo di dalam hati.
Zarif hanya tersenyum bangga. Terzo turut curi-curi senyum nipis. Betul apa yang Tengku Kherr cakap. Budak ni gila kan yudi...
" Baik boss. Kau sini, ikut aku. Aku bawa kau ke Bilik VVIP khas punya." Kata terzo dan berlalu pergi.
" Ingat, kalau kau tak bayar semua hutang tu, kau mati Zarif Ahmad . Mungkin bukan aku yang bunuh kau, tapi orang lain" Kata Renzo dan berlalu pergi.
Zarif hanya memandang Renzo dengan pelik. Aik? Bukan tu duit dia ke? Aik pelik betul.
" Kau ugut aku.. Takpa, nanti esok lusa berlian tu aku pacak banyak juta dapat. Takde hal la" Kata zarif dan berlalu pergi.
--------
Renzo berjalan menuju ke bilik kerja milik nya. Dia terus menolak pintu dan melihat sari figura yang sangat dia kenali, siapa lagi kalau bukan Tengku Kherr kesayangan author korang tu.
" Eh bro, kau tak balik lagi ke? Kata nak balik" Soal Renzo dengan hairan.
" Belum lagi, aku cuma nak duduk sini sekejap. Taktahu nak pergi mana" jawab Tengku Kherr semula.
" Aik kau takde kerja ke? Kat office tu macam mana?". Pelik.. kherr tak pernah macam ni.
Tiba-tiba Renzo tersenyum sendri. Patut la taknak balik, mata bukan main lagi tengok cctv tu nak tembus.
" Sebab ni ke? So aku dah faham dah. Ikut kau la wahai raja. " Pasrah jela. Dia rembat meja kerja aku macam meja kerja dia. Dasar mamat beku.
Tengku Kherr tidak lepas melihat Zarif. Bukan main budak tu menjerit sebab kalah. Bagus, main la kau sampai kau betul-betul tak boleh bayar hutang aku.
--------
Aryssa yang sedang menunggu seseorang di Cafe. Dia tidak sabar mahu bertanya macam-macam soalan.
TING!
Pintu kedai Cafe itu ditolak. Dan orangnya adalah Tengku Adryan.
Aryssa terus bangun dan menyapa Tengku Adryan.
YOU ARE READING
THE REVENGE OF DEMONIA -(OG)
Romance'' Awak Tengku Riaz Dayyan kan? '' - Aryssa Mikhayla '' Not me, you're the wrong person. '' - Tengku Kherr '' Tipu! Saya ingat lagi cincin dan rantai leher ni, pemberian oleh arwah mummy awak!!!. - Aryssa Mikhayla Tengku Kherr William Mikhaleeq, j...