Axel Alexxandre sedang berjalan menuju ke lif. Sampai sahaja, dia menekan butang lif. Apabila lif tiba dan pintunya terbuka, dia melangkah masuk dan ingin menekan semula butang lif itu.
Tetapi ada seseorang yang menahan pintu lif itu. Akibat terkejut, Axel hampir sahaja mengeluarkan pisau Rambo miliknya. Namun, apabila dia perasan tangan itu adalah tangan perempuan, dia menyimpan semula pisau tersebut.
" Maaf, cikk! Saya nak masuk juga." Terpapar muka Ayasha Dalisha.
Axel melihat wajah gadis di hadapannya yang kelihatan cemas. Dia kembali menstabilkan diri, berdiri tegak, dan mengangguk. Dia berdiri sedikit ke tepi untuk memberi laluan kepada gadis itu.
" Terima kasih encik kacak! " Ayasha terus melangkah masuk. Dia berdiri di sebelah Axel.
Axel dapat bau wangian dari diri gadis di tepi nya itu. Bau sangat lah wangi dan menyenangkan.
Ayasha Dalisha hanya tersenyum apabila lelaki itu memandangnya. Namun, Axel tidak membalas senyuman itu sedikit pun.
' Haish, dingin nya muka. Nak cakap. Sombong? Macam tak... Macam muka tak ada reaksi je dia ni... Tapi siapa dia ni? Macam familiar je muka...' Desis Ayasha didalam hati.
" Err. Cik. Tumpang ya, saya nak tekan NO tingkat..." Serba salah dia mengata kan itu.
" Butang no berapa? Aku tekan kan" soal Axel.
" Errr terima kasih... Butang no7" Jawab Ayasha.
Axel terus menekan butang nombor 7. Dalam lif, mereka berdua hanya berdiam diri. Ayasha tidak berhenti mengintai jejaka tinggi lampai itu.
Axel yang perasan hanya membiarkannya. Dalam diam, dia mencuri senyum senget.
' Kenapa familiar sangat eh muka mamat ni? Tapi dekat mana?' Desis Ayasha Dalisha lagi.
Tiba-tiba, lif itu berhenti di tengah jalan, menyebabkan Ayasha panik dan menjerit kecil. Dia merasa sukar untuk bernafas!
Jatuh terduduk dan dia memegang dada nya. Axel yang sedang memegang fon sambil suluh ke gadis itu terkejut dek melihat gadis itu jatuh terduduk dan muka begitu pucat.
Dia menekan butang SOS untuk meminta bantuan. Dia berlutut di sebelah gadis itu dan menyelak rambut panjang Ayasha ke belakang telinga.
Dalam gelap, dia tidak dapat melihat dengan jelas, tetapi dia dapat melihat wajah gadis itu mengerut kesakitan. Ada air mata yang jatuh dari matanya.
Dia menarik pinggang gadis itu dan memeluknya dengan erat. Dia membisikkan sesuatu di telinga gadis itu dan berkata:
" Kau dah selamat sekarang,jangan risau, aku ada disisi kau"
" Tarik nafas dan hembus... Rilek...... Tarik nafas dan hembus..." Kata Axel.
Tanpa sedar Ayasha telah mengengam pergelangan tangan Axel dengan erat.
" Saya takut.... Sesak nafas... Sakit.." Kata Ayasha dengar tak dengar sahaja.
Tanpa menunggu lama Axel terus mendail nombor ke Tengku Adryan.
" Adryan! CEPAT! " Kata Axel dengan kuat.
" Bro, rilek. Kau sebelum ni terpengkap kau rilek je, asal pulak ni? Aku dan pasukan bomba dan yang lain tengah on the way pe---" Belum sempat Tengku Adryan berkata habis laju sahaja Axel memotong.
" Aku bukan seorang! Ada seorang perempuan dengan aku sekali. Dia tak boleh bernafas! Kau bawak sekali pasukan Medic ke sini. Tolong cepat, dia makin semput! " Bagitahu axel.
Tengku Adryan yang mendengar itu terus menyuruh Aaryan Zahreen mendail nombor pasukan Medic untuk datang ke tingkat 6 dengan segera.
Axel mengurut di belakang badan si gadis.
YOU ARE READING
THE REVENGE OF DEMONIA -(OG)
Romance'' Awak Tengku Riaz Dayyan kan? '' - Aryssa Mikhayla '' Not me, you're the wrong person. '' - Tengku Kherr '' Tipu! Saya ingat lagi cincin dan rantai leher ni, pemberian oleh arwah mummy awak!!!. - Aryssa Mikhayla Tengku Kherr William Mikhaleeq, j...