Tengku Adryan sedang menunggu Aryssa di parking kereta."Sudah ke?" Soal Tengku Adryan.
Aryssa hanya mengangguk kan kepala sahaja.
"Kalau macam tu, jom kita gerak"
-------
" Wassup bro! Sorry la lambat sampai, jalan jem tadi" Kata Tengku Adryan.
Tengku Kherr hanya mengangguk kan kepala nya sahaja. Tiba-tiba mata nya tertuju ke seorang gadis. Membuat dia terkedu seketika.
Aryssa juga terkedu... 'kenapa dia pandang aku macam nak siat daging aku hidup-hidup ni!?' desih nya di dalam hati.
'Dia datang dengan Si Ryan? Apa ni?!' desih Tengku Kherr di dalam hati.
Tengku Adryan sudah mula tersenyum. Aku dah cakap memang si mamat senget ni jealous, tengok muka tu merah haa HAHAHAHAHAHAHA.
Masing-masing hanya saling memandang antara satu sama lain. Tengku Adryan sudah mula mencebik kan bibir. Ceh dia ingat drama bollywood ke?!
" EHEM! Nak makan ke? Nak tangkap cinta? Sebelum nak tangkap cinta, makan dulu broder sistor!" Sakat Tengku Adryan.
Tengku Kherr berdehem sedikit untuk hilangkan amarah nya. Eh? Kenapa nak marah? Jealous ke wahai anak ku?
" Sila duduk Cik Ryssa" Pelawa Tengku Adryan.
Aryssa tanpa menunggu lama dia terus duduk di kerusi yang ditarik oleh Tengku Adryan. Tengku kherr tidak lepas memandang dua makhluk dihadapan nya itu.
"Kau buat apa ni Ryan? Sejak bila kau rapat dengan dia?" Soal Tengku Kherr dicelah gigi.
" Asal jealous ke baby boo? Rilek la, heh" Sakat Tengku Adryan.
Satu tendangan di bawah meja membuat Tengku Adryan menjerit kecil. Dia terus memandang ke arah sepupu nya itu dengan tajam.
" Kenapa tu? Cik Ryan okay ke?" Soal Aryssa.
Tengku Kherr sudah mula meguling biji mata ke atas. 'tch risau nampak? Aku ni apa kayu ke?' desih nya di dalam. Eh panas pulak aku.
" Auuu so sweet, Cik Ryssa risau kan saya. Saya okay je, ada kaki gajah pijak saya tadi". Apa ingat dia tak nampak yang Kherr tengah merenung dia dengan tajam. Kisah pe aku. Janji dapat jumpa Aweks. Grrr.
Sementera itu mereka membuat pesanan. Dan menunggu makanan sampai. Sambil-sambil itu juga Aryssa dan Tengku Adryan berborak kosong.
Manakala Tengku Kherr sudah mula panas punggung. 'boleh tak aku nak sepak mamat senget ni?!' desih nya didalam hati.
" Errr Saya nak pergi tandas jap, sakit perut pulak. Cik Ryssa berborak lah dulu dengan Mamat ketupat ni ya" Kata Tengku Adryan dan terus berlalu pergi.
Aryssa sudah mula naik seram sejuk apabila jejaka dihadapan itu merenung nya dengan tajam. Erm.
" Errrrr, awak sihat? Macam mana hari ni, kerja banyak ke? " Soal Aryssa untuk memecahkan kesunyian antara mereka.
Tengku Kherr hanya memandang mendatar, tiada reaksi apa pun. Rilek jap, aku tengah panass ni!
" Hmm, aku okay, sihat je. Hari ni macam biasa. Kalau kerja tu macam biasa. "Jawab Tengku Kherr mendatar.
Aryssa hanya mengangguk sambil senyum manis ke lelaki itu sahaja.
" Errr Tengku Adryan kata, semenjak ni awak kemurungan, awak ada masalah ke? " Soal Aryssa hati-hati.
Tengku Kherr terus tepat memandang mata cantik Aryssa. 'macam mana dia tahu?' desih nya di dalam hati.
" Takde, aku okay sahaja. Mana ada kemurungan ".
Aryssa terus mengecil kan mata nya sedikit. Nak kepastian.
" Yeke? Kenapa saya tengok awak macam stres? Kalau stres pasal kerja, awak rehat lah dulu. Anak buah awak kan ada" Kata Aryssa Mikhayla sambil menyedup air.
Tengku Kherr hanya mampu memandang tingkah laku Aryssa sahaja. Entah kenapa perangai Aryssa pelik hari ini. Hari tu jumpa dia bukan main malu. Ini hantu mana yang rasuk dia?
" Aku sebagai boss, kena lah settle kerja aku sendiri. Aku tak nak anak buah aku terbeban sebab aku" Jawab Tengku Kherr sambil menyedup minuman.
Aryssa hanya mengangguk kan kepala sahaja.
" Kalau macam tu, awak jaga lah kesihatan awak juga. Jangan stres sangat. Kalau awak stres or sedih cari la saya. " Kata Aryssa sambil senyum ke arah jejaka dihadapan nya itu.
Tengku Kherr terkedu seketika... What the.... Cari dia? Don't worry Honey, aku akan cari kau juga nanti. Tapi sekarang dah jumpa.
Tengku Kherr terus tersenyum nipis. Entah kenapa dia rasa geli hati dengan tingkah laku gadis ini. Nampak comel.
Tiba-tiba mata nya tertuju ke arah rantau leher milik gadis itu. Rantai leher kalung love.... Dia masih simpan?
Tanpa sedar dia telah mengukir senyuman manis. Aryssa dihadapan sudah mula pelik. Kenpa dengan dia?
" Tengku Kherr, hello? Kenapa tu?" Soal Aryssa Mikhayla.
Tengku Kherr terus sedar dari lamunan nya itu. Adu kantoi.
" Oh takde apa-apa"
Mereka kembali diam, dia taktahu nak borak pasal apa lagi. Nak tahu pasal life lelaki itu, takut pula nak tanya. Takpe nanti tanya Tengku Adryan saja la.
Sementara mereka menunggu makanan, Tengku Adryan terus berjalan kearah meja makan.
" Hey, sorry lambat dho, perut proses heheheh"
Tengku Kherr hanya megeleng kan kepala nya sahaja. Macam-macam la budak senget.
Sedang mereka berborak, makanan pun sampai. Mereka menjamu selera tanpa ada gangguan dari orang sekeliling.
Tanpa sedar, ada seorang gadis telah memantau mereka bertiga dari arah meja makan lain.
To be continue
YOU ARE READING
THE REVENGE OF DEMONIA -(OG)
Romans'' Awak Tengku Riaz Dayyan kan? '' - Aryssa Mikhayla '' Not me, you're the wrong person. '' - Tengku Kherr '' Tipu! Saya ingat lagi cincin dan rantai leher ni, pemberian oleh arwah mummy awak!!!. - Aryssa Mikhayla Tengku Kherr William Mikhaleeq, j...