MELILAU anak mata Yannis ke kiri dan kanan. Susah betul Yannis nak tahan mulut dia daripada bersuara. Lagi-lagi otak dia sekarang ni terlampau sarat dengan soalan yang mahu diajukan kepada Hayyan.
Sekejap-sekejap Hayyan di sebelah dikerling. Puas dikerling Hayyan, dibelek-belek pula cincin tunang yang tersarung di jari sendiri.
"Cantiklah cincin ni. Pandai awak pilih."
Erk! Yannis rasa nak tampar mulut sendiri apabila Hayyan merenung dia tajam. Macam mana boleh terlepas cakap ni.
"Eh, sorry... Sorry! Mulut tak boleh brek." Kalut Yannis bersuara dengan ekor mata mengerling Hayyan.
Ternaik sedikit hujung bibir Hayyan. Mulut pun ada brek ke? Yannis... Yannis...
Kejap! Hayyan senyum ke tadi? Betul ke Hayyan senyum? Sumpahlah Hayyan senyum?!
Yannis rasa tak percaya. Cepat-cepat Yannis palingkan muka ke kanan. Ah, sakit pula urat leher dia sebab laju sangat palingkan muka!
"Kau dah kenapa? Nampak hantu ke apa?" sinis Hayyan. Dijeling muka terkejut Yannis dengan ekor mata.
Yannis tutup mulut yang terbuka sedikit. Ditilik muka Hayyan dengan dahi berlapis.
Tak silap dia, dia nampak dengan jelas pinggir bibir Hayyan yang naik melengkung. Tapi kenapa dia rasa macam dia salah tengok.
"Awak senyum kan tadi, Hayyan?"
"Lah... Tak cukup dengan nampak hantu, kau menggigau pula ke?"
Yannis juling anak mata ke atas. Makhluk yang bernama Hayyan ni mana reti nak jawab elok-elok. Hayyan yang dia kenal ni tahu nak menyinis je.
"Hesy, betul-betul lah Hayyan! Awak senyum kan tadi? Saya nampak lesung pipit awak tadi."
"Kan aku dah cakap, kau menggigau. Kau mengantuk ni, Yannis. Tidur... Tidur," suruh Hayyan.
Dia senyum? Sah! Yannis memang mengantuk. Yannis ingat dia gila ke nak senyum sorang-sorang sambil drive.
"Tak kan awak malu kot nak mengaku awak senyum? Kalau betul pun, apa salahnya? Senyum awak manis tau! Tapi, awak boleh senyum depan 10 orang manusia je."
Dalam keadaan badan menyenget ke arah Hayyan, Yannis tegakkan sepuluh jari miliknya ke arah Hayyan. Serius muka dia kala itu.
"Apasal pula? Kau ingat aku ni robot ke boleh control-control macam tu?"
Gila ke? Dia boleh senyum depan sepuluh orang je? Yannis ingat, dia ni robot ke apa.
"Memang lah awak bukan robot. Tapi kalau awak senyum, robot pun kalah. Flynn Rider yang handsome gila dalam Rapunzel tu pun boleh kalah juga tau!" jawab Yannis, bersungguh-sungguh.
Menggeleng Hayyan dengan jawapan Yannis. Entah apa-apa lah yang Yannis fikirkan.
"Saya cakap betul ni, Hayyan. Saya haramkan awak senyum selain daripada 10 orang ni," ulang Yannis.
"Merepek lah kau ni."
Yannis tak puas hati. "Apa pula merepeknya?"
"Dalam dunia ni, ada lebih 10 billion manusia. Kau ingat aku hidup dalam novel yang ada dua watak je ke, nak suruh aku senyum depan 10 orang manusia je?" bidas Hayyan.
Kalau Hayyan perlu berjumpa dengan orang atasan, tak kan lah Hayyan tak senyum pula kot.
Apatah lagi kalau tiba-tiba Dato Mikhael wakilkan dia untuk berjumpa dengan bakal investor Vista Group, habis rosak lah reputasi dia sebagai wakil Vista Group. Silap-silap dia dilabel sombong pula nanti.
YOU ARE READING
Status Hati: Complete!
Romance[SECOND ROMANCE BY HELLAFRO] Abad ke-21 ni wujud lagi ke istilah perigi cari timba? Perempuan meminang lelaki? Available lagi ke istilah tu? Atau sudah hanyut? Tapi kisah apa YANNIS MIKAYLA kalau istilah itu dikatakan kuno. Yang penting hati dan p...