"BERTEMU lagi kita di hari dan waktu yang sama dalam rancangan Resort Untuk Rehat pada minggu hadapan."
Yannis berjeda seketika untuk mengambil nafas sebelum senyuman manis terlorek di bibir.
"Saya, Yannis Mikayla, peneman setia hujung minggu anda. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu."
"Okey, cut ! Well done, Yannis. Tak sia-sia I ambil you jadi pengacara untuk rancangan ni. Ramai yang berpuas hati dengan kerja you termasuk I," puji Robert; si pengarah untuk rancangan Intai-Intai Santai.
Memang pilihan Robert tepat dalam memilih Yannis sebagai pengacara. Boleh dikatakan rating untuk rancangan ini naik dengan mendadak setiap kali waktu siaran. Ramai juga netizen-netizen yang memuji Yannis dan kru-kru penggambaran di media sosial.
"Tak ada lah, Robert. I biasa-biasa aje. I just do my best. Tak sangka pula ramai orang suka dengan kerja I," balas Yannis merendah diri. Kipas tangan diambil lalu dihalakan ke muka. Ah, nyamannya!
"I akui, you memang biasa-biasa je. Tapi, kerja you sangat luar biasa. I bangga dengan you, Yannis. Keep it up, okay?"
"Thank you, Robert! So, minggu depan kita ada shooting dekat mana? Boleh I get ready awal-awal," soal Yannis.
Bagi Yannis, jadi pengacara bukan la satu kerja yang mudah. Hatta, jadi pelakon pun kerjanya susah. Orang nampak kerjaya sebagai pelakon dan pengacara ni senang. Tapi hakikatnya, cuma mereka yang tahu.
Apa yang orang awam nampak, bila masuk TV je mesti famous. Lepas tu mula la dapat tajaan sana sini. Duit pula berkepuk-kepuk dalam poket.
Walhal, kerja sebagai seorang pengacara mahupun pelakon sangat mencabar. Terlampau banyak pihak yang perlu dijaga hatinya. Dan, bukan mudah untuk mereka puaskan hati semua pihak.
Tersalah cakap sikit, mesti kena kecam. Apa yang mereka buat, semuanya dapat perhatian orang ramai.
Dari hal yang sekecil-kecil zarah hinggalah hal yang sebesar gajah, pasti ada paparazzi yang mengintai. Gosip pula memang tak payah cakap, tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Tapi kalau mereka senang melatah, memang sukar untuk mereka terus hidup dalam industri seni.
"Oh, ya! Nasib baik you tanya. I pun dah terlupa. Ralit sangat puji you." Robert ketawa kecil.
Tangan gempal Robert mengambil skrip yang terletak di dalam beg bimbit dan dihulurkan kepada Yannis.
"Ni skrip untuk shooting hari Sabtu minggu depan. You boleh baca dan fahamkan skrip ni dulu. Apa-apa soalan, you boleh tanya I."
Yannis sambut huluran buku skrip. Dibelek skrip tersebut ala kadar sahaja memandangkan ada temujanji yang perlu dihadiri selepas ini.
"The Grand Vista?" Yannis sebut nama hotel yang bakal menjadi destinasi penggambaran mereka akan datang.
"Ya, The Grand Vista. Tak jauh, area Kuala Lumpur juga. Orang awam recommend kita untuk shoot dekat situ. Dengar cerita, hotel tu dah banyak dapat awards dalam industri perhotelan," cerita Robert.
YOU ARE READING
Status Hati: Complete!
Romantizm[SECOND ROMANCE BY HELLAFRO] Abad ke-21 ni wujud lagi ke istilah perigi cari timba? Perempuan meminang lelaki? Available lagi ke istilah tu? Atau sudah hanyut? Tapi kisah apa YANNIS MIKAYLA kalau istilah itu dikatakan kuno. Yang penting hati dan p...